30
TIPS ASAS PERNIAGAAN INTERNET
Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 30-05-2008
Assalamualaikum,

Setiap jenis perniagaan pasti mempunyai garis panduan asasi atau etika-etika yang membantu kita untuk membuat pemasaran secara lebih berjaya dan berkesan. Begitu juga dengan Perniagaan Internet terdapat beberapa kaedah atau teknik untuk memastikan perniagaan kita berjaya dan seterusnya mampu menarik perhatian pelawat biasa dan menukarkan mereka menjadi pelawat berpotensi dan seterusnya menjadi pembeli dan pelanggan tetap kita. Para Internet Marketer di seluruh dunia pasti akan mencari tip atau idea yang mampu menjadikan perniagaan mereka kukuh dan sekaligus berjaya meluaskan empayara perniagaan mereka ke seluruh dunia.
Di sini saya sertakan beberapa tip asas pemasaran bagi Perniagaan Internet yang mungkin boleh membantu anda :
Pertama - Percubaan pertama yang lancar.
Pastikan percubaan pertama anda adalah ‘berjalan lancar’ - Rebutlah peluang pertama anda tersebut dengan melakukan pengiklanan atau proses pemasaran yang baik dan berjalan lancar. Buat persedian sebaik-baiknya sebelum melakukan sebarang pengiklanan atau pemasaran agar tidak mengecewakan pelawat atau pelanggan anda. Pastikan website atau surat jualan anda kemas, menarik, informatif dan mudah untuk di’navigasi’kan oleh pelawat.
Melayan pelanggan anda secara profesional, mesra dan tidak membiarkan komen, cadangan, pertanyaan atau aduan pelanggan begitu sahaja tanpa jawapan. Kemungkinan pelawat berkeinginan untuk membeli produk anda tetapi merasa sangsi atau keliru dengan sesuatu yang anda tawarkan melalui surat jualan atau website anda.
Kedua - Tip yang terpenting ialah Internet Marketer tidak boleh merasa puas hati dengan produk atau website mereka walaupun produk tersebut mendapat sambutan hangat di pasaran kerana di sana sudah tentu terdapat ruang-ruang kosong yang boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. Segarkan webisite atau surat jualan anda dari semasa ke semasa agar pelawat melihat perubahan demi perubahan berlaku pada website anda dan bukan menjadi ‘website kaku’ atau ‘website mati’ ….. ini akan menarik perhatian pelawat yang berpotensi untuk menjadi pelanggan.
Terakhir -Jadikan Perniagaan Online sebagai satu pekerjaan sebenar! Perniagaan Online - walaupun hak milik anda tidak bermakna anda hanya perlu bekerja sedikit saja atau bekerja sewenang-wenangnya atau ikut mood! Jika ini yang diamalkan pasti anda tidak berjaya untuk mengecap kejayaan yang cemerlang!
Jadikan ebiz ini satu perniagaan yang sebenar seperti anda memiliki sebuah kedai runcit atau pasaraya …….. beranikan diri untuk menerokai bidang baru, mengambil satu pendekatan proaktif untuk semua kerja atau tugasan kita, dan tidak takut untuk mencuba dan terus mencuba ……….



Internet SUPER eBIZ yang menghimpunkan 70 buah ebook berkaitan Perniagaan Internet yang ditulis dalam Bahasa Melayu - Percuma je….




