Home » Abooain?

Abooain?

Assalamualaikum,

Saya Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abooain Merupakan Usahawan Internet sepenuh masa semenjak awal 2007 sehingga sekarang.

Mula mengenali tentang Perniagaan Online pada akhir 2006 setelah menjumpai blog milik dua anak muda, SaifulSham. Bermula dari situ saya mula mengkaji dan mempelajari selok-belok tentang Perniagaan Internet yang bermula dari teori sehingga ke teknikal seperti membina website, menggunakan perisian dan sebagainya. Saya mengambil masa lebih kurang 4 bulan belajar dan mengkaji tentang Perniagaan Internet secara Online dan Offline sama ada dari bahan-bahan percuma dan berbayar. Saya banyak menimba ilmu dari forum WangCyber, yang saya anggap sebagai Universiti Terbuka Online. Saya menimba pelbagai ilmu online di situ sama ada dari pengalaman otai-otai Usahawan Internet Malaysia yang bermurah hati untuk berkongsi di forum tersebut atau blog-blog mereka.

Saya menjadikan produk-produk Hak Jualan Semula seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR) sebagai Niche atau fokus utama saya di samping menjana pendapatan melalui program affiliate anjuran para usahawan Internet tempatan atau luar negara. Kini saya telah memiliki lebih dari 70 minisite dan 2 blog perniagaan di samping menjalankan perkhidmatan memasang blog dan membina minisite secara ‘underground’ sahaja.

Pernah di temuramah beberapa kali oleh para Usahawan Internet seperti :

  1. Majalah IM keluaran 14 – Perkongsian tentang produk Resell Right
  2. Rahsia Kejayaan IM – Zamrin
  3. Rahsia Usahawan – Ammar Zahar

Saya juga pernah di jemput sebagai penceramah di Seminar Rahsia Perniagaan Internet anjuran pelajar diploma Sains Komputer, UiTM, Kelantan (Kampus Machang) pada 3 Oktober 2009.

Saya juga telah menulis beberapa ebook Percuma yang boleh anda dapati di blog ini pada ruangan Ebook Percuma :

  1. 20 Tools Online Percuma – 2008
  2. Rahsia Kehebatan Produk PLR – 2008
  3. Asas Perniagaan Internet – 2009
  4. Rahsia Video PLR – 2099

Pada penghujung 2009, saya telah berjaya menubuhkan PLRSeries.com yang merupakan platform pertama di Malaysia yang mengeluarkan ebook-ebook Private Label Right (PLR) dalam versi Bahasa Melayu secara bulanan / dwi-bulanan. PLRSeries.com yang dilancarkan pada Ogos 2009 sehingga Mac 2010 telah berjaya mengeluarkan 3 siri ebook PLR dalam pelbagai tajuk Perniagaan Internet. Saya melihat potensi PLR amat besar kerana keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada lesen PLR itu sendiri. Saya percaya anda mungkin tidak akan menjumpai PLR ini secara Offline…

Saya sekarang dalam proses untuk mengeluarkan beberapa buku yang berkaitan dengan Perniagaan Internet dan sudah tentu ia berkaitan dengan produk-produk RR, MRR & PLR.

Salam Usahawan dari Abooain

013-983 5191

Popularity: 40% [?]

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay