NEWBIE PERLU KUASAI 5 TEKNIK INI!
Assalamualaikum,

Ammar Zahar yang terkenal sebelum ini dengan Koleksi Grafik v2 merupakan salah seorang IM muda yang semakin mendapat tempat di persada ebiz dan semakin agresif di dalam melebarkan empayar Perniagaan Internet beliau. Seorang Newbie yang mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk mendirikan Bisnes Onlinenya sendiri …… menampakkan beliau seorang yang mempunyai minat, azam dan komitmen yang tinggi untuk berjaya dalam lapangan ebiz ini. Oleh itu bagi Newbie atau sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam Bisnes Online maka sepatutnya mencontohi beliau yang begitu bersemangat dan komited dalam usaha beliau tersebut, malah beliau sanggup berkongsi beberapa teknik dan maklumat yang dilihat sebagai banyak membantu beliau untuk berjaya di dalam lapangan ebiz ini. Beliau telah mengutarakan 5 teknik yang telah membantu beliau untuk berjaya dalam Bisnes Online dan diolah dalam bentuk ebook yang diberi nama Rahsia Newbie. Saya telah membaca satu persatu 5 teknik yang diolah dengan gaya bahasa yang mudah dan bersahaja ini. Maka saya boleh membuat sedikit kesimpulan hasil pembacaan dan pengamatan saya terhadap kelima-lima teknik yang Ammar dedahkan tersebut.

Rahsia Newbie ini dibahagikan kepada 5 Teknik yang perlu diketahui oleh Newbie iaitu :
Teknik Cipta Produk – Langkah pertama anda ialah cipta produk anda sendiri. Ketahui terlebih dahulu jenis-jenis produk digital atau jenis bisnes online yang ingin ceburi kemudian cari produk yang bersesuaian dengan minat atau kemahiran anda. Ammar cuba membantu anda dengan menjelaskan kaedah untuk mencipta produk dan beliau telah menerangkan kepentingan mencipta produk sendiri, mencari potensi, kenal pasti kemahiran anda, menambah ilmu pengetahuan, kaedah untuk menewaskan pesaing, produk digital dan sebagainya. Bahagian ini mendedahkan kepada anda cara untuk mencipta produk kerana sudah tentu anda memerlukan produk untuk memasarkannya kepada umum.
Teknik Blog – Perlu memiliki blog! Blog percuma atau berbayar (blog .com)? Apa bezanya? Cara memilih nama domain yang sesuai untuk blog anda. Ketahui cara untuk membina blog anda hanya dalam masa 5 minit sahaja, bagaimana? Ammar akan menerangkan kepada anda cara untuk membinanya dan membuat artikel. Pentingnya bantuan Tutorial, branding nama, mengumpul pembaca, membina backlink, mencari pendapatan samping dari blog anda tersebut dan banyak lagi.
Teknik Email - Memanfaatkan email anda untuk tujuan promosi dan yang mana lebih baik autoresponder percuma atau berbayar? Apakah risiko menggunakan yang percuma? Format email yang senang dibaca oleh pelanggan dan jenis-jenis email. Menarik hati pembaca anda dengan email yang menarik. Apakah tips 3G 1T? Email Berantai?
Teknik JV – Joint Venture atau kerjasama sesama IM di dalam menjayakan sesuatu program sama ada projek Giveaway, affiliate, ebook dan sebagainya. Anda memerlukan tatacara dan adab yang khusus untuk menjemput seseorang IM agar menjalinkan kerjasama dengan anda, bukan main ajak je cam ajak pergi makan nasi ……. ! Ammar akan menerangkan teknik untuk berkerjasama, cara mengenal-pasti rakan JV anda, teknik menjemput rakan JV, perlu menyediakan ‘promotion tools’ bagi memudahkan rakan JV anda melakukan promosi, jenis-jenis ‘promotion tools‘, dan banyak lagi yang berkaitang dengan hubungan dua hala antara anda dengan rakan JV.
Teknik OTO – One Time Offer merupakan salah satu teknik istimewa menarik perhatian pembeli untuk tawaran kedua selepas tawaran utama dengan harga yang istimewa. Berapakah nilai yang perlu diletakkan dalam tawaran OTO ini? dan sebagainya.
Bonus yang disediakan oleh saudara Ammar juga begitu istimewa, jika nak tahu sila ke www.epustaka.com/rahsianewbie
Kesimpulan : Jika kita lihat fenomena yang berlaku pada hari ini, berapa banyakkah orang yang mampu menjana pendapatan dari Internet? Malah kita tengok cukup ramai yang menyuarakan isi hati mereka untuk menceburkan diri dalam Bisnes Online tetapi hanya sekadar kata-kata sahaja malah ada yang melakukannya hanya separuh jalan sahaja. Ramai pula yang terjun ke industri baru ini tanpa belajar, menyelidiki, serta mengetahui apakah yang harus dilakukan untuk berjaya dalam bidang internet ni. Tidak sedikit pula yang mencuba, kemudian gagal dan terus putus asa……… ramai juga yang mencuba tetapi masih tak dapat apa-apa.
Akhirnya apabila kecewa, maka bermulalah senario yang beranggapan Bisnes Internet hanyalah omongan kosong semata-mata da menyalahkan bisnes internet ni sebagai satu bisnes yang menipu, hype dan sebagainya. Jangan cepat melatah bro …..
Jika anda ingin berjaya maka perlu memiliki teknik yang betul, strategi yang betul, mindset yang betul, dan cara yang betul. Ini tak semua orang tahu. Hanya segelintir sahaja tahu dan segelintir orang itulah yang berjaya memanipulasikan internet dan menukarkannya kepada wang ringgit. Merekalah yang berjaya dalam perniagaan online ini……. antaranya Ammar Zahar!
TAWARAN BONUS EKSLUSIF DARI ABOOAIN
Seperti biasa saya tidak melepaskan peluang untuk menawarkan produk istimewa buat para pembeli yang membeli Rahsia Newbie ini melalui link affiliate saya. Produk kali ini merupakan produk yang saya belum tawarkan lagi kepada umum iaitu 2 pakej video MRR (lebih 400Mb!) iaitu video Rahsia Trafik dan Video WordPress yang bernilai $94 dalam bentuk CD yang akan saya hantarkan ke rumah anda :

MRR
Video Tutorial cara untuk menghasilkan trafik ke website atau blog anda menggunakan Teknik Web 2.0 yang hebat. Video langkah demi langkah bagi menarik ratusan Trafik ke website anda menggunakan teknik dan web terkini bagi mengaut keuntungan nanti. Video terkini yang mengambil masa 172 minit ini mampu memberikan pulangan yang berganda kepada anda jika anda mampu untuk memanfaatkan Teknik tersebut sepenuhnya.

MRR
Video Tutorial Rahsia Menjana Kewangan dari Blog WordPress anda, langkah demi langkah. Paker akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana untuk maksimunkan pendapatan anda menggunakan blog dan mengekalkan pendapatan anda tersebut secara berterusan melalui video sepanjang 96 minit ini. Klik pada sample web untuk anda melihatnya sendiri!
Pembeli boleh mendapatkan BONUS EKSKLUSIF di atas dengan membeli Rahsia Newbie tersebut menggunakan Link Affiliate saya ini www.epustaka.com/rahsianewbie. Jangan lupa ‘Clear Cookies‘ browser anda terlebih dahulu sebelum klik link affiliate saya tersebut jika anda tidak ingin terlepas BONUS HEBAT di atas. Anda perlu menghantar nama, alamat, hp, email pembelian dan bukti pembelian kepada saya dan saya akan melakukan pengesahan terlebih dahulu dengan pihak Rahsia Newbie terhadap pembelian anda tersebut. Produk akan diposkan sebaik sahaja mendapat pengesahan pembelian dari pihak Rahsia Newbie. Sila emaikan ke claimbonus[@]abooain.com semua maklumat yang dikehendaki di atas.






hahahaa… sudah hangus rm42. maka dengan selambanya saya ingin membuat tuntutan. tuntutan tersebut telah terhantar dengan jayanya…
Ok abfatah maklumat dah diterima. Saya akan hantar kepada pihak Rahsia Newbie dan tunggu pengesahan dari beliau dahulu sebelum saya hantar CD bonus tersebut ye
Terima Kasih!
Video-video tersebut, adakah anda buat sendiri? Dalam bahasa apa?
Pangeran | PANGERAN.ORG’s last blog post..Free Premium WordPress Theme – WordPress Tube
Tak, bukan video saya – International punya jadi ia dalam BI.
wah… menarik sungguh tawaran Abooain ni…
nak tanya:
1- kenapa perlu kita clear cookies browser dulu…? tak boleh ke klik link itu terus dan buat proses yang seterusnya…
2- rasanya link Abooain di atas adalah RahsiaNewbie.com (link yang masih ada masalah ketika saya menulis ini), bukannya RahsiaNewbie.biz (link yang boleh dicapai).
3- Abooain JV BelajarPaypal.com juga ke? ada apa-apa tawaran menarik tak kalau saya beli melalui link JV Abooain? kalau ada… bolehlah Abooain PM saya di sini ya: http://www.wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/9131-belajarpaypal-com-adakah-anda-ada-tawaran-yang-menarik.html
diharap… Abooain dapat membantu ya…
Terima kasih copernicus,
1- Kena clear cookies terlebih dahulu sb cookies telah menyimpan data bagi link affiliate yang telah anda klik sebelum ini (jika ada). Oleh itu setiap link affiliate yang anda klik selepas link affiliate pertama anda, tidak dapat dikesan atau tidak lekat. Cookies akan menyimpan link affiliate yang pertama anda klik sahaja. Oleh itu jika anda telah klik link affiliate IM 1 tetapi anda berminat dengan IM 2 dan klik pula link tersebut maka klik tersebut tidak dapat di detect dan ini sudah tentu akan merugikan anda sendiri.
2- Laa, terlupa nak tukar! Ok terima kasih saya dah tukar.
3. Saya memang JV dengan Belajar Paypal tetapi tidak ada sebarang tawaran bonus kerana pada waktu tersebut tidak ada bonus terkini. Maaf!
Terima Kasih
wah, tawaran yang menarik gak ni ….. terliur lak saya Abooain ooi,…. kekekeke
hehehehe!
p.s – Nanti nak sambar satu Headercreator tu… insyaallah lepas raya nanti…
Ubi’s last blog post..Aku, Kartun Bisnes Internet
kekeekeke, macam pernah ku dengar perkataan tersebut, tapi di mana ya …..
Kao ni Ubi, cam helang plak nak sambar-menyambar ….. wakakaka!
Nice & good info! Keep u’r good works…
Terima kasih Masrule!
Assalamualaikum..abooain..laa, saya bru tahu betapa pentingnya utk kena clear cookies dulu sebelum join pape affiliate..sedihnya..saya takut lepas ni kalo ada orang beli pape melalui link affiliate saya, saya tak dapat pape. ape perlu saya buat ye?
Wa’alaikumussalam,
Perlu tekankan pada promosi dan tawaran bonus serta jangan lupa maklumkan pada prospek agar mereka clear cookies mereka terlebih dahulu sebelum klik link affiliate anda, jika tidak mereka mungkin terlepas bonus tawaran anda.