Manfaat Internet Jana Pendapatan
Assalamualaikum,
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak telah meminta rakyat Malaysia memanfaatkan sepenuhnya Internet khususnya laman sosial yang semakin hari semakin mendapatkan tempat dikalangan masyarakat kita. Laman sosial seperti Twitter, Facebook, Myspace dan sebagainya semakin diminati ramai dan Datuk Seri meminta masyarakat agar memanfaatkan laman-laman sosial tersebut untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing melalui Perniagaan Internet.
Satu berita baik buat para Usahawan Internet kerana ‘Perniagaan Internet‘ semakin diberikan pendedahan kepada umum. Ini merupakan langkah pertama bagi mempromosi Perniagaan Internet yang sebenar setelah tercalar dan menimbulkan keraguan dek kerana pelaburan haram dan seumpamanya sebelum ini.
Masalahnya sekarang masih ramai yang tidak mengetahui kelebihan Perniagaan Internet malah ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudannya pun. Jika kita cari prasa “Internet Home Business” di enjin carian jumlah carian yang muncul ialah sekitar 400,000 sebulan. Ini menunjukkan ramai yang dahagakan maklumat tentang Perniagaan Internet ini.
Berita Baik Bagi Industri Perniagaan Internet
Bagi anda yang berminat, inilah peluang untuk anda mendalami dan mengkaji tentang Bisnes Online dari mula. Anda mungkin boleh memulakan langkah dengan modal yang amat kecil atau sederhana. Apa yang penting ialah menentukan di mana anda berada dan apakah model perniagaan yang anda minati atau bercadang untuk mendalaminya. Anda mungkin tidak akan memiliki semua kemahiran yang diperlukan, jadi jangan biarkan hal itu menghalang keinginan dan minat anda! Yang harus anda lakukan adalah bekerja keras dan bersedia untuk belajar.
Anda mungkin boleh cuba beberapa idea asas di bawah ini :
- Idea #1 : Produk Fizikal
- Idea #2 : Affiliate Marketing
- Idea #3 : B logging
- Idea #4 : Lelong / eBay
- Idea #5 : Perkhidmatan
- Idea #6 : Freelancing
- Idea #7 : Consulting
Dan banyak lagi……
Semoga industri Bisnes Online akan dijadikan satu kerjaya yang dipandang tinggi oleh masyarakt kita di Malaysia nanti. Apa pendapat anda?
Popularity: 52% [?]
No related posts.







.gif)










Salam tuan..
Thanks atas perkongsian idea tuan… Nie buat semangat nak meneruskan penulisan yang baru dimulakan..
Idea ada.. Tetapi.. Biasalah.. CObaan…
Harap ia menjadi kenyataan kelak…
Salam.
Idea asas yang Abooain bagi tu saya dah cuba 3 di antaranya : idea 1 (produk fizikal), 2 (affiliate marketing) dan 5 (perkhidmatan). Setakat ni yang tak nampak hasil idea 2. Kena belajar lagi tentang affiliate marketing ni…anyway thanks to Abooain kerana perkongsian ilmu.
benbaz´s last blog ..open water training – Pulau Giam
Sebenarnya sangat banyak sumber untuk kita dapat pendapatan dari internet ni. Dengan cara bersosial pun kadang kala boleh mendapatkan pulangan kepada kita.Maksud saya bukan program “Join Facebook dapat RM100″ tu.. Pelanggan kita adalah di kalangan manusia. Jadi bila kita bersosial dengan rakan2 di dunia maya kemungkinan mereka juga adalah pelanggan kita. Ajak mereka mendalami ilmu perniagaan internet kerana zaman sekarang kita tidak boleh sentiasa berada di zon ’selesa’ selagi anda rasa anda masih di bebani dengan hutang. Segala kos akan sentiasa bertambah. jadi..marilah bersama memajukan diri sendiri dan mengajak rakan2 lain maju bersama seperti seruan azan 5 kali sehari yang kita dengar…
Bisnes internet salah satu cara terbaik mengikut perkembangan zaman.. 

ezord´s last blog ..Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional
Ezord,
Dengan keadaan ekonomi sekarang,(segala-galanya naik) kita dah tak duduk di dalam zon ’selesa’ lagi dah! Kita dah terasak terhimpit ke tepi dinding. Kepada yang belum ‘tersedar’, marilah kita sama-sama memajukan diri menuntut ilmu untuk terus berjalan ke depan…kunjungilah blog IM-IM yang tak jemu2 berkongsi idea.
benbaz´s last blog ..open water training – Pulau Giam
salam, era baru yang semakin berkembang dengan menjana pendapatan secara online eloklah di war2kan kepada sesiapa pun… teramat terima kasih dengan IM seperti di abooain.com ni…
Peluang buat duit online memang terbuka luas, atas usaha masing2 la pulak… Saya pernah dapat duit free melalui review paid, amazon, jual PLR produk dan kini sedang beri tumpuan pada adsense lak
mungkin dah ramai mula nampak bisnes online berkembang pesat…insyallah ramai akan turut berniaga di pasaran online dengan pendedahan begini
secara peribadi saya mengaku bahawa selepas saya mengenali perniagaan internet,saya tidak lagi bermain game samada online atau offline.Banyak ilmu yang saya dapat hasil dari mengedit article orang lain.
Mr Khan´s last blog ..Tips to Prevent Your Child From Being Kidnapped
Masa depan perniagaan internet di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang.
Sekarang ni hampir semua urusan kerja sudah di lakukan secara online.
Jadi setiap individu perlu mengambil kesempatan ini untuk mempelajari ilmu perniagaan internet sebanyak yg mungkin.
Aku lebih menggemari product fizikal untuk dijual melalui internet…
Saya bermula dengan Freelancing… Alhamdulillah banyak memberikan modal untuk langkah seterusnya…
Syeikh, time kasih atas perkongsian ni. Memang terinspirasi untuk terus maju. Walaupun Masih tak terlalu ramai yang kenal dan percaya dengan internet, namun, potensinya agak besar… Lainlah jika menceburi pasaran luar negara.. Tapi pesaing juga tak kurang hebatnya…
saya lebih suka jual barang fizikal (yg mudah untuk dijual)..kalau nak tulis ebook,saya kekurangan masa….kalau boleh yg cepat dapat duit..contohnya blog saya yg jual barang fizikal…..kalau jual ebook,rasanya tak sempat nak layan masalah lagi,nak antar ebook lagi….baik jadi affiliates je la buat masa skrg…
Hafizi´s last blog ..
untuk promosi di facebook,gunakan application share….sekali klik je,korang boleh posting iklan….
ha’ah, facebook memang sangat berkesan…
saya dah cuba dan hasil sangat best la…
Untuk membuat jualan di internet rasanya tidak terlalu susah..cuma untuk mengekalkan jumlah pendapatan di internet sahaja yang menjadi sedikit masalah. Oleh sebab itulah…saya menjalankan pelbagai bidang utk dapatkan multi income
susah juga nak dapat duit kalau tiada pengalaman dalam bidang iklan…kena cari traffik,tak boleh SPAM…cukup susah…alahai..
Hafizi, produk fizikal lebih mudah berbanding produk digital untuk dijual. tanpa adanya web, medium seperti forum dan facebook boleh dijadikan track utk pengiklanan.
betul… dah ramai yang menggunakan facebook untuk beriklan dan mempromosikan barangan. Tapi jangan SPAM sudahlah… Letih nak Delete…
haha..kena le beli ebook panduan fb..cewah..hahaha..promote2..jgn smpi org mrh sudeh…
farahaznil´s last blog ..IsuHangat tentang Farahaznil dan Review !