Assalamualaikum,
Saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan tentang bagaimana cara atau tips untuk meningkatkan jualan mereka, kerana jualan mereka agak slow dan ada sesetengah tu bertanya sekadar untuk menjadikannya panduan untuk mereka melakukan Perniagaan Online nanti. Terus-terang saya katakan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab email mereka tersebut malah bukanlah seorang yang otai dalam ebiz ni kerana saya pun masih baru lagi. Namun mungkin saya boleh berkongsi beberapa tips atau panduan yang kebanyakannya saya baca dari report-report percuma.
1- Lakukan jualan pertama anda dengan menawarkan “Upsell” sama ada anda menawarkan produk tambahan disamping produk yang ditawarkan oleh anda atau berikan diskaun hebat, tawaran istimewa, atau hadkan pembeli, hadkan masa, hadkan bilangan produk dan sebagainya. Ini akan meransang pembeli untuk mendapatkan produk yang ditawarkan oleh anda tersebut.
2- Apabila anda telah mendapat pelanggan pertama atau kedua atau seterusnya le ….. maka anda perlualah melakukan “Follow Up” seperti menghantar email bagi tawaran anda seterusnya atau diskaun khas bagi pelanggan anda atau sekurang-kurangnya email terima kasih!
3- Tawarkan program Affilate bagi pelanggan anda iaitu dengan menawarkan komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dijual oleh pelanggan anda.
4- Menawarkan produk yang boleh dijual semula atau dengan kata lain produk yang mengandungi lesen Master Resell Right, Resell Right atau Private Label Right. Ini akan lebih menarik minat mereka untuk membeli produk-produk anda terutama bagi pelawat yang sememangnya dah ada minat untuk berniaga!
5- Berikan atau sertakan kupon diskaun bagi produk anda yang lain….
6- Berikan produk bonus atau lebihkan pada bonus …. kerana pelawat kadang-kadang lebih fokus kepada bonus dari produk yang ditawarkan! Tetapi bonus yang ditawarkan itu perlulah bonus yang bermutu atau terkini atau boleh juga bonus produk yang lama tetapi biarlah masih relevan untuk digunakan pada sekarang ini.
7- Selitkan tawaran-tawaran produk anda yang lain di laman download atau laman terima kasih.
8- Tawarkan OTO atau ‘One Time Offer‘ dengan harga yang sememangnya “membunuh” tetapi tawaran berbentuk OTO tersebut perlulah lebih istimewa dari tawaran biasa anda.
9- Mencari JV Partner dan dapatkan diskaun dari mereka untuk produk-produk mereka kemudian pakejkan bersama produk anda.
10- Meletakkan testimoni bagi produk anda ….. TETAPI perlulah testimoni yang betul-betul dari pelanggan atau JV Partner anda bukannya yang direka-reka sendiri oleh anda.
11- Pelbagaikan bentuk pembayaran bagi produk anda sama ada secara online : cuba usahakan pelbagaikan akaun Bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, AM Bank, Public Bank atau sebagainya…… atau dalam bentuk Money Order, Postal Order, Cek dan sebagainya. Begitu juga pembayaran menggunakan Paypal atau Kad Kredit amat perlu disediakan. Ini merupakan salah satu faktor utama bagi menarik perhatian pelanggan anda kerana dengan kepelbagaian bentuk pembayaran akan memudahkan mereka mendapatkan produk anda. Betul tak?
12- Tawarkan produk anda dalam 2 kaedah sama ada melalui “Downloadable” atau “CD“, bagi produk yang besar atau menjangkau 300Mb maka bentuk CD mungkin pilihan yang terbaik. Tawaran produk dalam bentuk CD ini akan memudahkan pelanggan yang mungkin masih menggunakan Internet Dial-Up atau line yang mungkin terlalu slow di kawasan mereka atau para pelajar/mahasiswa yang mungkin menggunakan internet di CC atau Lab mereka. Ini akan memberikan pilihan bagi mereka untuk mendapatkan produk kita melalui cara yang lebih baik bagi mereka.
13- Produk yang ditawarkan adalah baru atau terkini dan mengikut peredaran masa bukan produk yang dah bujang lapuk.
14- Produk yang menarik minat pelawat ialah produk yang ditawarkan dalam kuantiti banyak atau dalam bentuk “pakej” atau “bundle” dan boleh pula dijual semula oleh pelanggan.
15- Harga yang berpatutan dan produk berkualiti!
Demikianlah beberapa tips yang mungkin dapat dikongsikan bersama dengan anda, semoga ianya mampu untuk membantu anda atau mereka yang tertanya-tanya kenapa jualan yang ditawarkan masih tidak laku atau terlalu slow!
Jika anda mempunyai tips atau petua bolehlah kongsikan bersama di sini. Ok, terima kasih.