Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » eBook

Email Marketing – Kepentingannya!

Submitted by on 25/05/2010 – 10:29 amNo Comment

Assalamualaikum,

Perniagaan Internet dan Pemasaran Email adalah dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai kaitan yang amat rapat di antara keduanya. Dari perkataan Email Marketing atau Pemasaran Email ini akan keluarkan beberapa frasa seperti list, building list, lead, membina list dan sebagainya kerana ia adalah elemen-elemen dalam Email Marketing.

Hari ini terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan terutama perniagaan Internet. Pemilik bisnes online semakin hari semakin kreatif dalam mempromosikan perniagaan mereka. Di Intenet email adalah salah satu alat komunikasi terpenting di Internet. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Maka dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran – mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.

Namun rata-rata orang yang menerima email sebegini beranggapan pemasaran emel itu sebagai SPAM. SPAM secara ringkas bermaksud emel-emel yang tidak dijemput atau dikehendaki oleh si penerima. Ini disebabkan oleh syarikat atau penghantar emel yang menyalahgunakan terkin penghantara email pukal ini. Boleh dikatakan semua emel komersial sekarang ini dilabelkan sebagai spam walaupun ianya mengandungi maklumat yang sah dan berguna.

Inilah sebabnya kenapa pemasaran emel pukal boleh membahayakan bisnes anda. Satu sahaja emel dari anda dianggap spam maka semua alamat emel perniagaan anda akan disekat oleh penyedia perkhidmatan emel seperti Yahoo!, AOL dan MSN. Lebih teruk lagi, laman web anda ada kemungkinan akan disekat oleh enjin carian atau dibuang terus oleh penyedia web hosting anda.

www.abooain.com/pemasaranemail

Majoriti ISP, host-host dan enjin carian begitu memusuhi emel-emel spam. Para penyepam yang dianggap penyepam telah menyebabkan para pengguna mereka berada dalam kesusahan dan merugikan bandwidth mereka. Itulah sebabnya kenapa mereka begitu tegas dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki penyepam.

Ramai pemilik perniagaan hari ini mengambil jalan pintas dengan membeli email-email dari syarikat atau individu tertentu, apatah lagi jika anda dijanjikan dengan pulangan lumayan kerana menghantar email promosi ke list email yang dibeli tersebut. Anda sebenarnya berhadapan dengan risiko yang tinggi apabila melakukan perbuatan tersebut sama ada anda akan ditipu, anda di benci, email di’blacklist dan sebagainya.

Anda sebenarnya mempunyai cara yang lebih baik dan berhemah melalui penggunaan Pemasaran Email yang betul untuk mempromosikan produk atau servis anda. Konsepnya adalah sama iaitu Pemasaran email pukal juga tetapi berbeza dari sudut praktikal iaitu email promosi atau email komersial dihantar secara pukal kepada pelanggan anda yang berdaftar sahaja.

Pelawat website atau blog anda akan mendaftarkan diri sebagai pelanggan anda yang sedia menerima email sebarang email komersial dan mereka boleh menarik diri dari senarai email anda pada bila-bila masa sahaja.

Anda boleh hasilkan emel follow-up, kemudian masukkan maklumat atau promosi tentang produk anda yang lain yang mana mereka mungkin mempunyai minat terhadapnya. Setelah itu anda boleh meminta mereka mendapatkan referral yang juga berminat terhadap produk anda tersebut. Dengan ini promosi anda akan lebih selamat dan sah. Jika ada di antara mereka yang menuduh anda melakukan spam, anda boleh membuktikan mereka salah dengan menunjukkan bukti-bukti yang anda dan mereka mempunyai hubungan sebagai peniaga dan pelanggan. Bukti-bukti tersebut boleh jadi dalam bentuk resit pembelian atau emel dari mereka.

Jika anda baru memulakan bisnes dan belum mempunyai database pelanggan, anda boleh gunakan cara selain dari menghantar emel pukal untuk mengiklankan bisnes anda itu. Jika tidak anda ada kemungkinan kehilangan bisnes yang baru sahaja ingin dijalankan.

Terdapat banyak cara untuk mempromosikan produk atau servis anda di Internet. Anda perlu kreatif dan imaginatif. Pemasaran dan pengiklanan adalah antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan. Pastikan anda menonjolkan bisnes anda dengan profesional, sekali sahaja anda dianggap melakukan spam, maka masa depan bisnes anda akan gelap selamanya.

Jika anda ingin belajar tentang selok-belok Teknik Pemasaran Email ini, saya syorkan:

http://www.abooain.com/pemasaranemail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge