Paypal – Kepentingannya!
Assalamualaikum,
Saya percaya ramai yang mengenali Paypal dan ramai juga mungkin tidak mengenalinya secara lebih lanjut.
Di antara salah satu elemen penting yang perlu disediakan oleh para Usahawan Internet ialah kemudahan sistem pembayaran. Anda perlu menyediakan satu atau beberapa saluran untuk menerima pembayaran dari pelanggan. Sekurang-kurangnya satu tetapi jika lebih dari satu ia adalah satu kelebihan dan pelanggan mempunyai banyak pilihan. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menerima pembayaran dari Kad Kredit. Yup, biarkan apa pun target market anda, penyediaan penerima pembayaran Kad Kredit atau Kad Debit adalah PENTING dan WAJIB untuk membolehkan anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.
Ramai yang beranggapan perkara ini tidak penting sedangkan hakikat tidak begitu. Ini kerana semakin hari semakin ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit). Di samping itu juga, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.
Satu kajian menyatakan bahawa sebanyak 85% pembayaran untuk membeli di internet adalah melalui kad kredit. Ini menunjukkan sudah ramai orang yang menjadikan kad kredit/kad debit sebagai satu metod pembayaran di internet. Maka, sudah tentu amat wajar untuk anda meletakkan pilihan pembayaran secara kad kredit di laman web jualan anda untuk pembeli produk anda.
Permasalahan utama yang timbul ialah bagaimana cara untuk menerima pembayaran melalui Kad Kredit dari pelanggan anda? Saya akan ceritakan secara ringkas mengenai perkara ini.
Pelanggan – Asasnya apabila pelanggan anda ingin membeli menggunakan kad kredit atau kad debit, mereka akan memilih menu atau link yang disediakan di laman web jualan untuk proses kemasukan maklumat kad kredit. Antara maklumat asas yang pembeli perlu masukkan adalah nama, no kad kredit, 3 digit rahsia kad kredit, alamat dan lain-lain, bergantung kepada pihak penyedia pembayaran kad kredit.
Penjual – Anda sebagai penjual perlu mempunyai akaun ‘Merchant Bank‘ sama bank tempatan atau antarabangsa bagi membolehkan anda menerima pembayaran melalui kad kredit. Namun, untuk mendapatkannya terdapat beberapa syarat ketat dan polisi yang kebanyakan orang tidak mampu untuk memenuhi. Terdapat beberapa pilihan yang menjadi pilihan para Usahawan Internet tempatan dan luar negara di antaranya ialah :
- Wordpay.com
- 2Checkout.com
- Paypal.com
Worldpay.com menyediakan khidmat akaun merchant ini, tetapi dengan bayaran permulaan RM2000 untuk sekali bayar. Harganya yang mahal ini mungkin menjadi beban buat kita semua.
2Checkout.com pula lebih murah dan ramai IMers yang memilihnya sebagai Payment Processor mereka, yang mana bayaran permulaan adalah $49 USD iaitu sekitar RM182.00.
Paypal.com menjadi pilihan utama dan ramai usahawan internet dari seluruh dunia kerana ia percuma tetapi diiktiraf ramai. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran mendaftar atau memiliki akaun Paypal cuma anda akan dicaj untuk setiap transaksi yang anda terima daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan melalui perkhidmatan mereka.
Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang ‘verified’ adalah:
- Anda boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Berbeza jika anda menggunakan Perbankan Online Malaysia yang hanya khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. Bagaimana jika ada rakyat luar negara yang ingin membeli produk anda? Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi Anda!
- Caj yang dikenakan adalah rendah – Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.
- Cepat dan mudah – Urusan membuka akaun dan menguruskan akaun adalah cepat dan mudah. Hanya dalam beberapa minit sahaja anda mampu membuka akaun Paypal. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat “Button Buy” yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.
- Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.
- Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.
Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatan yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.
Jika anda belum memiliki akaun Paypal, ebook panduan di sini boleh membantu anda memahami lebih lanjut mengenai Paypal:
>> www.abooain.com/panduanpaypal
Bertindak sekarang untuk menggandakan hasil jualan perniagaan anda di Internet!
Popularity: 14% [?]
No related posts.












.gif)



disarankan memilikinya buat mereka y belum mempunyai akaun paypal.
p.s transfer frompaypal to maybank = 3 days
.-= Afzai Afandi´s last blog ..Buat Duit dengan Pengiklanan Image Space Media =-.