Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 27-06-2008
Assalamualaikum,
Saya ada menyebut tentang pentingnya menguasai kod HTML ini di dalam pos saya sebelum ini. Jadi kali ini saya ingin berkongsi tentang satu ebook dari Saudara Mazlie yang menceritakan tentang panduan Kod HTML ini. Di dalam ebook beliau ini telah menghuraikan tentang kod-kod asas HTML yang sememang penting dan perlu diketahui oleh mereka yang berminat dalam pembinaan website atau blog. Kalau anda bimbang jika baca mengenai ilmu teknikal seperti ini akan menjadi ‘pening-pening lalat’ kerana menghafaz kod, maka jangan risau dan takut kerana penulis hanya menyentuh tentang kod asas sahaja tidak kod-kod yang terlalu rumit.
Sifir kod HTML ni sebenarnya tidaklah sukar apatah lagi jika sifir asas, contohnya tanda kod HMTL ini perlu diletakkan di dalam kurungan sebegini :
< > iaitu kurungan buka dan tutup - jika tidak tutup kod tersebut akan melimpah ….
Saya berikan contoh saya ingin tuliskan ALHUSNA GALLERY menggunakan fungsi kod HTML, saya hendak ‘bold’kan perkataan tersebut. Jadi untuk meng’hitam’kan perkataan tersebut kod yang perlu diingat ialah B untuk BOLD dan ia perlu di kurung di dalam kurungan seperti yang saya tunjukkan di atas : satu kurungan untuk buka dan satu lagi kurungan yang mempunyai palang di dalamnya berfungsi sebagai penutup. Bagaimana pula cara untuk digunakan kod tersebut dengan perkataan ALHUSNA GALLERY agar.
Begini caranya <B> ALHUSNA GALLERY </B> —> ALHUSNA GALLERY
Berikut adalah beberapa kelebihan sekiranya menguasai HTML :
1. Dapat mengubahsuai laman web dengan lebih mudah
2. Dapat memperbaiki masalah laman web walau tanpa perisian (NVU,DREAMWEAVER etc)
3. Dapat mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web
4. Dapat menguruskan dan mengedit blog anda dengan lebih mudah
Jadi jika anda berminat untuk belajar kod asas HTML ini maka anda boleh ke : http://www.epustaka.com/panduanhtml
Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 12-06-2008
Assalamualaikum,

Bagaimana kita hendak memastikan bahawa web atau minisite kita lebih efektif atau lebih menarik perhatian ramai? Saya ada beberapa perkongsian tip hasil dari pengamatan saya pada website saya sendiri dan jika anda ada tips yang lebih menarik maka boleh berkongsi bersama di sini. Di sini saya sertakan tip ringkas dan kaedah asas :
-
Belajar Ilmu membina website atau kod HTML - Sudah tentu apabila anda mempelajarinya walaupun sedikit maka anda akan dapat mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya menjadkan website atau minisite anda lebih menarik. Emph, bagaimana nak belajar? Mungkin anda akan berkata : “Cerewet nak belajar sebab nak bayar yuran lagi, kena masuk kelas, kena beli buku itu buku ini!” Eh, tak perlu sampai ke tahap itu, belajar bina website dan kod HTML yang asas dah le …… agar kita dapat mengetahui serba sedikit tentang masalah dalaman website tersebut. Contohnya seperti kita memiliki sebuah kereta - sebaik-baiknya kita tahu serba sedikit tentang masalah dalaman kereta seperti enjin dan sebagainya agar jika berlaku sebarang masalah kita dapat menyelesainya sendiri dan tidak perlu bawa ke pomen. Saya pernah jumpa seorang wanita yang tiba-tiba keretanya tidak hidup ditengah jalan, saya lantas melihat meter temperaturenya dan mendapati enjinnya dalam keadaan amat panas, saya pun lantas membuka enjin dan perkara pertama saya check ialah tangki air ….. nak tahu kenapa? Rupa-rupanya wanita tersebut terlupa nak tutup tangki airnya itu ketika selesai mengisi air sebelum dia bertolak dari rumah. Jadi tangki airnya tidak mempunyai penutup dan menyebabkan air di dalam tangki air kering! Saya lantas ke kedai dan membeli penutup baru, setelah 20 minit air diisi dan enjin mulai sejuk maka kereta dah boleh dihidupkan semula!!! Jadi kaitannya dengan website tadi ialah pelajari juga perkara dalaman mengenai website/minisite seperti HTML dan sebagainya kerana ianya akan memudahkan kita menyelesaikan masalah yang berkaitan. Insya-Allah, saya mempunyai rakan yang boleh membantu anda dengan ebook panduan untuk mempelajari kod HTML asas, nanti saya umumkan di blog www.epustaka.com atau saya akan hantarkan email kepada anda.
-
Jangan bina terlalu banyak page - Jika anda membina minisite maka jangan bina terlalu banyak page agar pelawat tidak terlalu jemu untuk membeleknya apatah lagi jika line internet mereka terlalu slow dan mengambil masa yang lama lama untuk “loading’ page minisite anda tambahan pula jika web anda mempunyai imej yang besar-besar. Melainkan produk yang ditawarkan oleh anda itu mempunyai pelbagai jenis atau versi!
-
Perbaiki butang navigasi anda - Jangan biarkan link atau butang navigasi anda dalam keadaan tidak sempurna seperti page cannot found atau broken link. Ini akan menyebabkan pelawat merasa bosan dan kecewa dengan minisite anda. Perbaiki setiap link atau bebutang navigasi anda sebelum melancarkannya atau menggunakan perisian tertentu untuk memeriksa broken link.
-
Imej - Letak imej atau grafik yang sesuai dengan website anda, jangan terlalu besar atau terlalu kecil atau terlalu kabur atau dalam format yang tidak sesuai. Format yang sesuai ialah seperti .gif / .jpg / .png dan sebagainya.
-
Kreatif -Perlu kreatif untuk memastikan website kita nampak menarik dan masukkan unsur-unsur tambahan seperti tulisan “Scribbles” atau imej yang menarik atau surat jualan yang membunuh dan mampu menukar pelawat menjadi pelanggan setia anda.
Fokus pada masalah utama - Terdapat lebih kurang 8 tempat yang perlu kita periksa, kerana menurut kajian sebanyak 82% masalah di website adalah berpunca di sini :
- Memastikan teks, grafik dan imej adalah bersesuaian
- Memastikan kontras warna bagi muka depan dan latarbelakang adalah bersesuaian dan tidak terlalu banyak
- Memastikan font yang diletakkan adalah sesuai
- Elak menggunakan animasi
- Mengelak dari menggunakan Pop up yang terlalu pelik sehingga boleh menganggu proses loading page
- Maklumat perlu jelas dan isi kandungan websie mesti tersusun
- Kenal pasti sasaran kita
- Guna bahasa yang mudah difahami
Rasanya itu sahaja perkara-perkara asas yang boleh dikongsikan bersama, jika ada sebarang perkongsian maklumat atau idea boleh kongsikan di sini.