22
STATISTIK & FAKTA
Posted by abooain | Posted in Fakta | Posted on 22-04-2008
Assalamualaikum,

Hari ini saya nak tulis mengenai satu fakta yang berbentuk statistik yang dikeluarkan oleh Amazon.com, sila lihat statistik di bawah ini :
1. 64% mereka yang membeli buku TIDAK PERNAH membukanya
2. 57% mereka yang membeli perisian komputer tetapi TIDAK PERNAH menggunakannya
3. 42% mereka yang membeli music atau lagu tetapi hanya mendengarnya SEKALI sahaja
4. 79% mereka yang cuba membaca buku tetapi TIDAK membacanya sampai habis
5. 83% mereka yang mula menggunakan perisian komputer tetapi TIDAK PERNAH menggunakannya untuk kali ke seterusnya (faktor utama disebabkan oleh tidak berpengetahuan tentang cara menggunakan aplikasi tersebut)
6. 94% mereka yang membeli perisian TIDAK PERNAH membaca MANUAL (yang ni memang ramai, sesetengah tu memang kalut bertanya situ sini mengenai penggunaan sesuatu perisian sedangkan di dalam MANUAL telah dijelaskan segala-galanya!)
Jadi bagaimana pendapat anda tentang statistik di atas?
Memang kita kadang-kadang tidak sedar bahawa di dalam produk yang kita beli tersebut telah pun tersedia penyelesaian bagi segala masalah yang berkaitan dengan produk kita tu ……. contohnya seperti Manual atau file Read Me. Berapa ramaikah di kalangan kita yang membelek file Read Me dulu sebelum membuka file atau perisian? Tahukah anda bahawa kemungkinan maklumat penting terkandung di dalam Manual atau file Read Me. Oleh itu perkara pertama yang sepatutnya kita belek terlebih dahulu selepas membeli sesuatu produk ialah file Read Me agar kita dapat mengetahui selok-belok tentang “perangai” perisian itu sendiri.
Begitu juga dengan produk MRR/PLR, kita sepatutnya membelek file Right.txt / Read Me.txt / Licence.txt yang kebiasaan disertakan bersama-sama produk tersebut, ini bagi memastikan kita mengetahui tentang apa yang boleh dan yang tidak boleh kita lakukan terhadap produk MRR/PLR tersebut. Ini kerana setiap produk MRR/PLR akan berlainan keizinan yang diberikan oleh penulis atau pencipta produk tersebut.
Contohnya : mengikut pemahaman sesetengah dari kita bahawa produk PLR ialah produk 100% milik kita dan kita boleh melakukan apa sahaja pada produk tersebut. Ini sebenarnya fakta yang kurang betul kerana lesen PLR sebenarnya masih tertakluk mengikut kehendak atau keizinan pihak penulis atau penciptanya. Terdapat sesetengah produk PLR yang diberikan keizinan untuk dijual, boleh meletakkan nama kita sebagai pencipta atau penulis, boleh menjenamakan semula produk mengikut kehendak kita tetapi tidak diizinkan untuk menjualnya sebagai Produk RR atau MRR atau PLR atau dilarang untuk Transfer MRR!
Oleh itu jalan terbaik ialah membaca terlebih dahulu Read Me.txt atau Rights.txt atau sebagainya yang berbentuk manual atau petunjuk.
Sekian dulu dan berjumpa lagi ye…………….








