BERJALAN SEBELUM BERLARI!
Assalamualaikum,

Tentu anda tertanya-tanya kenapa tajuk camtu ye..? Apa kaitan dengan Perniagaan Internet ni? Sebenarnya tajuk tu dah dipendekkan, kalau nak dikira sebenarnya berbunyi camni : “Merangkak dulu sebelum berjalan dan berlari!“
Apa kaitannya dengan ebiz ni……?
Sebenarnya apa yang saya hendak ulaskan di sini adalah ringkas je ………yang saya maksudkan dengan berjalan dulu sebelum berlari ia berdasarkan kepada penglibatan kita dalam Perniagaan Online ini, untuk berjaya seperti Otai-otai Malaysia Irfan Khairi, SaifulSham, SmartZul, Labanon, Amirul Web Jualan, Amirol Sistem Rahsia dan ramai lagi yang telah mengecap kejayaan setelah berusaha keras untuk berdiri tegak di dalam lapangan ebiz ini. Oleh itu untuk mengecap kejayaan di dalam Perniagaan Online ini bukanlah satu perkara yang mudah dan senang, seperti tanggapan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa sekelip mata je nak dapatkan RM10k ni!
Betul ke?
Betul ke nak dapatkan wang RM10k ni mudah je, Labanon?
Tajuk post saya – ‘Berjalan dulu sebelum kita dapat Berlari‘ ni sebenarnya lebih menjurus kepada proses pembinaan Perniagaan Internet itu sendiri yang mana bukanlah satu perkara yang mudah untuk membina Perniagaan Internet dan tidaklah pula satu perkara yang sukar, cuma perlulah mengikuti landasannya ‘step by step‘ – tidak boleh melompat-lompat atau overconfidence yang menyebabkan kita akan bertemu dengan pelbagai kesukaran dan seterusnya tersungkur sebelum sempat merasa wang hasil dari eBiz ini.
Bagi anda yang mungkin ’0′ / zero tentang Perniagaan Internet ini tetapi mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mempunyai empayar perniagaan Online sendiri maka perlulah bermula dari A, B, C –> Z bukannya bermula dari B,E,U –> O ….!
Mulakan dengan belajar, berguru, membaca, mendengar, melihat –>MENUNTUT ILMU – yang berkaitan dengan Perniagaan Internet –> kemudian cuba praktikkan ilmu yang dipelajari tersebut dengan penuh tekun dan sabar dan diketika inilah anda mungkin akan bertemu dengan pelbagai kegagalan dan kesilapan sewaktu proses praktikal ini — di sini anda perlu melakukan percubaan demi percubaan. Trial & Error ini perlu bagi membuktikan kecekalan yang kita boleh berdikari bagi menghasilkan kejayaan sebelum kita bertanya kepada guru atau kawan-kawan kita….. contohnya anda sedang mempelajari cara-cara membina Website menggunakan perisian Microsoft Frontpage secara ilmiah sama ada berguru secara berdepan atau melalui YM, email, telefon, video tutorial, web cam, manual dan sebagainya …. kemudian apabila tiba masanya anda mempraktikan segala ilmu yang dipelajari tersebut tiba-tiba anda tidak berjaya membina Website atau ada berlaku kecacatan pada Web anda tersebut …….. maka di sinilah perlunya anda cuba dan terus mencuba sedaya upaya terlebih dahulu sebelum bertanya kepada guru anda. Kepuasan pasti tergambar di wajah kita apabila kita telah bertemu dengan penawar bagi kesilapan kita itu dan seterusnya berjaya menghasilkan Web yang sempurna. Pasti kegembiraan jelas terpampang di wajah kita!!!
Demikianlah untuk berjaya di dalam sebarang bidang terutamanya dalam Perniagaan Internet ini, memerlukan kepada minat, fokus, istiqamah dan sabar, Insya-Allah pasti berjaya. Mulakan langkah pertama anda dari bawah ……. kerana jika anda memulakan dari atas kemungkinan untuk jatuh itu adalah besar. Selamat berjaya!






Pada aku, minat adalah faktor utama untuk kita memulakan sesuatu perkara.
Tanpa minat tak akan datang fokus, sabar dan juga istiqamah kerana minat hadir tanpa paksaan.Dengan kerelaan dan keikhlasan itulah maka kita akan terus mencari dan mencari mana matlamat yang ingin kita tujui.
Afzai Afandi’s last blog post..Gelang Magnetik Kesihatan dan Trend
Betul dan setuju dengan AA…… Kalau buat sesuatu dengan minat ni Insya-Allah akan menjuruskan kepada keikhlasan.
Kalau dah minat, ngadap PC 10 jam pun tak pe …..tapi kalau tak minat 1 jam tu pun dah tension!