FAKTA YANG MENARIK
Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Hari ini saya nak berkongsi satu fakta yang saya jumpa dalam salah satu buku catatan lama saya, sewaktu saya sedang menyusun buku-buku lama saya. Fakta mungkin dah lapuk tetapi menarik hati saya untuk berkongsi bersama-sama pembaca kerana ianya berkaitan dengan Internet. Fakta tersebut ialah :
- Radio mengambil masa 30 tahun untuk mendapatkan 50 juta orang pendengar. TV pula mengambil masa 13 tahun untuk memperolehi 50 juta penonton. Tetapi INTERNET berjaya memikat 50 juta pengguna dalam masa empat tahun sahaja
- Menurut majalah FORBES, jumlah pengguna baru bagi Internet dalam masa satu hari ialah 15,000 orang. Menjelang 2001, jumlah pengguna Internet di seluruh dunia akan mencecah 600 juta orang.
- Henry Ford mengambil masa 23 tahun untuk mendapatkan satu bilion dolar. Sam Watson mengambil masah 20 tahun, Bill Gates, 13 tahun. Tetapi menerusi Internet, Jeff Bezos mendapat bilion yang pertama dalam masa tiga tahun sahaja.
- Pada penghujung 1993, terdapat lebih 130 laman web dalam Internet. Pada tahun 1999 jumlahnya meningkat menjadi lebih satu juta dan pada penghujung 2003, jumlahnya diramalkan melebihi daripada 100 juta.
- Jabatan Pos Amerika mampu menyampaikan kira-kira 330 juta surat sehari. Namun menerusi Internet, lebih satu bilion surat dikirimkan dan diterima dalam masah satu hari sahaja.
Demikianlah hebatnya penangan INTERNET, yang berjaya menarik berbilion pengguna diseluruh dunia cuba kita lihat pertambahan yang berlaku dari setahun ke setahun :
- 2004 - 934 milion
- 2005 – 1.07 bilion
- 2006 – 1.21 bilion
- 2007 – 1.35 bilion
Jadi dunia internet ni luas dan mendapat sambutan hangat pulak tu. Terima Kasih





Menarik fakta ni. tq
Bagus fakta ni Abooain. Agaknya bila kita nak jadi macam Jeff Bezos tu ek? Kita kena buat amazon versi malaysialah agakanya ek?
Terima Kasih Maizul dan Fahmi, fakta tu memang menarik tu.
Tak sia2 saudara mengemas buku2 lama
Masih ada ilmu yang boleh dikongsi bersama.Memang kuat penangan internet ni, yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dieratkan.
kerana internet juga,skim cepat kaya begitu cepat merebak jika nak dibandingkan zaman Pak man Telo dulu..Apapun, alhamdulillah aku tak terjebak dengan skim cepat kaya ni.
AA, betul tu, Internet ni dunia tanpa sempadan …luas dan bebas! Baik buruk semua ada …….semoga kita tidak terjebak ke lembah keburukan!
Bagus info tu Abooain, yer betul internet dunia tanpa batasan dan sempadan, baik buruknya memang ada, pangkal pada kita jugak, pandai2lah, cerita pasal skim cepat kaya buat kata Afzai, biasanya newbie yg baru knal internet nie memang senang terpedaya..
Memang betul tu Amir, kebiasaan Newbie yang terlalu excited untuk menceburi dunia ebiz dan mengaut keuntungan beratus-ratus USD sehari atau ribu-ribu RM, akan kelabu mata jika mereka tidak mempunyai ilmu secukupnya.
Saya ada terbaca satu kisah seorang Newbie yang telah berhabis sehingga ribuan RM semata-mata untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa beberapa bulan. Akhirnya wang ke mana, untung entah ke mana dan syarikat lari entah ke mana. Terlopong le ….
Macamtu sekali..terukkan..