Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » eBiz, Tip

6 ASAS BISNES ONLINE – SIRI NEWBIE 2

Submitted by on 14/12/2008 – 7:05 pm9 Comments

Assalamualaikum,

Saya telah pun menceritakan tentang 2 perkara pertama dari 6 perkara asas yang perlu kita ambik berat padanya jika ingin berkecimpung dalam arena perniagaan online. 6 asas eBiz ini perlu ada jika kita ingin perniagaan online kita berjalan lancar. Kita lihat 4 lagi perkara asas seterusnya iaitu :

  1. Website – seperti yang dimaklumi bahawa Website seumpama Kedai Maya kita yang menunjukkan tawaran dari kita kepada orang ramai atau pengunjung. Usahawan Internet yang berjaya kebiasaan mempunyai website yang profesional dan menarik, dan ini penting kerana ianya bertujuan menarik perhatian pengunjung yang berpotensi menjadi pembeli. Cara untuk memiliki website / minisite bukanlah satu perkara yang sukar buat masa sekarang kerana beberapa sebab. Anda mempunyai banyak pilihan untuk memilikinya sama ada anda belajar secara teknikal bagaimana ingin membina website / blog dari produk-produk info yang menawarkan pakej untuk membina website atau blog, mengupah para designer yang ramai menawarkan servis mereka secara online atau mendapatkan pakej-pakej template atau membeli template yang ditawarkan oleh para IM dari serata dunia. Jadi, website / minisite / blog bukanlah satu faktor penghalang bagi Newbie untuk bergiat dalam arena Bisnes Online ini kerana anda mempunyai banyak faktor. Oleh itu pemilihan website / minisite atau blog juga tertakluk kepada produk yang hendak kita tawarkan dan perlulah sistemtik dan efektif.
  2. Copywriting / Webcopy – Apabila website itu dianggap sebagai kedai runcit atau kedai maya maka surat jualan pula dianggap sebagai ‘salesman’ atau jurujual begitu juga sebaliknya jika dianggap minisite itu sebagai jurujual maka surat jualan dianggap sebagai percakapan atau tutur bicara (promosi) maka jika fasih, petah dan berilmiah maka pelawat sudah tentu akan tertarik dengan produk yang ditawarkan itu. Bagi para pengunjung yang pertama kali melawati website anda dan mereka pula tertarik kepada produk yang ditawarkan tetapi mempunyai pelbagai persoalan atau keraguan yang memerlukan kepada penyelesaian berbentuk jawapan segera, maka bagamanakah penyelesaiannya?Ya, sudah tentu surat jualan anda merupakan jawapan kepada sebarang persoalan yang mungkin timbul yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan oleh anda itu. Hasilnya jawapan kepada sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran pelawat akan terjawab dengan surat jualan anda yang kemas dan berilmiah tersebut.
    Ini akan menimbulkan kepuasan hati di kalangan para pengunjung berpotensi dan sekaligus mampu menukar mereka kepada pembeli yang setia. Jangan sekali-kali mengabaikan Surat Jualan anda. Bagaimanakah cara untuk anda menulis surat jualan agar ianya memang ‘membunuh’ dan mampu menunduk para pelawat untuk membeli produk anda? Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini di sini sebanyak dua siri Siri 1 & Siri 2 (sebenarnya ada 3 siri tetapi siri ke-3 akan diterbitkan bersama produk ‘pembantu’ tidak lama lagi. Bagaimana cara untuk mendapatkan Surat Jualan yang bagus dan membunuh? Anda boleh menulis sendiri dan buat kajian tentang sesebuah tajuk yang hendak ditulis, contohnya anda ingin menjual ebook berkaitan produk kesihatan mata maka anda perlu membuat kajian tentang mata, jenis mata, jenis sakit mata, fakta mengenai mata, kelebihan mata, kaitan produk dengan mata dan sebagainya. Kaedah ini mungkin memerlukan masa namun ianya menjimatkan kos. Cara kedua ialah dengan mengupah ‘Copywriter’ yang menyediakan servis mereka secara online. Cara ini menjimatkan masa tetapi memerlukan budget dan hasilnya mungkin lebih efektif dan membunuh.
  3. Trafik – Apabila telah selesai semua 4 perkara di atas maka hampir selesai kerja anda dan ini bermakna tinggal lagi untuk mengajak orang ramai mengunjungi kedai maya anda pula. Trafik atau tarikan pelawat ke website / blog adalah teramat penting kerana ada kedai, ada produk, ada penjual tetapi tidak ada pembeli sudah tentu tidak memberikan sebarang manfaat kepada anda. Maka tugas seterusnya ialah menarik trafik ke website anda atau dengan kata lain mengajak orang ramai ke website anda. Ini kerana jika anda meninggalkan asas yang ke-4 ini maka anda seolah-olah telah rugi ribuan RM setahun!!! Anda perlu tingkatkan traffik ke website anda sama ada menggunakn kaedah SEO, pengiklanan, list, forum, laman social dan sebagainya. Semua kaedah tersebut mampu membantu menarik trafik ke website anda dan sekaligus peratus pembelian juga akan meningkat.
  4. Conversion – Asas terakhir yang perlu dilakukan oleh anda ialah cuba perbaiki atau pertingkatkan mutu tarikan bagi website, produk atau tawaran anda. Antara kaedah tersohor di dalam proses meningkatkan conversion website anda ialah dengan melakukan usahasama 2 hala atau Joint Venture (JV) dengan Usahawan Intenet yang lain. Tujuannya untuk meningkatkan trafik dan menarik lebih minat pengujung kepada tawaran anda dan JV merupakan salah satu faktor untuk mempelbagaikan tawaran anda itu. Cari rakan JV yang berpengalaman atau yang sealiran Niche dengan anda dan cara ini pasti akan lebih menarik minat pengunjung kerana tawaran berbentuk 2+1 atau all in one. Contoh JV yang boleh saya berikan bagi produk Offline, jika anda ke Super Market pasti anda akan melihat salah satu produk keluaran Nestle iaitu makanan bijirin Koko Krunch (kotak terbaru) yang mana bagi produk ini Nestle telah ber’JV’ dengan Dreamworks salah satu syarikat filem animasi yang mengeluarkan filem animasi terkenal iaitu Madagascar : Escape 2 Africa. Nestle telah mengadakan usahasama dengan syarikat ini untuk produk Koko Crunch terbarunya yang menawarkan mainan berupa patung watak dari filem Madagascar yang diletakkan dalam kotak Koko Crunch. Usahasama dua hala ini telah menguntungkan kedua-dua pihak sama ada conversion yang tinggi bagi produk Nestle atau promosi meluas bagi filem Madagascar dan kedua-dua syarikat mendapat keuntungan di sebalik Joint Venture tersebut – win-win situation!

Demikian serba sedikit perkongsian tentang 6 perkara asas dalam Perniagaan Online dan Insya-Allah saya akan cuba untuk menceritakan secara lebih lanjut dan terperinci tentang 6 perkara asas ini dalam ebook atau report yang akan saya keluarkan nanti. Saya akan cuba menghuraikan bukan sekadar berkisa kepada teori sahaja malah saya akan cuba untuk menjelaskan tentang Perniagaan Online berdasarkan konsep ‘How To” bukan sekadar menerangkan hanya berdasarkan konsep ‘what is” semata-mata. Ya, dengan kata lain saya akan menjelaskan ‘bagaimana‘ untuk menyelami Bisnes Online berdasarkan pengalaman dan bukan sekadar menceritakan ‘apakah‘ maksud Bisnes Online semata-mata. Jadi insya-Allah saya dan sahabat saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda …….. doakan kami ye. Jika artikel ini membantu anda, sila maklumkan di ruangan komen ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 4% [?]

No related posts.

Facebook comments:

9 Comments »

  • mamza says:

    Satu kupasan dan huraian yang sangat bagus. Saya rasa ini pasti dapat memberi pemahaman yang lebih baik kepada orang baru kerana ramai yang bartanya ” Bagaimana boleh buat duit dengan Internet”. Ramai yg masih tercari-cari apakah konsep perniagaan internet.

    Saya mencadangkan agar ebook yang bakal terbit kelak masih maintain dengan konsep “how to” agar ianya mudah difahami terutamanya utk newbiies

    mamza’s last blog post..Sumber Pendapatan RM Untuk Blogger

  • admin says:

    Manza terima kasih, semoga ianya dapat membantu para Newbie dan saya memang banyak menerima permintaan dari mereka yang bertanyakan masalah ini. Ada yang terlalu teringin sangat nak memiliki perniagaan sendiri …… Insya-Allah perancangan 2009 nanti saya akan keluarkan produk PLR sendiri yang boleh dijual dan dijadikan produk sendiri dengan lebih cepat – dalam perancangan.

    Saya insya-allah dalam perancangan untuk mengeluarkan buku bukan ebook tetapi sekarang masih awal lagi mungkin sekitar tengah tahun 2009 kot.

    Saya akan maklumkan di sini insya-allah sebarang perkembangan terkini segala projek saya.

  • saiful says:

    wow..mudah-mudahan ebooknya cepat terbit dan percuma…hehehe!

  • ayuAhmad says:

    Terima kasih, kupasan yg straight to the point dan dalam bahasa yg mudah difahami.

    Semoga segala projek abooain berjalan lancar… :)

  • admin says:

    Insya-Allah Saiful, kami akan ikhtiarkan keluarkan ebook dan buku tersebut secepat mungkin. Ada yang percuma dan ada yang berbayar …… :)

    Terima Kasih AyuAhmad, semoga ianya dapat membantu anda dan rakan-rakan yang lain….. :D

  • saramsak says:

    tips yg baik…
    thanks abooain… :)

  • admin says:

    terima kasih saramsak, semoga ia membantu :)

  • ehm. betul tu. :)

    memang kene tahu bab2 asas nih.

    adsense alternative’s last blog post..Make Money Online with Teliad

  • admin says:

    Ya Adsense Alternative, 6 perkaran asas tersebut perlu diketahui oleh Newbie, tidak perlu memahirkan diri just ambik tahu pun dah dikira ok dah tu. Tetapi kalau kita mahir dalam 6 perkara di atas itu maka ia dikira satu advantage bagi kita.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge