Assalamualaikum,
Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abooain merupakan Usahawan Internet sepenuh masa semenjak awal 2007 sehingga sekarang.
Mula mengenali tentang Perniagaan Online pada akhir 2006 setelah menjumpai blog milik dua anak muda, SaifulSham dan SmartZul. Bermula dari situ saya mula mengkaji dan mempelajari selok-belok tentang perniagaan Internet yang bermula dari teori sehingga ke teknikal seperti membina website, menggunakan perisian dan sebagainya. Saya mengambil masa lebih kurang 4 bulan belajar dan mengkaji tentang perniagaan Internet secara Online dan Offline sama ada dari bahan-bahan percuma dan berbayar. Saya banyak menimba ilmu dari forum WangCyber, yang saya anggap sebagai Universiti Terbuka Online. Saya menimba pelbagai ilmu online di situ sama ada dari pengalaman otai-otai Usahawan Internet Malaysia yang bermurah hati untuk berkongsi di forum tersebut atau blog-blog mereka.
Saya menjadikan produk-produk Hak Jualan Semula seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR) sebagai Niche atau fokus utama saya di samping menjana pendapatan melalui program affiliate anjuran para usahawan Internet tempatan atau luar negara. Kini saya telah memiliki lebih dari 70 minisite dan 2 blog perniagaan di samping menjalankan perkhidmatan memasang blog dan membina minisite secara ‘underground’ sahaja.
Pernah di temuramah beberapa kali oleh para Usahawan Internet seperti :
- Majalah IM keluaran 14 – Perkongsian tentang produk Resell Right
- Rahsia Kejayaan IM – Zamrin
- Rahsia Usahawan – Ammar Zahar
Dijemput beberapa kali sebagai penceramah untuk pendedahan tentang Perniagaan Internet d:
- Seminar Rahsia Perniagaan Internet anjuran pelajar diploma Sains Komputer, UiTM, Kelantan (Kampus Machang) pada 3 Oktober 2009
- Sesi Bersama Penulis dianjurkan bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UIAM – - Info Lanjut!
- Seminar Perniagaan Internet – Usahawan Satu Kerjaya – Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan
Saya juga telah menulis beberapa ebook Percuma yang boleh anda dapati di blog ini pada ruangan Ebook Percuma :
- Rahsia Kehebatan Produk Private Label Right - 2008
- 20 Tools Online Percuma - 2008
- Asas Perniagaan Internet - 2009
- Rahsia Video PLR - 2009
- Mencipta Produk Informasi - 2010
- Bagaimana Menjana Dari Produk Percuma - 2010
- Teknik Jana Wang Online Percuma - 2010
- Rahsia Kedai Online - 2010
- Rahsia Membina List - 2010
- Content Is King! - 2011
Penghujung 2010 pihak Truewealth telah menerbitkan buku pertama Abooain bertajuk:
Buat Duit Dengan PLR (Private Label Right)

Pada penghujung 2009, saya telah berjaya menubuhkan PLRSeries.com yang merupakan platform pertama di Malaysia yang mengeluarkan ebook-ebook Private Label Right (PLR) dalam versi Bahasa Melayu secara bulanan / dwi-bulanan. PLRSeries.com yang dilancarkan pada Ogos 2009 sehingga Disember 2010 telah berjaya mengeluarkan 9 siri ebook PLR dalam pelbagai tajuk Perniagaan Internet. Saya melihat potensi PLR amat besar kerana keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada lesen PLR itu sendiri. Saya percaya anda mungkin tidak akan menjumpai PLR ini secara Offline…
Awal 2011 pula sekali lagi pihak Truewealth menerbitkan buku kedua Abooain dan buku pertama bersama IM Ahmad Fadzli Fauzi yang bertajuk:
Teknik Pemasaran Perniagaan Internet
Saya sekarang dalam proses untuk mengeluarkan beberapa buku yang berkaitan dengan Perniagaan Internet dan sudah tentu ia berkaitan dengan Perniagaan Internet dan produk-produk Resell Right, Master Resell Right & Private Label Right.
Salam Usahawan dari Abooain,
www.rahsiaprodukplr.com
www.plrseries.com
www.plrhowto.com
www.tutorialkedaionline.com
www.binaminisite.com
www.pakejkitblogger.com
www.pakejsistemaffiliate.com
www.websitejualan.com
www.borangorder.com
www.pemasaranforum.com
www.tutorialautoresponder.com
www.plrseries.com
www.jawitranslater.com
Popularity: 54% [?]












.gif)


Assalamualaikum
Mulia pekerjaan sebagai guru ini.Pahala yg diterima melebihi gaji bulanan kita.:)
Semoga berjaya dengan kerja sampingan saudara.Blog yang berilmu dan wajar dilawati untuk pertambahan ilmu.