CMS Minisite – MiniNiaga!
Assalamualaikum,
Minisite cukup sinonim dalam dunia Perniagaan Internet namun saya percaya masih ramai yang tidak mengetahui tentang kehebatan Minisite ini. Walaupun namanya ‘Mini’ tetapi anda perlu ingat bahawa hasil yang mampu dihasilkannya adalah ‘besar’! Begitu ramai IMer yang menjana pendapatan puluhan ribu RM / USD hanya dengan memasarkan produk mereka melalui Minisite. Yup, mini dari sudut fizikal je…
Pelbagai cara untuk memiliki Minisite di antaranya :
- Membina sendiri
- Menempah dengan designer
- Membeli templat pasang siap atau membeli sistem minisite lengkap
Jika anda ingin membina sendiri anda perlulah memahami asas membina laman web iaitu HTML atau CSS di samping berkemahiran untuk menggunakan perisian HTML Editor seperti Frontpage, NVU, Kompozer dan sebagainya. Anda juga perlu menguasai kemahiran menggunakan perisian Graphics Editor seperti Adobe Photoshop, GIMP atau sebagainya.
Jika anda tidak mempunyai kemahiran di atas, alternatifnya ialah dengan ‘outsource’ kerja pembinaan minisite ke designer atau menempahnya dengan pakar-pakar grafik. Cara ini sudah tentu memerlukan modal.
Jika anda tidak ingin menempahnya dari designer, anda boleh mendapatkan templat-templat minisite yang banyak terdapat di pasaran dan kebiasaan harganya lebih murah.
Anda boleh mendapatkan satu set sistes Minisite yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sistem affiliate dengan harga yang berpatutan. Saya maksudkan ialah MiniNiaga.
MiniNiaga lebih dari sekadar Minisite kerana ia adalah satu sistem Minisite yang terdiri dari pelbagai fungsi dan kelebihan seakan-akan anda menggunakan blog WordPress. Penggunaannya adalah lebih mudah dan mesra pengguna (melainkan anda perlu menggunakan GIMP atau Photoshop untuk membina grafik) malah dilengkapi sistem affiliate (kebiasaanya bernilai RM50 – RM100).
Saya sendiri telah memiliki dan menggunakan MiniNiaga ini untuk salah satu produk Fizikal saya dan ‘first impression’ saya – “WOW”!
Hasil kerja Flarebiz memang mengkagumkan dan saya percaya ia akan membantu anda dan memudahkan kerja-kerja memasarkan produk digital atau fizikal anda nanti.
Team Flarebiz telah beberapa kali menganjurkan bengkel Minisite dan mereka mengatakan dari sejumlah peserta yang menyertai bengkel ini hanya 30% sahaja berjaya menghasilkan minisite yang benar-benar berkualiti.
Bagaimana pula dengan peserta yang lain?
Kebanyakkan masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan serta mengalami masalah untuk memahami bahagian-bahagian teknikal seperti HTML, CSS dan banyak lagi.
Saya bukanlah mahu menceritakan tentang kegagalan Flarebiz Network kerana setiap orang mempunyai tahap pemahaman dan tahap penguasaan yang berbeza di antara satu sama lain apatah lagi apabila menyentuh tentang kemahiran teknikal.
Bagi saya modul yang disediakan oleh mereka memang lengkap (langkah demi langkah) dan sesi bengkel tersebut pula agak panjang iaitu selama 8 jam.
Apakah faktor kegagalan tersebut?
Mereka mengatakan faktor utama kegagalan peserta ialah…
SUKAR UNTUK MEMAHAMI PERKARA TEKNIKAL
Jika anda mengalami masalah yang sama, saya amat syorkan agar menggunakan sistem CMS minisite yang direka oleh Flarebiz Network dikenali sebagai MININIAGA.
Layari pautan di bawah untuk anda yang serius memulakan perniagaan internet dengan hanya beberapa langkah mudah.
Popularity: 12% [?]
No related posts.













.gif)



Salam
saya minat nak beli mininiaga ni utk produk fizikal, selama ni saya bina sendiri, tapi saya tak banyak masa sekarang.
adakah berbaloi saya gunakan mini niaga ni sb harganya pun RM200 & boleh ke tuan berikan khidmat pasang – yg percuma le, kalau saya tak boleh pasang. dah tentu le saya akan beli dari link tuan.
Boleh ke saya gunakan utk lebih dari tiga produk, maksud saya lebih dari tiga domain (unlimited domain?)
.-= mus´s last blog ..Salam Sejahtera =-.
Salam,
MiniNiaga ini sesuai untuk produk digital dan fizikal namun buat masa sekarang saya menggunakan MiniNiaga ini untuk produk fizikal saya.
MiniNiaga ini memang sesuai untuk sesiapa yang inginkan Minisite ringkas, friendly dan sistem pembelian & affiliate yang memudahkan.
Harga RM200 bagi saya memang berbaloi kerana jika anda menempahnya dari pro designer harga adalah sekitar RM100 – RM350 tanpa sistem!
Buat pengetahuan saudara, pemasangannya mudah saja, saudara boleh mencuba dulu kerana ada manual yang disediakan. Jika sekiranya saudara masih tak boleh, saya boleh membantu untuk memasangnya nanti, Insya-Allah.
MiniNiaga ini hanya boleh digunakan untuk satu domain saja….tetapi boleh digunakan untuk lebih dari 1 produk.
Thanks