06
10 OUTSOURCING MISTAKES-BEST!
Posted by abooain | Posted in Affiliate | Posted on 06-03-2008
Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi program Pay Per Lead iaitu satu program yang memberikan wang kepada sesiapa yang mendownload report percuma yang diberikan melalui satu link affiliate yang dibekalkan dalam CPanel khas kita. Kali ini ditawarkan $1 per’download’ - tetapi bukan program ini yang saya nak kupaskan secara ringkas tetapi mengenai report yang diberikan tersebut iaitu “10 Outsourcing Mistakes” atau dengan kata lain “10 Kesilapan yang dilakukan semasa Outsourcing“.
Apakah Outsourcing tersebut? Mungkin sesetengah dari anda tertanya-tanya bukan? Baiklah, saya berikan misalnya iaitu anda ingin membina Website bagi memasarkan satu produk digital seperti ebook tetapi proses pembinaan projek tersebut bukan anda yang lakukan tetapi anda mengupah pihak ketiga yang membinanya. Website anda mengupah seorang designer yang bina untuk anda, ebook pula anda serahkan kepada Freelance untuk menterjemahkannya ke BI/BM dan sebagainya. Tugas anda hanya menunggu kerja anda tersebut siap dan dalam masa yang sama anda boleh merancang marketing dan menyusun jadual atau memeriksa setiap projek tersebut apabila telah siap dan sedia untuk dilancarkan. Dengan kata lainnya “Outsourcing” : “Mengupah Freelance atau pihak ketiga untuk membuat kerja-kerja projek anda tersebut“.
Jadi ebook “10 Outsourcing Mistakes” ini telah mengupas 10 kesilapan yang dilakukan oleh kita sewaktu proses Outsourcing ini dilakukan, apakah kesilapan tersebut? Ada silap jugak ke? Report setebal 14 mukasurat ini akan menjelaskan kepada kita semua itu. Saya merasakan ebook percuma ini sememangnya mengandungi faedah, tips dan rahsia yang besar selain dari faedah kewangan (duit free!) tetapi ilmu yang terkandung di dalamnya lebih terserlah kepada saya kerana rahsia dan kupasannya tersebut memberikan manfaat kepada saya.
Saya sebelum ini belum pernah melakukan Outsourcing untuk semua 17 produk saya kecuali bagi satu produk sahaja iaitu Pakej Bonanza Ulangtahun yang mana disebabkan saya kesuntukan masa (menyiapkan website pelanggan) yang memaksa saya mengupah RapidFire Studio untuk membina minisite saya tersebut. Jika tidak, kemungkinan saya akan mengambil masa 2 minggu lebih untuk menyiapkan sesebuah projek tersebut. Maklumlah dari A sehingga Z kita yang buat, kalau anda seorang yang tidak sibuk mungkin tak ada masalah tetapi jika kita kesuntukan masa atau kerja bertimbun-timbun mungkin akan memakan masa lebih dari 2 minggu!
Maka “Outsourcing” merupakan satu proses yang menjimatkan dan merupakan cara yang paling mudah jika anda ‘0′ mengenai Perniagaan Internet …… ya, anda hanya perlu mengupah orang untuk membina projek anda tersebut….. tugas anda hanya perlu cari produk je untuk dijual….
Oleh itu dengan meng”Outsourcing“kan projek anda tersebut, anda telah menjimatkan masa anda yang mungkin boleh digunakan untuk urusan-urusan lain seperti marketing, memeriksa produk dan sebagainya. Namun dalam proses Outsourcing ini anda mungkin akan melakukan beberapa kesilapan yang boleh merugikan anda! Report ini cuba mengupas 10 kesilapan yang mungkin akan dilakukan jika kita tidak berhati-hati.
Di antara point-point yang terkandung di dalam Report ini ialah seperti :
- Thinking It Can’t Be Outsourced
- Tying Knowledge Into A Person Instead Of A System
- Being Too Quick To Hire
- Not Being Quick Enough To Fire
- Not Thinking Through All That You Need To Get one Before Hiring Someone
- dan banyak lagi……
Saya merasakan report ini mempunyai nilai yang tinggi dalam informasinya dan saya memberikan 5 bintang untuk 10 Outsourcing Mistakes ini. Jadi pesan saya, bacalah report tersebut ya, bukan sekadar untuk mendapatkan $1 percuma je …… malah ilmu yang terkandung di dalamnya tersebut mungkin nilaiannya melebihi $1000!!!
Ok, jumpa lagi …… www.epustaka.com/outsourcing






