Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » eBiz, Tip

6 ASAS BISNES ONLINE – SIRI NEWBIE 1

Submitted by on 10/12/2008 – 4:26 pm6 Comments

Assalamualaikum,

Ramai dari kalangan Newbie atau individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam Perniagaan Online asyik bertanyakan tentang potensi produk MRR/RR/PLR, menguntungkan atau tidak! Emph, saya sebenarnya tidak menggalakkan anda untuk menceburkan terus ke dunia Perniagaan Online tanpa sebarang persiapan yang rapi terlebih dahulu. Saya suka individu yang bertanyakan tentang asas yang perlu mereka ada sebelum terjun ke dunia perniagaan online. Saya rasa adalah lebih baik saya kongsikan secara ringkas jawapan untuk mereka tersebut di sini agar lebih ramai lagi yang mungkin boleh memanfaatkannya nanti.

Perniagaan Online ni sama gak dengan Perniagaan Offline iaitu persiapan yang perlu ada adalah sama sahaja. Bezanya Online adalah Maya dan urusannya adalah lebih makhluk halus atau tidak nampak pada mata kasar sebagaimana perniagaan Offline yang kita nampak segala urusan jual beli atau transaksi …. namun asasnya adalah sama sahaja.

Perkongsian saya ini adalah berdasarkan kepada pengalaman yang berlaku pada diri saya dan jika anda mempunyai pengalaman yang berbeza dengan saya maka boleh dikongsikan bersama-sama di sini.

6 Perkara Asas Perniagaan Online (Ringkas) :

  1. Minda / Mindset – Anda perlu ‘set’ minda anda terlebih dahulu iaitu agar sentiasa positif bukan negatif kerana Mindset yang betul dan positif merupakan faktor mudah untuk berjaya. Pertama – Anda perlu lakukan sesuatu perkara itu dengan penuh MINAT bukan semata-mata kerana wang! Memang berniaga itu adalah bertujuan untuk menjana pendapatan tetapi jika sekiranya minda anda hanya fokuskan WANG semata-mata dibimbangi akan menyebabkan anda mudah kecewa atau putus-asa jika sekiranya keinginan anda itu tidak mampu dipenuhi. KeduaKomitmen dan konsisten adalah 2 faktor penting bagi memastikan anda sentiasa cekal dan tabah di dalam mengharungi bidang perniagaan Online ini. Komitmen yang tinggi terhadap kerja anda adalah amat perlu agar kerja yang dilakukan tidak menjadi separuh jalan atau ‘hangat-hangat tahi ayam’. Anda perlu konsisten terhadap kerja yang dilakukan agar segala kerja yang dilakukan mampu dilakukan hingga habis dan sekaligus dapat membuahkan hasil. Adalah tidak logik jika sekiranya anda hanya membeli benih tanaman sahaja tanpa ada tindakan susulan seperti menanam, membaja, menyiram dan sebagainya!

  2. Niche / FokusNiche atau bidang yang anda pilih perlulah yang mendapat sambutan dari orang ramai. Oleh itu memilih Niche yang betul dan sesuai adalah satu keputusan yang perlu dibuat dengan sebaik-baiknya agar tidak mendatangkan kerugian buat anda. Perlu mengkaji tentang permintaan semasa terhadap sesuatu Niche dan jika sekiranya minat atau kemahiran anda bersesuaian dengan permintaan semasa yang tinggi terhadap Niche pilihan anda tersebut maka ianya satu kelebihan! Contohnya : Anda meminati bidang grafik dan memilihnya sebagai Niche anda dan dalam masa yang sama permintaan semasa adalah amat tinggi terhadap Niche grafik …. maka ini sudah tentu akan memberikan keuntungan yang besar buat anda.
    Kesimpulannya Niche ialah spesifikasi perniagaan anda sama dari jenis ebook, perisian, perkakasan atau sebagainya dan akan menjadi lebih khusus jika Niche ebook yang dipilih contohnya adalah dalam bidang Grafik pula – Contoh : Anda menjadikan Niche anda dalam dunia Bisnes Online ialah eBook iaitu anda ingin menulis ebook dan menjualnya dan anda tidak mahu menjual produk lain seperti perisian atau sebagainya dan anda kemudian memilih Niche bagi ebook anda pula ialah dalam bidang grafik iaitu menulis berkisar seni grafik sama ada dari sudut teori atau teknikal.

    Sambungan siri seterusnya ……………………….. (Setiap bahagian akan saya huraikan secara lebih terperinci di dalam ebook atau report yang akan dikeluarkan nanti)

  3. Website – Kepentingan website dalam Perniagaan Online : Internet = Website = Internet.
  4. Copywriting / Webcopy – Surat jualan atau kandungan website/minisite anda adalah penting kerana jika website seumpama jurujual maka surat jualan seumpama percakapan bagi jurujual anda. Jika fasih, petah dan berilmiah maka pelawat sudah tentu akan tertarik!
  5. Trafik – Apabila semua sudah lengkap maka terdapat pelbagai cara untuk menarik perhatian pelawat agar sentiasa singgah ke website anda. Sudah tentu anda ingin menarik para pembeli ke website anda untuk melihat produk yang ditawarkan, bagaimana?
  6. Conversion – Pertingkatkan daya tarikan produk anda agar lebih ramai yang berminat untuk membelinya dengan menggunakan beberapa kaedah.

Sambungan siri seterusnya dalam 6 Asas Bisnes Online : Siri Newbie 2 ……………………….. (Setiap bahagian akan saya huraikan secara lebih terperinci di dalam ebook atau report yang akan dikeluarkan nanti)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

6 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge