Rahsia Menulis Surat Jualan!
Assalamualaikum,
Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan beberapa kerja yang perlu saya selesaikan segera maka terpaksa saya tangguhkan review ini.
Pertama kali saya membelek-belek buku ini ialah ketika di pejabat TrueWealth bersama-sama rakan baik dan partner saya Joe. Saya ketika tu hanya sekadar melihat sepintas lalu terutama pada butiran kandungannya. Terdetik di hati saya, “wah, elok gak buku ni!”
Kenapa saya kata elok?
Pertama : Ia dijadikan buku atau produk fizikal. Saya lebih suka membaca buku dari ebook malah ia boleh dijadikan rujukan kekal pada bila-bila masa tanpa memerlukan kepada laptop atau pc.
Kedua : Ia adalah panduan pertama mengenai panduan menulis surat jualan dalam BM yang dibukukan.
Namun saya tak cepat memberikan markah atau rating pada buku ini sebelum saya benar-benar mengetahui isi kandungannya. Pada hari tersebut saya tidak sempat nak belek semuanya sekali, hanya sekadar sepintas lalu sahaja. Beberapa minggu kemudian saya dijemput oleh saudara Haryzat, penulis buku tersebut sendiri untuk membaca buku ‘Rahsia Web Copy‘!
Saya pada waktu itu agak sibuk dengan beberapa perkara dan projek yang menyebabkan saya tidak dapat online sepenuhnya. Hari ini saya akan tuliskan secara umum tentang buku ini.
Surat jualan atau Salesletter merupakan salah satu elemen paling penting yang perlu ada pada sesebuah Minisite. Ia memerlukan satu kemahiran penulisan yang baik kerana ia adalah satu seni. Jika anda mampu menulis surat jualan dengan baik maka sudah tentu salesletter anda tersebut mampu menarik perhatian pelawat website dan sekaligus menukar mereka menjadi pembeli. Ia bukan sekadar menulis seperti kita menulis surat atau menulis karangan. Apa yang kita hendaki ialah penulisan ‘surat jualan yang mampu membunuh‘ atau mencairkan hati para pelawat website anda! Nah, inilah yang perlu kita tahu bagaimana cara, teknik, tip atau petua untuk menulis surat jualan yang membunuh! Kalau sekadar menulis surat jualan biasa, saya rasa semuanya mampu untuk berbuat demikian tetapi untuk menulis surat jualan yang membunuh, ia memerlukan pada satu panduan atau tip.
Buku Rahsia Web Copy ini akan menerangkan kepada anda bagaimana mahu menulis surat jualan yang mampu menarik perhatian pelawat untuk membeli produk anda. Buku setebal 224 helai (lebih kurang) ini akan menjelaskan satu persatu teknik untuk menulis surat jualan membunuh!
Di antara perkongsian penulis di dalam buku ini :
>> Pengenalan Web Copy 13
>> Konsep Asas Penulisan Web Copy 21
>> Memahami Konsep Asas Penulisan Web Copy Yang Menjual
>> Kuasa Psikologi
>> Penggunaan Psikologi Di dalam Penulisan Web Copy
>> Merangka Isi Kandungan Web Copy
>> Mencipta Cetakan Biru Web Copy Produk Anda
>> Mula Menulis Web Copy Anda
>> Panduan Langkah Demi Langkah Menulis Web Copy
>> Pastikan Menjadi
>> Memastikan Web Copy Boleh Melakukan Jualan
>> Sentuhan Terakhir
>> Masa Untuk Menjana Keuntungan
>> Web Copy Anda GAGAL?
>> Pelan Kecemasan
>> Pelan Kecemasan Memperbetulkan Web Copy Anda
>> dan banyak lagi….
Anda akan didedahkan dengan konsep penulisan surat jualan yang mampu menjual. Penggunaan psikologi juga adalah penting dan perlu diselitkan dalam surat jualan anda. Bagaimana hendak melakarkan rangka awal surat jualan anda dan sebagainya.
Kesimpulannnya, buku ini boleh dijadikan panduan untuk anda menulis surat jualan yang mampu menarik perhatian pelawat anda dan sekaligus mampu membuat jualan. Kita tidak mahu menulis surat jualan yang panjang berjela dan menyerabutkan kepada pula!
Jika berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai buku ini sila ke :
Popularity: 32% [?]
No related posts.








.gif)










Saya ingatke buku PLR terbaru tadi
Buku mengenai PLR akan menyusul, manakala ebook PLR BM #7 akan terbit tidak lama lagi, Insya-Allah.