“Rahsia Reseller Ebook Terbongkar”
Assalamualaikum,
Saya telah menerima jemputan JV dari salah seorang IM yang telah lama juga berkecimpung dalam arena Perniagaan Online ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Wan Khairul Zarizi a.k.a yoji seorang yang bergerak aktif dalam dunia Perniagaan Internet. Saya dijemput untuk projek pertama beliau iaitu “Rahsia Reseller Ebook Terbongkar” yang merupakan produk sendiri pertama beliau. Saya sebenarnya terpaksa menolak beberapa jemputan JV sebelum ini kerana pada waktu itu masa tidak mengizinkan, saya bimbang jika menerima JV nanti saya tidak mampu untuk membuat promosi.
Saya baru saja meneliti ebook beliau ini yang membincangkan tentang Rahsia Produk Reseller atau produk-produk Resell Right. Wah, banyak benda juga yang diceritakan oleh beliau di dalam ebook ini. Secara umumnya saya berpuas-hati kerana beliau telah menceritakan ‘step by step’ tentang bagaimana hendak buat duit dengan produk Resell Right ini.
Ebook beliau ini menggingat kepada projek saya yang masih terbengkalai sehingga ke hari ini walaupun telah hampir 90% siap. Saya telah menyiapkan ebook setebal lebih 200 mukasurat yang membincangkan tentang bagaimana hendak berkecimpung dalam dunia Resell Right secara teknikal. Saya sendiri pun masih lagi tidak tahu sama ada hendak mengeluarkannya dalam bentuk ebook atau buku. Insya-Allah, saya mungkin akan keluarkan dalam bentuk buku fizikal jika tidak banyak kerenah dengan publisher.
Ok, berbalik pada ebook “Rahsia Reseller Ebook Terbongkar” oleh Yoji ini, saya berpuas-hati pertamanya olahan beliau bersahaja tidak berbelit-belit. Huraian kebanyakkannya berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang telah hampir 2 tahun dalam industri Perniagaan Internet ini. Menariknya penceritaan beliau dibantu dengan imej dan screenshot, ini akan memberikan lebih kefahaman kepada para pembaca.
Ebook “Rahsia Reseller Ebook Terbongkar” ini mempunyai beberapa bab utama iaitu :
- Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
- Teknik Mengkaji Permintaan - Cara membuat kajian
- Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
- Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
- Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing
- Penutup
Secara keseluruhan saya memberikan 4 bintang untuk ebook ini dan saya percaya jika ebook ini dikeluarkan ketika saya masih baru dalam dunia Perniagaan Internet, nescaya sayalah orang pertama yang mendapatkan ebook ini. Pada waktu itu saya suka membeli ebook terutama yang berkaitan dengan Niche yang saya minati, boleh dikatakan dan lebih 100 ebook saya beli dan semuanya telah membantu saya. Saya suka membeli yang diolah berdasarkan pengalaman penulis kerana pengalaman penulis tersebut mungkin bersesuaian dengan saya.
Ebook ini telah membuka jalan untuk sesiapa saja yang berminat menjadikan produk Resell Right sebagai Niche mereka.
Saya tahu ramai yang berminat dengan perniagaan internet tetapi buntu untuk memulakannya. Di antara faktornya mungkin disebabkan oleh tidak memiliki produk sendiri. Oleh itu jalan pintas atau shortcut untuk membina perniagaan Internet (bukan shortcut untuk berjaya) ialah melalui produk-produk Resell Right.
Saya dimaklumkan terdapat bonus berupa Interview dengan beberapa IMers Malaysia termasuk saya sendiri. Jika anda ingin mengetahui perkongsian pengalaman dan sebagainya bolehlah mendapatkannya.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ebook ini di sini :
http://www.abooain.com/rahsiareseller
Popularity: 14% [?]
No related posts.












.gif)



Ada banyak gak koleksi RR ni..tapi takder satu pun yg khatam sepenuhnya. Masih belum tergerak utk bergiat dgn produk RR ni
Menarik sangat… Rasanya saya akan dapatkan setelah selesai beberapa projek sekarang… Sebab buat ape kan mengumpul produk2 resell right tapi tak guna… baca tu memang baca… hurm…
apa yang ok tu anak malaysia…???
anak malaysia ni..kat blog aku pun 3 komen “aku ok jer”. Kalau nak promote link pun, biarlah beretika jangan sekadar 3 patah perkataan tu jer. Apa yang kita tulis mencerminkan apa yang ada pada kita
tolong jawab bagi pihak admin
Kawe delete lebih 6 komen hok tu sajo dari anak Malaysia…
Harap beretika dalam berkomen ye….
Terima Kasih AA tulun jawab…
hehe..sama2, terexcited nak komen lah tu kot
.-= Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu =-.
Owh begitu rupanya…. ehe…
Jangan la macam tu…
Nak berbisnes kene ada etika,
atau anda akan terus di banned dari
alam cyber oleh ramai orang…
wallahua’lam…
kepada anak malaysia, apa yang saya komen tu bukannya berniat untuk menjatuhkan saudara..sekadar berpesan untuk kebaikan bersama.Kalau dirasakan baik ambillah sebagai panduan dan kalau sebaliknya ambillah sebagai pengajaran
.-= Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu =-.