RAHSIA CLICKBANK DILANCARKAN!
Assalamualaikum,

Clickbank merupakan lombong emas bagi IM yang mengetahui kelebihannya, dan sememangnya merupakan tempat terbaik untuk menjana pendapatan yang baik dan menguntungkan. Namun untuk menjadi pelombong-pelombong Clickbank anda sudah tentu memerlukan ilmu untuk melombong, perkakasan melombong serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perlombongan Clickbank!
Saya sendiri secara peribadi merasa amat rugi kerana tidak memanfaatkan Clickbank sebagai salah satu sumber income saya. Mungkin saya tidak mampu lagi mem’fokus’kan pada Clickbank atau pun saya perlu menambah satu lagi Niche saya dan fokus kepada Niche baru saya tersebut iaitu Clickbank. Ya, saya akan cuba fokus kepada Clickbank pula!
Ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank sehingga pertengahan tahun 2008, Namun berlaku satu peristiwa yang buruk iaitu Clikcbank menutup permohonan rakyat Malaysia tanpa sebarang notis atau maklumat tentang sebab-sebabnya.
Pelbagai teknik dan taktik pada waktu itu digunakan dan sudah tentu menggunakan teknik rahsia atau ‘pintu belakang‘ untuk mendaftar Clickbank. Di antara taktik tersebut ialah mendaftar menggunakan kewarganegaran selain Malaysia, virtual office, alamat palsu dan sebagainya. Saya sendiri memiliki buku Chapter-M yang ditulis oleh Mr.Gobala Krishnan dan sememangnya ebook tersebut mendapat sambutan hangat dari para pelombong Clickbank.
Kenapakah Clickbank di pandang sebagai satu tempat yang menguntungkan atau Lombong Emas oleh Internet Marketer dari seluruh dunia?
Clickbank seumpama sebuah bank atau gedung yang menyimpan pelbagai produk beraffiliate dan membuka peluang affiliate seluas-luas kepada mereka yang ingin menjana pendapatan secara Online. Clickbank menyediakan lebih dari 10,000 produk yang terdiri dari ebook, perisian, laman web keahlian dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa semua produk yang disediakan oleh ClickBank adalah produk digital bukan produk fizikal -- itu adalah kehebatan Clickbank!
Di antara kelebihan produk Digital ialah dari sudut kos yang memang amat rendah jika hendak dibandingkan dengan produk Fizikal kerana produk Digital tidak memerlukan kepada kos penghantaran atau kos fizikal dan margin keuntungannya adalah sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% bagi setiap produk yang anda promosikan -- satu kelebihan yang mungkin tidak akan dijumpai bagi produk Fizikal di dunia perniagaan Offline.
Namun sekarang, Clickbank telah pun membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia dan kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan menjana pendapatan sebanyak mungkin!
Anda memerlukan beberapa teknik dan taktik untuk menjana pendapatan melalui ClickBank dengan baik dan untuk melakukannya bukanlah satu perkara yang sukar, tetapi anda perlu mengetahui formula rahsianya.
Di antaranya :
1) Ketahui Bagaimana Proses Mencari Produk Yang Diperlukan
Terdapat 10,000 produk di dalam CB dan ia merupakan satu jumlah yang sangat besar dan sudah tentu memerlukan teknik untuk mencari produk sesuai untuk dipromosikan -- Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.
2) Fokuskan pada 1 Pasaran dan 5 Produk
Anda PERLU memilih sebuah pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan sebuah produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan sebuah lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.
Niche & Fokus -- Anda perlu mencari satu pasaran “niche” yang anda fikir sesuai dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 di dalam ClickBank. Anda kemudian perlu fokuskan sahaja pada Niche pilihan tersebut tanpa perlu menghiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda dan anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, memadai hanya 3 hingga 5 produk -- itu sudah mencukupi.
3) Bina Laman Web Yang Dapat Menjual & Review
Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah “ulasan produk” mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka. Review produk mestilah ditulis dengan cara yang unik dan tersendiri agar dapat menghapuskan segala keraguan pembaca anda sekaligus mampu menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta.
Pakar memanggilnya sebagai “Landing Pages” dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan :
http://www.epustaka.com/rahsiaclickbank
Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua yang saya ceritakan sebentar tadi.
Selain itu, mereka telah menyediakan LAMAN WEB ClickBank yang telah tersedia untuk digunakan oleh anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng’upload‘nya ke dalam ‘hosting’ laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ClickBank, di sini :
http://www.epustaka.com/rahsiaclickbank
Berhati-hati! ClickBank pernah menutup keahlian kepada rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan berulang lagi. Oleh itu anda perlu memulakannya sekarang, rebut peluang menjana pendapatan sehinggan ribuan RM ini sebelum lebih ramai yang mengetahuinya. Jika sekiranya ditakdirkan mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas jika anda sudah pun menjadi affiliate
yang sentiasa membuat jualan.
Rahsia ClickBank adalah satu jalan yang bagus untuk dimulakan, sesuatu yang saya sarankan dengan penuh kejujuran….. YANG PASTI saya akan berusaha mendapatkannya untuk diri saya sendiri -- Insya-Allah!
http://www.epustaka.com/rahsiaclickbank
Saksikan penerangan dari Mr.Gobala sendiri tentang Rahsia Clickbank beliau dan Zamri ini :
TAWARAN ISTIMEWA DARI ABOOAIN
Para pembeli RCB ini akan mendapat BONUS EKSLUSIF dari saya berupa AKSES 3 BULAN KE MY RESELL RIGHT DEPOT MEMBERSHIP -- GOLD EDITION - kini hanya 1 BULAN AKSES SAHAJA bernilai lebih dari $1000! Mengandungi ratusan produk MRR/PLR terkini setiap bulan & ratusan Mb perlu dimuat-turunkan. Produk ini dalam proses terakhir dan anda mungkin yang pertama menjadi ahlinya!
Saya hanya buka untuk 5 2 orang sahaja, sama ada dari Subcsriber saya atau luar!
Sila pastikan anda :
‘Clear’ cookies browser anda terlebih dahulu -- atau rujuk di sini : http://abooain.com/claimbonus
Popularity: 28% [?]
No related posts.







.gif)








salam abooain….
bukan sesuatu yg mudah utk menjana income dengan clickbank…selain saingan dengan IM2 yg lain…saingan untuk mengatasi kemalasan diri adalah penting…rahsia clicbank ini mungkin akan membantu para blogger yg ingin serius dengan clickbank
Afzai Afandi’s last blog post..Update Pantas # Payment Pengiklanan
Sesiapa yang mahu jadikan clickbank sebagai sumber pendapatan wajar dapatkan ebook ini
salam,
abooain saya nak chop satu! internet slow sangat sekarang. Pukul 4 nanti saya beli. Saya tempah yer. jangan bago orang lain.
Erm, xsabar2 saya bila membaca artikel ni..
saya kurang bertindak sebelum ni, tapi kali ni, saya akan bertindak utk turut sama dapatan RCB ni.
Afzai, selamat kembali semula ke eBiz …….. bercuti panjang tu gu!
Sunyi takdok demo weh …..
Hazman memang betul, saya sendiri jadi bersemangat, sekarang tengah dok mentelaah untuk start menjana dari CB lak!
AbuFadhl, jangan lupa beli dari link saya tu
Jangan lupa Clear cookies duli baru klik link saya di atas. Bonu bernilai ratusan USD tu ….. 3 bulan akses percuma untuk MRRD! Pastikan link tersebut adalah seperti berikut : http://awesomemarketer.com/secure/4bw/459/order
Mohd Safuan, betul tu kita sama terokai Lombong Emas tu …..
ebook terhangat masa kini. clickbank terbongkar sudah…
abdfatah’s last blog post..Ketahui Rahsia ClickBank Lubuk Emas Online
hangat betul ebook ni sampai saya pun sambar satu hehehe…
blom cuba blom tau kan..=)
Yup, ebook ini memang hangat dan ia semakin hangat jika dipraktikkan dan diubahsuai agar websitenya kelihatan lebih unik dan lain dari yang lain.
kalo betul admin dpt duit dpd CB, knp bria sgt suh org bli mlalui link admin? x cukup lg ke duit dpd CB tu? ke belum dpt duit lg…manusia skrg ni….
Eh, nape bro aboy marah-marah ni? Saya tak cakap pun saya dah menjana wang dari CB. Cuba kao baca betul-betul setiap pos saya mengenai CB tu ……. memang saya belum menjana sesen pun dari CB kerana CB bukan FOKUS saya. Fokus saya ialah produk MRR/PLR & Graphics buat masa sekarang, dan Insya-Allah saya yakin saya mampu menjana pendapatan melalui CB kerana saya tahu potensi CB…. cuma saya perlukan masa untuk memberikan tumpuan kepada CB kerana saya sekarang agak sibuk dengan beberapa projek dan belum berkesempatan lagi untuk memberikan tumpuan kepada CB.
Saya merupakan Fulltime IM dan sudah tentu saya menjana pendapatan melalui Online termasuklah program affiliate dan saya juga merupakan salah seorang rakan JV RCB yang menjana pendapatan melalui affiliate RCB ini, ada salah mana-mana ke….? Sabar bro….
Sebelum saya memasarkan sesuatu produk saya akan dapatkan produk tersebut terlebih dahulu atau memang saya telah memiliki produk tersebut, barulah saya me’review’kannya di sini…… jika produk tidak berapa bagus, saya memang tak review melainkan produk tu dah top.
Ok, bro aboy terima kasih ….
Free preview
http://www.digital-reader.com/rdcpreview.pdf
RCB sentiasa “hot” dengan komen-komen pemerhati..dr WC sehingga ke blog-blog IM..bagus2..satu langkah perubahan dunia cyber di Malaysia..
wanazri’s last blog post..Langkah Pertama…
Saya dah baca Rahsia Clickbank.. secara keseluruhan saya kecewa dengan kandungan ebook RC.
1.Harga rm240 – saya boleh beli ebook orang putih yang lebih mantap dengan harga lebih kurang
2.teknik promosi : teknik promosi forum dan artikel diajar dalam RC.Tetapi kelemahannya ialah anda perlu mempunyai kredibiliti dalam sesuatu forum untuk betul2 menjana jualan.Ini kerana forumers lain tidak akan percaya newbie yang tiba2 membuat thread jualan.Tambahan lagi ramai orang menggunakan template yg sama yg diberikan oleh Rahsia Clickbank.
Selain itu teknik artikel pula hanya diajar supaya submit artikel anda ke beberapa directori.Tetapi keyword research langsung tidak diajar walaupun pemilihan keyword adalah paling penting dalam artikel marketing.
Kesimpulannya kalau anda betul2 serius untuk menjana pendapatan tetap dari Clickbank, saya rasa Rahsia Clickbank bukanlah pilihan yg tepat.
@aboy, every extra money counts.even you have million dollar, you will want to make more money.
Ok, ini pendapat ikhlas dari saudara Yusri….saya hormati pendapat saudara.
Namun secara umum RCB boleh dikatakan sebagai pemangkin bagi Newbie yang ingin bergiat dalam lapangan Affiliate Marketing. Pro dan kontra tu memang tak boleh lari dah …… beli yang omputeh punyer ramai lak yang tak reti Omputeh
Thanks Yusri!
P.S – Boleh dikatakan 90% pembeli RCB (sama ada melalui link affiliate saya, rakan-rakan atau Newbie) yang menghantar email dan tepon saya mengatakan mereka berpuas-hati dengan RCB kerana bagi mereka RCB sebagai platform untuk mereka belajar tentang Perniagaan Online.
hi i too feel RM240 is way to expensive. People always say , boleh memiliki bisnes yang menjaya duit tanpa modal. Tapi for me RM240 memang mahal.
is there anyway that we can get the help on this as a cheaper price.
I am a newbie and i am still sceptical about this business, tak kan nay membelanjakan RM240 and then feel frustrated when the techniques does not apply
please tell me if there any other way!
Yup, mungkin RM240 satu angka yang agak besar bagi sesetengah individu, namun ia bukanlah pilihan utama yang mutlak untuk anda. Terdapat banyak lagi pilihan murah untuk anda di pasaran….
Sebenarnya bayaran RM240 bukan semata-mata untuk ebook sahaja malah anda diberikan 15 minisite yang siap dengan Review bagi 5 produk pilihan CB. Jika sekiranya setiap minisite tersebut anda upah designer yang membuatnya , sudah tentu paling murah harganya ialah RM100(mungkin mahal lg) satu, maka berapakah jumlah untuk 15 minisite tersebut?
Itu tidak termasuk review produk (ditulis dalam BI)yang akan menelan belanja sekitar (USD5) bagi setiap artikel untuk 500 patah (harga bagi copywriter yang saya biasa).
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa RM240 bukan harga bagi ebook RCB tetapi ia merupakan bayaran untuk PAKEJ RCB yang disertakan dengan beberapa tools sampingan.
Saya tidak fokus kepada Clickbank, tetapi saya telah melakukan satu percubaan pada bulan Mac 2009(saje-saje) dan ternyata saya mendapat hasil yang pertama dari CB sebanyak $17.50 dalama masa beberapa hari (kalau tidak silap 3 hari)! Itu baru test je, belum lagi saya fokus kepada SEO atau menjana trafik berduyun!
Sebenarnya CB mampu memberikan hasil yang lumayan jika rajin dan kena dengan teknik….. terus-terang saya katakan itu memerluakan pengorbanan.
p.s -sebenarnya untuk berniaga anda memerlukan modal walaupun sedikit, kebanyakan IM yang berjaya sekarang ini tidak berdiri dengan percuma je dengan produk percuma……cuma anda mungkin boleh belajar dari sumber-sumber yang percuma.
p.p.s- Mungkin jika ingin belajar tentang RCB, boleh juga rujuk ClickBank Exposed.
Thanks hefab!
yusri nie betul2 mematahkan semangat membeli RCB nie…
hati dah berkata dua dah…
saye ader review copynprofit from us and berkata dua utk memilih copynprofit atau clickbank…
bro…tolong….
rm240 bg org mcm sayer agak besar…
nasihatkan sayer sket bro..
Macam ni la, semua benda ada pro dan kontra…termasuklah di dalam dunia online ni. Saya tengok kebanyakkan produk sama ada ebook, video atau sebagainya pasti ada yang memuji dan ada yang kondem.
Kita perlu tahu sorang yang kondem tidak bemakna sesuatu produk tersebut betul-betul tidak baik, kita lupa bahawa mungkin 20 orang lain berpuas-hati dan memuji produk tersebut – kita sentiasa nampak yang tidak baik sahaja!
Macam gak RCB, kita terlupa betapa ramai yang berpuas-hati dan memuji serta memberikan testimoni untuk RCB ini.
Yusri mempunyai pendapat beliau sendiri yang mungkin seorang yang dah biasa dengan dunia CB….dah itu hak beliau.
Lainlah jika ramai yang mengkritik RCB dan jarang-jarang je yang memuji…itu dah lain citernya.
Saya syorkan anda buat kajian dan pilih betul-betul sebeluom membeli kadang-kadang membeli dengan separuh hati pun boleh mengundang masalah gak…..
salamz..
pada saya harga rcb tu mmg agak besar..
tp kebanyakan blog or website yg saya masuk utk baca review psl RCB ni smua kata berbaloi-baloi..(phewwiitt)..
tp ada sorang je kata kecewa iaitu yusri @zack di website2 lain..
ayat lebey kurang sama..
entah la apa masalah dia…
syazwan’s last blog post..Wakenabeb versi argentina
salam admin ak bru je abeh bca temuramah ko ngn majalahim.. well kembali bersemangat ak tuk jual mrr n plr neh.. anyway ak tertarik gak ngn RCB tau 2,3 bln lpas n smlm bru bca blk (website je dlu).. da smakin berkobar lak nk jOin CB neh.. kt cni ak nk tya skit.. tuk jdi affiliate CB ade ape2 bayaran ke (ak tau nk reg. free je) atau kna bli dlu produk yg kte nk jual semula tu? teruja betul bca cte Gobala.. tq!
zaidi’s last blog post..PAK CIK SEARCH ENGINEKU
Terima kasih Zaidi, semoga anda sentiasa bersemangat dan konsiste dengan usaha anda.
Tentang RCB tu saya kurang pasti untuk pembeli atau tidak kerana saya menyertai affiliate RCB berdasarkan jemputan mengikut jumlah Mailing List. Boleh dikatakan semua penyertaan ke program affiliate tempatan tidak dikenakan sebarang pembayaran termasuk RCB.
Saudara boleh ajukan kepada Team RCB agar jawapannya lebih memuaskan hati saudara.
Thanks!
Wow, this is very useful.. Thanks for sharing this and hoping I could implement it too.
Thanks, Appreciate your comments.
Thanks wow power leveling, Appreciate your comments.
Saya nk bertanya.. kenapa terdapat perbezaan harga untuk ebook RCB ni?
Ada yg membeli dengan harga rm240, ade juga yg mendapat diskaun 50% iaitu rm 120..
Adakah terdapat perbezaan isi kandungan nya di antara kedua dua harga tersebut??
Saya inginkan penjelasan kerana bercadang untuk mndapat kan ebook ini..
Saya kurang pasti tu, saudara mungkin boleh menghubungi pihak RCB untuk bertanyakan tentang perkara ini…
saya dah cuba banyak kali dengan Clickbank tapi masih lom dapat hasil lagi…sekarang nie pun masih belajar,rupa-rupanya ilmu clickbank nie kena bergantung pada kepakaran jugak….
Hafizi´s last blog ..