Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!

Assalamualaikum,

Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu buku ini akan ada susulannya nanti. Sebenarnya terdapat banyak teknik pemasaran online pada hari ini dan sudah tentu jika kami kumpulkan semua teknik tersebut dalam sebuah buku, tentunya buku tersebut setebal 2 atau 3 inci! Harga pun mungkin ‘boleh tahan’! Maka kami merasakan lebih baik dibahagikan teknik-teknik tersebut dalam beberapa siri buku untuk memudahkan para pembaca.

Kami mengharapkan agar pendedahan teknik-teknik dalam buku kami ini akan membantu sesiapa yang berminat dengan dunia perniagaan Internet.

Insya-Allah, kami akan berusaha mengeluarkan buku seterusnya yang mengandungi teknik-teknik pemasaran dalam perniagaan Internet yang lain pula.

Saya sedang berusaha menyiapkan website buku ini secepat mungkin, Insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 25% [?]

No related posts.

Facebook comments:

12 Responses to Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!

  1. Hanafi Wawi says:

    Wah menarik bila buku tu berada di pasaran berapa harganya…buku pertama saya dah beli…tak sabar nak tunggu kemunculan buku kedua di pasaran nanti.
    Hanafi Wawi recently posted..Perniagaan Percetakan – Modal Kecil Untung BesarMy Profile

  2. admin says:

    Terima kasih Tuan Hanafi, buku tersebut telah pun berada di pasaran dan juga telah berada di tangan saya sekarang. Saya sekarang sedang menyiapkan website sekarang ini, insya-allah mungkin April nanti dijual.

    p.s – kalau nak order sekarang pun boleh je….

  3. Wan Haffiz says:

    Salam..
    td baru je dpt hadiah istimewa dr tuan abooain..
    dpt buku ne utk hadiah review majalah niaga ari tu..
    terima kasih tuan!

    macam best je buku ne..:)

  4. admin says:

    Wa’alaikumussalam,

    Rupa-rupanya hadiah tu yang tuan Wan Haffiz, tahniah kerana menang pertandingan review Majalah Niaga tu.

    Selamat membaca dan jika tidak keberatan boleh berikan testimoni kepada saya ya…….

  5. abgzol says:

    Alhamdulillah & Ribuan terima kasih kat bro Abooain & Ahmad Fadzli serta team MajalahNiaga.com menghadiahkan saya buku yang sangat power ni..hadiah utama menang review MajalahNiaga.com hari tu. Insya’Allah nanti saya akan buat review khas di blog saya.

    Testimoni ikhlas dari saya “..kepada rakan-rakan yang berminat dengan perniagaan internet buku ini wajib dimiliki kerana ia adalah kupasan pengalaman daripada 2 orang GURU yang sangat aktif & sangat berpengalaman dalam dunia pemasaran/perniagaan internet. Saya jamin anda akan berterima kasih kepada mereka kerana berkongsi kepakaran & ilmu yang sangat praktikal. Saya yakin dengan mempraktikkan apa yang diajar sesiapa pun akan mampu menikmati pendapatan di internet. Dengan buku ini anda akan mengetahui 5 teknik terpanas yang efektif telah digunapakai oleh usahawan-usahawan internet seluruh dunia dalam menjalankan perniagaan internet mereka!”

    Terima kasih & Salam kejayaan.

  6. admin says:

    Rupa-rupanya salah seorang pemenang review Majalah Niaga tu yang abgzol punya ya. Tahniah dari saya untuk abgzol!

    Terima kasih sekali lagi di atas testimoni dari abgzol tersebut. Insya-Allah, saya akan letak di website seberapa segera.

    Semoga buku ini dapat membantu sesiapa yang berminat dengan dunia perniagaan internet.

  7. Azeri says:

    Salam..saudara Abooain,

    Baru semalam 1.5.2011 dapatkan buku ni di booth True Wealth no B11 & B12. Kontennya saya lihat bagus sekali untuk newbie seperti saya. Tahniah kepada anda dan juga saudara Ahmad Fadzli kerana telah berjaya menghasilkan buku ini.

  8. admin says:

    Wa’alaikumussalam, terima kasih tuan Azeri kerana mendapatkan buku kami. Semoga buku tersebut mampu memberikan pendedahan dan maklumat yang dikehendaki oleh tuan.

  9. Tahniah, hari tu saya ada terjumpa buku buat duit dengan PLR kat MidValley,terbaik!
    Harfiz@Bizstudent recently posted..Cara Masukkan Feedjit dalam BloggercomMy Profile

  10. admin says:

    Terima kasih bro… :D

  11. sarah says:

    kalo saya nak beli cane ye buku ni..ada stok ke sekarang..tolong emailkan pada syaa macamana saya nak beli buk ni..buku pemasaran internet ni

  12. admin says:

    Buku ini boleh didapati di http://www.teknikebiz.com

    Terima kasih sarah
    admin recently posted..Teknik Pinpoint MarketingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge