EBOOK RAHSIA PLR DILANCARKAN!
Assalamualaikum,

Hari ini sebagaimana yang telah dijanjikan, ebook Rahsia Kehebatan Produk PLR telah dilancarkan!
Ebook setebal lebih kurang 50 mukasurat ini menceritakan tentang lesen Hak Jualan Semula terutama yang berkaitan dengan Private Label Right iaitu salah satu dari Lesen yang digemari ramai pada masa sekarang. Produk-produk RR/MRR/PLR merupakan produk yang telah diberikan Hak untuk dijual semula oleh pembeli kepada umum tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar / penulis produk.
Ebook ini saya bahagikan kepada 13 bab utama yang mengandungi pelbagai tajuk yang berkaitan dengan produk RR/MRR/PLR tetapi saya lebih fokuskan kepada produk Private Label Right atau PLR kerana produk jenis ini lebih unik dan menguntungkan berbanding jenis-jenis yang lain sama ada menguntungkan penjual atau pembeli – kedua-dua untung!
Idea untuk mengeluarkan ebook ini tercetus apabila sering menerima pertanyaan dari pelanggan dan rakan-rakan tentang produk Hak Jualan Semula ini. Saya juga sering menerima luahan hati dari mereka yang berkeinginan untuk berniaga secara Online tetapi terhalang disebabkan mereka buntu apabila memikirkan produk untuk dijual.
Jadi saya mengharapkan agar ebook Rahsia PLR ini akan dapat membuka mata dan sekaligus membuka peluang kepada anda yang mungkin melihat produk PLR sebagai platform untuk berjaya kelak. Saya juga turut meletakkan beberapa screenshot bagi membantu lagi pemahaman anda tentang sesuatu topik yang diperbincangkan. Saya juga memberikan satu Video Ringkas yang diharap dapat memberikan gambaran secara ‘real’ mengikut perbincangan dalam ebook tersebut.
Private Label Right memang unik dan anda sebenarnya memerlukan kepada kretiviti untuk menjadikan produk tersebut berbeza dari para pesaing anda. Ya, logiknya produk sebegini mempunyai saingan yang ramai, jadi bagaimana cara untuk anda menyaingi para pesaing anda tersebut? Ebook Rahsia PLR ini ada jawapannya.
Sebenarnya banyak faedah yang anda boleh perolehi dari produk PLR ini – memang banyak! Malah informasi yang terdapat di Malaysia yang berkaitan dengan Perniagaan Online mungkin masih kurang. Maka produk PLR ini boleh membantu menambahkan lagi maklumat tentang Perniagaan Online.
Akhir sekali, saya mengharapkan ebook ini dapat membantu anda untuk mendirikan Perniagan Online atau sekurang-kurang menambah pengetahuan anda tentang produk-produk digital serta lesen yang diberikan oleh pihak pengeluar produk PLR atau penulis ebook / artikel PLR.
Sila dapatkan ebook Rahsia Kehebatan Produk PLR di sini – www.plrseries.com/rahsiaplr
===================
KOMEN BLOG TERBAIK
===================
Sempena pelancaran ebook Rahsia PLR ini dan juga sempena ulangtahun kelahiran saya dan anak pada 1 Februari 2009 ini – sepatutnya saya melancarkan Bonanza Ulangtahun seperti tahun lepas tetapi tahun ini saya inginkan satu kelainan tambahan pula saya akan melancarkan beberapa produk dalam masa terdekat ini, maka saya membatalkan Bonanza Ulangtahun dan melancarkan Pertandingan Komen Blog Terbaik Bagi Rahsia PLR. Komen perlu diberikan dalam post ini sahaja bukan post yang lain. Tarikh bermula pada hari ini 20 Januari sehingga 1 Februari 2009 tepat jam 12.00 malam.
Syarat-syarat penyertaaan :
- Perlu baca ebook Rahsia PLR terlebih dahulu – baca dan fahami isi kandungan dan kemudian berikan pendapat anda tentang ebook tersebut.
- Komen perlulah yang membina dan ikhlas – jangan dilakukan kerana dengki, hasad, ingin menjatuhkan, mencarut dan sebagainya. Kami berhak menggugurkan mana-mana komen yang dilihat sebagai ‘komen sampah’
- Komen perlulah melebihi 10 patah perkataan
- Komen dilakukan dari 20 Januari sehinggalah 1 Februari 2009
- Komen hanya di post “Ebook Rahsia PLR Dilancarkan”
Hadiah bagi 3 komen terbaik :
Pertama : DVD Produk Graphics Tools + Video Tutorial Minisite (MRR) + 3 bulan akses ke My Resell Right Depot – Silver Member (Bernilai $30)
Kedua : Produk Graphics Tools + 2 bulan akses ke My ResellRight Depot – Silver Member (Bernilai $30) – (Graphics Tools -Download)
Ketiga : Produk Graphics Tools + 1 bulan akses ke My ResellRight Depot – Silver Member (Bernilai $30) – (Graphics Tools -Download)
Updated : Keputusan akan diberitahu 28 February 2009. Keputusan juri adalah muktamad sebarang surat-menyurat, email atau rayuan tidak akan dilayan. Saya akan memaklumkan sebarang update di blog saya ini. Terima Kasih
Popularity: 9% [?]
No related posts.












.gif)



Assalamua’laikum wbth & salam hormat,
Marvellous! Itu yang boleh saya luahkan sebaik sahaja habis membaca keseluruhan 50 muka surat “Rahsia Kehebatan Produk PLR”. Tahniah & Jutaan terima kasih juga kepada saudara Abooain kerana telah berusaha menyiapkan & menerbitkan ebook yang sangat berguna ini.
Saya akui selama ini saya memang masih kurang faham & sangat keliru dengan terma produk2 MRR,RR & PLR ni..dan usaha penulis menerbitkan ebook ini dalam BM lebih memudahkan untuk newbie khususnya yang kurang mahir BI memahaminya. Gaya penyampaian yang ikhlas, santai & diselitkan gambarajah/carta ditambah lagi bantuan video interaktif adalah bertepatan dengan tujuan asal ebook ini diterbitkan untuk membantu newbie (atau malah IM senior pun) untuk lebih memahami konsep lesen produk MRR, RR & PLR. Penulis tidak menulis secara teori semata-mata, tetapi disampaikan contoh-contoh sekali. Saya menggemari topik 10 : mukasurat 43 yang mana gaya penyampaiannya berbentuk Q & A banyak persoalan terjawap.
Apa yang boleh saya katakan, berdasarkan kualitinya kalau ebook ini dijual dengan harga RM50 pon saya sanggup beli untuk mendapat maklumat & panduan memanipulasi produk MRR, RR & PLR untuk menjana keuntungan di internet. Err..tak sabar rasanya menunggu pelancaran “My Resell Right Depot” produk laman keahlian IM tempatan!
Ribuan terima kasih saudara Abooain & semoga usaha ikhlas membantu newbie ini diteruskan sampai bila-bila..pandangan ini agak panjang sebagai tanda penghargaan daripada saya yang selama ini memang tengah mencari huraian konsep produk MRR, RR & PLR dalam BM..!
P.S – Video tu kalau ada audio @ alunan muzik santai rasanya lagi best nonton
Satu pendedahan yang tidak pernah dilakukan oleh IM tempatan sebelum ini. Dengan ebook ini telah membuka minda saya untuk menggunakan koleksi ebook PLR yang ada dalam simpanan saya. Penerangan yang mantap dan tersusun memudahkan lagi pemahaman saya.
kasimo’s last blog post..Amaran –> Anda akan GAGAL untuk buat duit dari internet jika…
memang berani kerana ebook setebal 61 muka surat ini memang berbaloi anda membacanya.killer niche iaitu PLR dan MRR memang berbaloi dengan hanya menambah sedikit wang,memblehkan anda memperolehi segalanya..
nice job bro,suatu perkara yang berani anda dedahkan..:-)
Faiz’s last blog post..7 Social Networking Yang Boleh Korang Sertai ! !
Salam,
Hu,hu, hu, daripada malam tadi lagi, tak boleh masuk2 http://www.plrseries.com
abu hannan’s last blog post..Comment on Apa kata Islam tentang PPSMI? by abu hannan
Ringkas … tetapi cukup untuk mereka yang baru belajar tentang PLR. Saya pun mempunyai sebuah blog yang khas untuk PLR
PLR Articles’s last blog post..Translate Your Private Label Articles
“Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada saudara Abooain kerana berjaya menghasilkan ebook Rahsia PLR secara percuma tetapi sangat berkualiti. Saya sendiri pernah mendapat ratusan ringgit hanya dengan menjual 1 produk sahaja, maka saya berani katakan apa yang abooain ini amat berguna jika dipraktikkan. Yang penting cepat bertindak bila ada peluang
”
Suatu penerangan yang cukup untuk saya memahaminya. Ada lagi produk free ke ?
e cards’s last blog post..Friendship Series 1
Saya baru downloadkannya 2 hari yang lepas melalui link dari email saya(percuma pulak tu).Tanggapan saya ebook percuma sebegini lebih kepada ebook sampah aje kerana apa yang penting adalah untuk mendapatkan mailing list.Tetapi jangkaan saya meleset.Ebook yg setebal 61ms ini telah memberi satu ilmu baru pada saya tentang apa itu MRR/PLR.Siap dengan panduan bergambar dan video sekali.Saya rasa selepas ini tak payah lagi saya search diinternet untuk cari maklumat tentang perkara berkenaan.Thanks Abooain…hanya tuhan saje yang dapat membalas penat lelah kamu dalam menerbitkan ebook panduan PLR ini.Sekali lagi Terima Kasih….
dino’s last blog post..Membuat firefox lebih laju
hmm,ko leh advertise buku kamu kat website ini,free je http://www.revivalx.com/forum/viewforum.php?f=86
Salam,
Tahniah dan terima kasih dengan perkongsian anda. Bagi saya rahsia kehebatan plr ini adalah antara ebook yang terbaik yang dihasilkan dikalangan ebook-ebook percuma.
Anda berjaya menghuraikan ilmu plr anda dan memberi penerangan yang lengkap dari segi maksudnya, perbezaan dengan terma-terma yang lain seperti mrr dan rr bersertakan ‘sreenshot’nya, bagaimana untuk mendapatkannya dan bersertakan sumber maklumat yang mudah difahami.
Rahsia kehebatan plr semakin terserlah bila anda berkongsikan tip bagaimana cara ia boleh dimanfaatkan, penyelesaian permasalahan dan mendedahkan pelbagai persoalan mengenai plr. Objektif yang jelas dan yang paling menarik menjadi usahawan internet tanpa produk sendiri!
Syabas! Ianya lengkap, padat dan mantap.
Dhiaqis’s last blog post..Hukum Lelong di Internet
Assalamualaikum wrt dan Sejahtera semua..
Tahniah kepada sauara Abooain kerana beliau berjaya menghasilkan ebook yang dinantikan oleh ramai pendatang baru ke dunia perniagaan internet.
Alhamdulillah telah khatam juga saya menelaah ebook rahsia Kehebatan Produk PLR ini.
Komen saya? hmm secara jujurnya saya berpendapat bahawa ebook ini sesungguhnya menepati kehendak saya untuk mengetahui perniagaan internet mana yang lebih berkesan.ebook ini juga memberikan keterangan yang mendalam mengenai produk RR MRR dan juga lebih penting PLR itu sendiri.
Justeru saya tidak akan teragak agak lagi untuk mendalami ilmu PLR dalam perniagaan internet yang dilihat membawa pulangan yang besar. Syabas dan Terima Kasih saudara di atas pemberian ebook yang amat berguna ini.Sekian, Wassalam…
Assalamualaikum.
Syabas & tahniah diucapkan kpd Abooain kerana berjaya
menghasilkan ebook percuma ttg PLR dalam bahasa Melayu
yg bagi saya cukup bermutu ini.
Banyak info telah diberikan oleh Abooain lebih-lebih kepada newbie spt saya ini.
Komen saya agar ebook ini boleh di’upgrade’kan lagi dengan menyentuh tentang masalah-masalah yang akan dihadapi oleh reseller berdasarkan pengalaman Abooain sendiri. Antaranya yang saya nampak & jangka sebagai reseller ialah masalah “download” ebook yang dibeli oleh pelanggan disebabkan file corrupt, sambungan internet perlahan dll.
Jadi saya rasa sebelum ingin jadi reseller perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran teknikal & troubleshooting sebegini. Tidaklah nanti apabila pelanggan yang bermasalah menghubungi reseller, reseller yg tiada kemahiran ini terkapai-kapai menyebabkan pelanggan hilang keyakinan kepada reseller tersebut ! Betul tak Abooain.
[...] setelah hampir 2 tahun keluarnya e-book pertama saya iaitu ‘Rahsia Kehebatan Produk PLR‘, buku pertama saya pula telah berjaya diterbitkan oleh Truewealth. Buku yang bertajuk [...]