Welcome to my blog!

Abooain.com merupakan sebuah blog yang menjadikan produk MRR/PLR sebagai topik utama perbincangan. Perkongsian tip, teknik, pengalaman dan info terkini mengenai produk MRR/PLR adalah bahan yang akan diketengahkan di sini. Semoga Abooain.com mampu membantu anda yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Internet khususnya dalam jualan produk MRR/PLR ....

Abooain.com Rss

INFORMATION OVERLOAD & PRODUCT OVERLOAD

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 31-03-2008

Assalamualaikum,

shock.jpg

Ramai Newbie yang ‘kelu’ dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan Perniagaan Online. Terdapat sesetengah dari mereka menjadi tidak tahu dek kerana terlampau tahu atau dikenali sebagai “Information Overload” atau terkena sindrom “terlampau banyak produk” - “Product Overload“. Apakah “Product Overload“?

Mungkin kita pernah dengar Information Overload iaitu limpahan maklumat khasnya mengenai Perniagaan Internet yang memasuki kepala otak kita secara terus menerus akibat dari pembacaan kita - yang mengakibatkan kita menjadi hilang punca! Akhirnya langsung tak buat kerana tak jumpa punca - sesat dalam ilmu. Perkara ini pernah terjadi kepada saya sewaktu dalam proses pembelajaran mengenai dunia eBiz ini, pada waktu itu saya membaca dan membaca dan membaca sehingga saya menjadi tidak tahu (sepatutnya semakin banyak membaca, kita akan menjadi semakin tahu). Akibat terlampau banyak membaca menyebabkan saya tidak tahu nak mula yang mana satu - itu nak buat, ini nak buat, akhirnya semua tak terbuat!!! Saya berkeadaan begitu sehingga saya bertemu dengan sebuah ebook karangan dari Otai kita iaitu report percuma dari SmartZul yang bertajuk “Information Overload”, barulah saya tersedar bahawa saya telah terkena sindrom “Information Overload”.

Saya dengan segera mengambil keputusan untuk berhenti dulu membaca ebook mengenai ebiz dan saya cuba fikir kembali apakah langkah pertama yang sepatutnya saya mulakan untuk terjun ke dunia ebiz. Ya, saya letakkan 3 perkara utama yang perlu saya pelajari iaitu MODEL PERNIAGAAN SAYA, BELAJAR BINA WEBSITE dan BINA MAILING LIST!!!! Saya lantas mencari ebook percuma atau membeli ebook yang hanya membicarakan tentang apakah model perniagaan online yang sesuai dengan saya kemudian saya mengambil keputusan untuk memilih NICHE yang saya minat iaitu yang bersangkutan dengan GRAFIK, di samping itu juga saya membaca ebook yang berkaitan dengan cara-cara untuk membina website dan saya mempraktikannya segera. Terakhir sekali ialah saya cuba memikir cara untuk saya memiliki subscriber saya sendiri atau membina Mailing List saya sendiri dengan menggunakan autoresponder percuma yang saya bina hasil dari belajar ebook Amirol iaitu Pakej Web Jualan yang sekarang telah diupgradekan ke Versi Evolusi.

Saya kemudian mengambil keputusan untuk mengumpul ebook percuma yang saya miliki dalam 30 buah pada waktu itu dan jadikannya sebagai satu pakej Koleksi eBook - Super Mega. Saya memberikan secara percuma Koleksi tersebut kepada pelawat-pelawat blog saya dan juga kepada pelawat website saya. Akhirnya saya berjaya mengumpul subscriber saya sendiri dengan menggunakan autoresponder percuma yang saya bina sendiri berpandukan kepada ebook Amirol tersebut - Alhamdulillah!

Bagaimana pula dengan Product Overload?

Product Overload - biasa terjadi apabila memiliki terlampau banyak produk sehingga kita tidak tahu hendak buat apa dengan produk-produk tersebut. Pernah terjadi tak? Biasanya produk-produk yang kita perolehi dari pemberian secara Products Giveaway seperti Easter JV Giveaway 2008 - yang diberikan secara percuma yang mungkin mengandungi sehingga lebih dari seratus produk yang diberikan secara percuma! Kebiasaan produk yang diberikan secara Giveaway ini memerlukan kepada kita mengisi borang Opt-In terlebih dahulu sebelum link download produk dihantarkan kepada kita. Kita kadang-kadang mendownload produk-produk percuma ini bagaikan kena ‘rasuk’, maklumlah produk FREE. Namun selepas anda berjaya memiliki semua atau separuh atau suku produk tersebut, maka apa yang anda ingin lakukan terhadap produk-produk free itu? Simpan dalam hardisk? Baca dan guna kesemua produk tersebut?

Tahukah anda? Semua produk tersebut boleh dijadikan sebagai produk untuk anda membina Mailing List anda sendiri atau boleh juga dijadikan sebagai BONUS produk anda atau boleh dijadikan sebagai hadiah untuk menarik trafik ke blog anda! Bagaimana?

15 TIPS BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 14-03-2008

Assalamualaikum,

Saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan tentang bagaimana cara atau tips untuk meningkatkan jualan mereka, kerana jualan mereka agak slow dan ada sesetengah tu bertanya sekadar untuk menjadikannya panduan untuk mereka melakukan Perniagaan Online nanti. Terus-terang saya katakan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab email mereka tersebut malah bukanlah seorang yang otai dalam ebiz ni kerana saya pun masih baru lagi. Namun mungkin saya boleh berkongsi beberapa tips atau panduan yang kebanyakannya saya baca dari report-report percuma.

1- Lakukan jualan pertama anda dengan menawarkan “Upsell” sama ada anda menawarkan produk tambahan disamping produk yang ditawarkan oleh anda atau berikan diskaun hebat, tawaran istimewa, atau hadkan pembeli, hadkan masa, hadkan bilangan produk dan sebagainya. Ini akan meransang pembeli untuk mendapatkan produk yang ditawarkan oleh anda tersebut.

2- Apabila anda telah mendapat pelanggan pertama atau kedua atau seterusnya le ….. maka anda perlualah melakukan “Follow Up” seperti menghantar email bagi tawaran anda seterusnya atau diskaun khas bagi pelanggan anda atau sekurang-kurangnya email terima kasih!

3- Tawarkan program Affilate bagi pelanggan anda iaitu dengan menawarkan komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dijual oleh pelanggan anda.

4- Menawarkan produk yang boleh dijual semula atau dengan kata lain produk yang mengandungi lesen Master Resell Right, Resell Right atau Private Label Right. Ini akan lebih menarik minat mereka untuk membeli produk-produk anda terutama bagi pelawat yang sememangnya dah ada minat untuk berniaga!

5- Berikan atau sertakan kupon diskaun bagi produk anda yang lain….

6- Berikan produk bonus atau lebihkan pada bonus …. kerana pelawat kadang-kadang lebih fokus kepada bonus dari produk yang ditawarkan! Tetapi bonus yang ditawarkan itu perlulah bonus yang bermutu atau terkini atau boleh juga bonus produk yang lama tetapi biarlah masih relevan untuk digunakan pada sekarang ini.

7- Selitkan tawaran-tawaran produk anda yang lain di laman download atau laman terima kasih.

8- Tawarkan OTO atau ‘One Time Offer‘ dengan harga yang sememangnya “membunuh” tetapi tawaran berbentuk OTO tersebut perlulah lebih istimewa dari tawaran biasa anda.

9- Mencari JV Partner dan dapatkan diskaun dari mereka untuk produk-produk mereka kemudian pakejkan bersama produk anda.

10- Meletakkan testimoni bagi produk anda ….. TETAPI perlulah testimoni yang betul-betul dari pelanggan atau JV Partner anda bukannya yang direka-reka sendiri oleh anda.

11- Pelbagaikan bentuk pembayaran bagi produk anda sama ada secara online : cuba usahakan pelbagaikan akaun Bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, AM Bank, Public Bank atau sebagainya…… atau dalam bentuk Money Order, Postal Order, Cek dan sebagainya. Begitu juga pembayaran menggunakan Paypal atau Kad Kredit amat perlu disediakan. Ini merupakan salah satu faktor utama bagi menarik perhatian pelanggan anda kerana dengan kepelbagaian bentuk pembayaran akan memudahkan mereka mendapatkan produk anda. Betul tak?

12- Tawarkan produk anda dalam 2 kaedah sama ada melalui “Downloadable” atau “CD“, bagi produk yang besar atau menjangkau 300Mb maka bentuk CD mungkin pilihan yang terbaik. Tawaran produk dalam bentuk CD ini akan memudahkan pelanggan yang mungkin masih menggunakan Internet Dial-Up atau line yang mungkin terlalu slow di kawasan mereka atau para pelajar/mahasiswa yang mungkin menggunakan internet di CC atau Lab mereka. Ini akan memberikan pilihan bagi mereka untuk mendapatkan produk kita melalui cara yang lebih baik bagi mereka.

13- Produk yang ditawarkan adalah baru atau terkini dan mengikut peredaran masa bukan produk yang dah bujang lapuk.

14- Produk yang menarik minat pelawat ialah produk yang ditawarkan dalam kuantiti banyak atau dalam bentuk “pakej” atau “bundle” dan boleh pula dijual semula oleh pelanggan.

15- Harga yang berpatutan dan produk berkualiti!

Demikianlah beberapa tips yang mungkin dapat dikongsikan bersama dengan anda, semoga ianya mampu untuk membantu anda atau mereka yang tertanya-tanya kenapa jualan yang ditawarkan masih tidak laku atau terlalu slow!

Jika anda mempunyai tips atau petua bolehlah kongsikan bersama di sini. Ok, terima kasih.

10 OUTSOURCING MISTAKES-BEST!

Posted by abooain | Posted in Affiliate | Posted on 06-03-2008

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi program Pay Per Lead iaitu satu program yang memberikan wang kepada sesiapa yang mendownload report percuma yang diberikan melalui satu link affiliate yang dibekalkan dalam CPanel khas kita. Kali ini ditawarkan $1 per’download’ - tetapi bukan program ini yang saya nak kupaskan secara ringkas tetapi mengenai report yang diberikan tersebut iaitu “10 Outsourcing Mistakes” atau dengan kata lain “10 Kesilapan yang dilakukan semasa Outsourcing“.

www.epustaka.com/outsourcing

Apakah Outsourcing tersebut? Mungkin sesetengah dari anda tertanya-tanya bukan? Baiklah, saya berikan misalnya iaitu anda ingin membina Website bagi memasarkan satu produk digital seperti ebook tetapi proses pembinaan projek tersebut bukan anda yang lakukan tetapi anda mengupah pihak ketiga yang membinanya. Website anda mengupah seorang designer yang bina untuk anda, ebook pula anda serahkan kepada Freelance untuk menterjemahkannya ke BI/BM dan sebagainya. Tugas anda hanya menunggu kerja anda tersebut siap dan dalam masa yang sama anda boleh merancang marketing dan menyusun jadual atau memeriksa setiap projek tersebut apabila telah siap dan sedia untuk dilancarkan. Dengan kata lainnya “Outsourcing” : “Mengupah Freelance atau pihak ketiga untuk membuat kerja-kerja projek anda tersebut“.

Jadi ebook “10 Outsourcing Mistakes” ini telah mengupas 10 kesilapan yang dilakukan oleh kita sewaktu proses Outsourcing ini dilakukan, apakah kesilapan tersebut? Ada silap jugak ke? Report setebal 14 mukasurat ini akan menjelaskan kepada kita semua itu. Saya merasakan ebook percuma ini sememangnya mengandungi faedah, tips dan rahsia yang besar selain dari faedah kewangan (duit free!) tetapi ilmu yang terkandung di dalamnya lebih terserlah kepada saya kerana rahsia dan kupasannya tersebut memberikan manfaat kepada saya.

www.epustaka.com/outsourcing

Saya sebelum ini belum pernah melakukan Outsourcing untuk semua 17 produk saya kecuali bagi satu produk sahaja iaitu Pakej Bonanza Ulangtahun yang mana disebabkan saya kesuntukan masa (menyiapkan website pelanggan) yang memaksa saya mengupah RapidFire Studio untuk membina minisite saya tersebut. Jika tidak, kemungkinan saya akan mengambil masa 2 minggu lebih untuk menyiapkan sesebuah projek tersebut. Maklumlah dari A sehingga Z kita yang buat, kalau anda seorang yang tidak sibuk mungkin tak ada masalah tetapi jika kita kesuntukan masa atau kerja bertimbun-timbun mungkin akan memakan masa lebih dari 2 minggu!

Maka “Outsourcing” merupakan satu proses yang menjimatkan dan merupakan cara yang paling mudah jika anda ‘0′ mengenai Perniagaan Internet …… ya, anda hanya perlu mengupah orang untuk membina projek anda tersebut….. tugas anda hanya perlu cari produk je untuk dijual….

www.epustaka.com/outsourcing

Oleh itu dengan meng”Outsourcing“kan projek anda tersebut, anda telah menjimatkan masa anda yang mungkin boleh digunakan untuk urusan-urusan lain seperti marketing, memeriksa produk dan sebagainya. Namun dalam proses Outsourcing ini anda mungkin akan melakukan beberapa kesilapan yang boleh merugikan anda! Report ini cuba mengupas 10 kesilapan yang mungkin akan dilakukan jika kita tidak berhati-hati.

Di antara point-point yang terkandung di dalam Report ini ialah seperti :

  1. Thinking It Can’t Be Outsourced
  2. Tying Knowledge Into A Person Instead Of A System
  3. Being Too Quick To Hire
  4. Not Being Quick Enough To Fire
  5. Not Thinking Through All That You Need To Get one Before Hiring Someone
  6. dan banyak lagi……

Saya merasakan report ini mempunyai nilai yang tinggi dalam informasinya dan saya memberikan 5 bintang untuk 10 Outsourcing Mistakes ini. Jadi pesan saya, bacalah report tersebut ya, bukan sekadar untuk mendapatkan $1 percuma je …… malah ilmu yang terkandung di dalamnya tersebut mungkin nilaiannya melebihi $1000!!!

Ok, jumpa lagi …… www.epustaka.com/outsourcing


 Powered by Max Banner Ads 

Jika anda inginkan Post-Post terkini dari Abooain.com ini dihantar terus ke dalam Inbox email anda, anda hanya perlu masukkan alamat email anda ke dalam kotak ini sahaja :

Delivered by FeedBurner

ads
ads
ads
ads