29
BINA PERNIAGAAN ONLINE ANDA! BAGAIMANA?
Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 29-02-2008
Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi Perniagaan Internet dan menjadikannya sebagai satu perkerjaan sepenuh masa. Malah terdapat beberapa orang menghantar email, SMS dan tidak kurang juga yang menelefon saya bertanyakan saya tentang apakah cara yang paling menjimatkan serta cepat untuk mendapatkan $$$ dari Internet ini.
Jawapan saya sama je sama ada anda memasarkan Produk MRR/PLR atau anda join mana-mana program Affiliate dari Malaysia atau antarabangsa. Banyak program affiliate yang tempatan punya dan sesetengahnya tu komisyennya sehingga RM50 untuk setiap jualan contohnya seperti Monakas. Merupakan satu produk yang MESTI anda miliki jika anda Zero tentang Perniagaan Online kerana Video Tutorial Monakas ini mengajar anda dari A hingga Z mengenai eBiz ini iaitu bermula dari membina website sehingga memasarkan produk anda dan tips-tips berharga mengenai eBiz.
Baiklah, jika anda telah memiliki produk sendiri atau produk Affiliate maka anda perlulah mencari peluang untuk mengiklankan web atau produk-produk anda tersebut agar diketahui ramai. Dimana? Anda boleh mencari peluang melalui Joint Venture, forum, social networking, blog dan sebagainya dan perlulah secara beretika tidal secara melulu atau SPAM!!Ok, mencari atau memiliki produk sendiri bukanlah satu perkara yang sukar kerana pelbagai tawaran istimewa dari IM tempatan dan antarabangsa yang menawar produk-produk MRR/PLR ini dipasaran. Anda perlulah mempunyai sedikit modal sebagai pelaburan untuk mendapatkan produk-produk tersebut yang kemungkinan harganya sekitar USD30 - USD50 atau RM30 - RM60 sebagaimana produk Pakej Bonanza Ulangtahun yang saya keluarkan baru-baru ini dan seperti Web Tools II dan akan keluar Web Tools II versi Bonanza.
Produk-produk PLR/MRR merupakan produk yang dibenarkan untuk kita menjualnya semula mengikut syarat-syaratnya (saya telah pun menulis mengenai takrifan MRR/PLR ini diblog saya - epustaka.com/blog). Rebutlah peluang dari kelebihan-kelebihan produk MRR/PLR ini - contohnya PLR atau Private Label Rights yang merupakan produk atau artikel yang dibenarkan untuk anda menjualnya, mengaku sebagai pereka/pembina, diberikan website yang boleh diletakkan nama kita sebagai pemilik atau penulis. Nah, cukup mudah untuk memiliki produk-produk sendiri malah anda telah menjimatkan masa dan wang anda untuk membina sendiri produk tersebut.
Saya telah mengeluarkan beberapa produk MRR/PLR ini seperti Web Tools, Web Tools II dan Pakej Bonanza Ulangtahun yang telah ditutup baru-baru ini tetapi akan menemui anda dalam bentuk baru. Manakala produk yang juga MRR/PLR yang terkini ialah Web Tools I v2.0 yang akan dilancarkan pada 1 Mac 2008 nanti - tunggu ye. Semua produk saya tersebut saya sediakan program Affiliate dengan komisyen yang agak berbaloi dan yang terbaru ialah Web Tools I v2.0 dengan RM12 sebagai komisyen bagi setiap jualan dan penambahan sebanyak RM45 bagi setiap 20 produk yang laris dalam sebulan. Insya-Allah, akan dilancarkan pada 1 Mac nanti jika tidak ada aral yang mendatang.

Ya, dengan produk-produk seperti inilah anda mampu untuk mendapatkan wang melalui Internet secara cepat dan menjimatkan tetapi ……… kenapa tetapi? Saya akan ceritakan nanti ….
Kebiasaan produk-produk MRR/PLR ini akan didatangkan dengan beberapa kelebihan seperti …
* Disertakan artikel, sales letter dalam format Microsoft Word format atau Adobe PDF format. Ini akan membenarkan anda untuk mengubahsuai artikel tersebut atau sales letter tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulis! Anda boleh membeli koleksi artikel PLR ini dan mengubahsuainya agar menjadi lebih baik kemudian meletakkan nama anda sebagai penulis dan kemudian dijual atau digunakan untuk blog iklan/adsense anda. Saya juga memberikan secara percuma 8,500 PLR artikel secara percuma di Pakej Bonanza Ulangtahun dan akan saya berikan secara percuma juga di Pakej Web Tools I v2.0 nanti!
* Disertakan website/minisite termasuk sales letter atau surat jualannya dan disertakan juga laman terima kasih, laman download dan sebagainya bagi memudahkan anda menjualnya dengan segera.
* Grafik pilihan dalam format JPG dan juga dalam format PSD atau Photoshop untuk membolehkan anda mengubahsuainya seperti butang order, header, footer atau template itu sendiri.
Ini jawapan bagi soalan tetapi di atas - …. perkara yang terpenting ialah bina kredebiliti anda terlebih dahulu sebelum memasarkan produk-produk anda itu bagi meraih perhatian dan kepercayaan yang lebih dari pelawat anda, ya la kan ….. kalau orang tak kenal mungkin agak sukar untuk kita mendapatkan pembeli atau agak lambat berbanding jika anda sudah dikenali ramai walaupun tidak la sampai pada tahap masyhur! Sertai forum-forum terkenal seperti WangCyber dan belajar ilmu eBiz dari otai-otai di sana atau berikan ilmu-ilmu atau kongsi pengalaman anda di sana atau bantu mereka yang memerlukan bantuan, nescaya anda akan dikenali ramai……WangCyber sekarang masih lagi membuka keahlian berbayar yang dikenali sebagai WC300 yang memerlukan hanya 300 orang ahli sahaja selepas itu akan ditutup buat selama-lamanya. Banyak keistimewaan yang anda perolehi di sana dan yang terbaru ialah sebuat report yang bertajuk KUASA FORUM MARKETING yang dikeluarkan khas bagi ahli WC300, banyak ilmu yang terkandung di dalamnya serta di ulas dengan baik sekali oleh penulisnya Shuth, Owner bagi WangCyber.
Begitulah serba sedikit pengkonsian ringkas saya tentang dunia ebiz ini - saya akan menyambung tutorial mengenai GMail selepas ini, Insya-Allah. Selamat Maju Jaya!
























