Welcome to my blog!

Abooain.com merupakan sebuah blog yang menjadikan produk MRR/PLR sebagai topik utama perbincangan. Perkongsian tip, teknik, pengalaman dan info terkini mengenai produk MRR/PLR adalah bahan yang akan diketengahkan di sini. Semoga Abooain.com mampu membantu anda yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Internet khususnya dalam jualan produk MRR/PLR ....

Abooain.com Rss

HASIL DARI PRODUK MRR/PLR

Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 15-04-2008

Assalamualaikum,

mrr.jpg

Betul ke jual produk MRR/PLR ni boleh memberikan keuntungan? Cam tak caye je! Pernah tak persoalan begini bermain-main di fikiran kita atau pernah tak kita mendengarnya dari orang lain?

Kalau soalan tersebut ditanya kepada saya maka jawapannya sudah tentu saya akan katakan : YA, - boleh memberikan keuntungan malah Insya-Allah berganda-ganda jika kena caranya sehingga mencapai 100%, 200%, 300% –> 3000% ! Aik? Nape tak pecaye?

Namun perlulah ada cara dan kaedahnya, barulah kita mendapat keuntungan dan hasilnya dari penjualana produk MRR/PLR ini.

Saya tak mahu menulis panjang dalam Bab Produk MRR/PLR ini kerana Insya-Allah saya akan mengeluarkan sebuah ebook percuma yang berkisar tajuk MRR/PLR ini. Saya cuma akan bawakan contoh je iaitu : satu produk MRR/PLR antarabangsa yang berharga $30 (lebih kurang RM100) saya beli dan ubahsuai surat jualannya, minisite dan sebagainya agar berlainan sedikit dari yang asal. Saya kemudian menjualnya untuk pasaran tempatan sahaja dengan harga RM15, jikalau sekiranya terdapat 10 pembeli bagi produk tersebut maka saya akan memperolehi RM150 sedangkan modalnya hanya RM100 dan saya dah mendapatkan keuntungan RM50 hasil dari 10 jualan tersebut. Itu jika sekiranya dijual dengan harga RM15 kalau harga lebih tinggi???………pasaran tersebut juga sekitar pasaran di Malaysia bukan lagi pasaran antarabangsa!

Namun itu tertakluk atas kreativiti kita untuk menjadikan produk tersebut lebih menarik perhatian pembeli - perlu pandai menguasai suasana agar mampu menukar pelawat menjadi pelanggan kita, dan kita juga perlulah peka dengan perkembangan produk semasa dan juga perlu cepat merebut peluang dengan mendapatkan produk tersebut dengan segera ketika masih lagi ‘panas-panas’ di pasaran. Kita perlu cepat mendapatkannya dan juga perlu cepat memasarkannya agar kita mendahului orang lain di dalam memasarkan produk tersebut, ini akan membantu proses jualan produk MRR/PLR anda tersebut. Namun cepat di sini bukan bermakna terburu-buru!

Maka dengan proses tersebut maka Insya-Allah hasil yang diperolehi dari penjualan produk MRR/PLR ini memang menguntungkan bukan sekadar mitos atau cerita dongeng semata-mata.

Macam mana? Mungkin ada di antara anda yang boleh berkongsi pengalaman di dalam memasarkan produk MRR/PLR ini?

PRODUK SENDIRI ATAU PRODUK AFFILIATE???

Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 06-04-2008

Assalamualaikum,

 

produkvsaffi1.jpg

 

Ok, hari ini saya bercerita tentang pemilihan di antara Produk Sendiri (Branding) atau Produk Affiliate, yang mana satu idaman kalbu? Yang mana satu boleh memberikan keuntungan yang berganda? Pemilihan yang mungkin menjadi dilema bagi sesetengah Newbie atau mereka yang masih baru di arena Perniagaan Online ini.

 

Baiklah, jika kita mengambil keputusan untuk memasarkan produk kita sendiri sama ada melalui produk MRR/PLR atau produk informasi sendiri seperti ebook maka kita perlulah memastikan produk kita tersebut bermutu, terkini dan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang ramai, betul tak? Bagaimana pula dengan produk Affiliate, kalau dilihat sekilas pandang sudah tentu produk Affiliate lebih mudah dari kita membina sendiri produk kita dan jual, ya tak? Tak perlu sakitkan kepada untuk memikirkan tentang modal, cari produk, bina web dan sebagainya….hanya “register’ dan promote menggunakan link/banner yang disediakan oleh pihak pengurusan program tersebut. Mudah!

 

Mungkin disebabkan beberapa kelebihan pada program affiliate menyebabkan ianya lebih disukai ramai dari membina sendiri produk, di antaranya :

 

1. Tak perlu bina sendiri produk
2. Tak perlu membina website
3. Tak perlu menulis surat jualan
4. Tak perlu menyediakan
5. Tak perlu memikirkan tentang email ‘Follow-up”
6. dan sebagainya…..

 

Namun secara umumnya terdapat pro dan kontra di antara produk sendiri dengan program affiliate yang kita sertai, di antaranya :

 

1. Bagi program Affilate anda mungkin tidak dapat memiliki pelanggan anda sendiri atau dengan kata lainnya anda tidak mampu untuk memiliki pelanggan anda sendiri jika hendak dibandingkan dengan produk yang anda bina sendiri. Melalui produk sendiri anda mampu untuk membina ‘Mailing List” anda sendiri yang merupakan ‘Lubuk Emas’ bagi Internet Marketer.

 

2. Affiliate merupakan satu program jangka masa pendek manakala produk yang dibina sendiri merupakan jualan jangka masa panjang….. kenapa??? Sudah tentu disebabkan produk atau program Affiliate yang anda sertai tersebut bukan produk anda tetapi program yang disediakan oleh pihak lain untuk anda. Jadi ia bukan miliki anda!

 

3. Jika anda memiliki produk sendiri, anda berkuasa untuk menentukan harga bagi produk anda tersebut. Berbeza dengan produk affiliate - pembayarannya ditentukan oleh pihak affiliate itu sendiri yang kebiasaannya dibayar sekitar hujung bulan.

 

Namun semuanya adalah tertakluk kepada pilihan anda! Terdapat sesetengah Newbie memulakan karier mereka di dalam arena eBiz ini dengan program Affiliate malah jika kita tinjau prestasi IM antarabangsa, mereka berjaya menjadi jutawan hanya dengan program Affiliate je seperti Andrew Fox dan sebagainya. Janji kita berusaha dan konsisten dengan kerja kita tersebut…… saya sendiri memilih kedua-duanya! Bagaimana anda?

INFORMATION OVERLOAD & PRODUCT OVERLOAD

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 31-03-2008

Assalamualaikum,

shock.jpg

Ramai Newbie yang ‘kelu’ dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan Perniagaan Online. Terdapat sesetengah dari mereka menjadi tidak tahu dek kerana terlampau tahu atau dikenali sebagai “Information Overload” atau terkena sindrom “terlampau banyak produk” - “Product Overload“. Apakah “Product Overload“?

Mungkin kita pernah dengar Information Overload iaitu limpahan maklumat khasnya mengenai Perniagaan Internet yang memasuki kepala otak kita secara terus menerus akibat dari pembacaan kita - yang mengakibatkan kita menjadi hilang punca! Akhirnya langsung tak buat kerana tak jumpa punca - sesat dalam ilmu. Perkara ini pernah terjadi kepada saya sewaktu dalam proses pembelajaran mengenai dunia eBiz ini, pada waktu itu saya membaca dan membaca dan membaca sehingga saya menjadi tidak tahu (sepatutnya semakin banyak membaca, kita akan menjadi semakin tahu). Akibat terlampau banyak membaca menyebabkan saya tidak tahu nak mula yang mana satu - itu nak buat, ini nak buat, akhirnya semua tak terbuat!!! Saya berkeadaan begitu sehingga saya bertemu dengan sebuah ebook karangan dari Otai kita iaitu report percuma dari SmartZul yang bertajuk “Information Overload”, barulah saya tersedar bahawa saya telah terkena sindrom “Information Overload”.

Saya dengan segera mengambil keputusan untuk berhenti dulu membaca ebook mengenai ebiz dan saya cuba fikir kembali apakah langkah pertama yang sepatutnya saya mulakan untuk terjun ke dunia ebiz. Ya, saya letakkan 3 perkara utama yang perlu saya pelajari iaitu MODEL PERNIAGAAN SAYA, BELAJAR BINA WEBSITE dan BINA MAILING LIST!!!! Saya lantas mencari ebook percuma atau membeli ebook yang hanya membicarakan tentang apakah model perniagaan online yang sesuai dengan saya kemudian saya mengambil keputusan untuk memilih NICHE yang saya minat iaitu yang bersangkutan dengan GRAFIK, di samping itu juga saya membaca ebook yang berkaitan dengan cara-cara untuk membina website dan saya mempraktikannya segera. Terakhir sekali ialah saya cuba memikir cara untuk saya memiliki subscriber saya sendiri atau membina Mailing List saya sendiri dengan menggunakan autoresponder percuma yang saya bina hasil dari belajar ebook Amirol iaitu Pakej Web Jualan yang sekarang telah diupgradekan ke Versi Evolusi.

Saya kemudian mengambil keputusan untuk mengumpul ebook percuma yang saya miliki dalam 30 buah pada waktu itu dan jadikannya sebagai satu pakej Koleksi eBook - Super Mega. Saya memberikan secara percuma Koleksi tersebut kepada pelawat-pelawat blog saya dan juga kepada pelawat website saya. Akhirnya saya berjaya mengumpul subscriber saya sendiri dengan menggunakan autoresponder percuma yang saya bina sendiri berpandukan kepada ebook Amirol tersebut - Alhamdulillah!

Bagaimana pula dengan Product Overload?

Product Overload - biasa terjadi apabila memiliki terlampau banyak produk sehingga kita tidak tahu hendak buat apa dengan produk-produk tersebut. Pernah terjadi tak? Biasanya produk-produk yang kita perolehi dari pemberian secara Products Giveaway seperti Easter JV Giveaway 2008 - yang diberikan secara percuma yang mungkin mengandungi sehingga lebih dari seratus produk yang diberikan secara percuma! Kebiasaan produk yang diberikan secara Giveaway ini memerlukan kepada kita mengisi borang Opt-In terlebih dahulu sebelum link download produk dihantarkan kepada kita. Kita kadang-kadang mendownload produk-produk percuma ini bagaikan kena ‘rasuk’, maklumlah produk FREE. Namun selepas anda berjaya memiliki semua atau separuh atau suku produk tersebut, maka apa yang anda ingin lakukan terhadap produk-produk free itu? Simpan dalam hardisk? Baca dan guna kesemua produk tersebut?

Tahukah anda? Semua produk tersebut boleh dijadikan sebagai produk untuk anda membina Mailing List anda sendiri atau boleh juga dijadikan sebagai BONUS produk anda atau boleh dijadikan sebagai hadiah untuk menarik trafik ke blog anda! Bagaimana?

15 TIPS BAGI MENARIK PERHATIAN PELANGGAN

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 14-03-2008

Assalamualaikum,

Saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan tentang bagaimana cara atau tips untuk meningkatkan jualan mereka, kerana jualan mereka agak slow dan ada sesetengah tu bertanya sekadar untuk menjadikannya panduan untuk mereka melakukan Perniagaan Online nanti. Terus-terang saya katakan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab email mereka tersebut malah bukanlah seorang yang otai dalam ebiz ni kerana saya pun masih baru lagi. Namun mungkin saya boleh berkongsi beberapa tips atau panduan yang kebanyakannya saya baca dari report-report percuma.

1- Lakukan jualan pertama anda dengan menawarkan “Upsell” sama ada anda menawarkan produk tambahan disamping produk yang ditawarkan oleh anda atau berikan diskaun hebat, tawaran istimewa, atau hadkan pembeli, hadkan masa, hadkan bilangan produk dan sebagainya. Ini akan meransang pembeli untuk mendapatkan produk yang ditawarkan oleh anda tersebut.

2- Apabila anda telah mendapat pelanggan pertama atau kedua atau seterusnya le ….. maka anda perlualah melakukan “Follow Up” seperti menghantar email bagi tawaran anda seterusnya atau diskaun khas bagi pelanggan anda atau sekurang-kurangnya email terima kasih!

3- Tawarkan program Affilate bagi pelanggan anda iaitu dengan menawarkan komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dijual oleh pelanggan anda.

4- Menawarkan produk yang boleh dijual semula atau dengan kata lain produk yang mengandungi lesen Master Resell Right, Resell Right atau Private Label Right. Ini akan lebih menarik minat mereka untuk membeli produk-produk anda terutama bagi pelawat yang sememangnya dah ada minat untuk berniaga!

5- Berikan atau sertakan kupon diskaun bagi produk anda yang lain….

6- Berikan produk bonus atau lebihkan pada bonus …. kerana pelawat kadang-kadang lebih fokus kepada bonus dari produk yang ditawarkan! Tetapi bonus yang ditawarkan itu perlulah bonus yang bermutu atau terkini atau boleh juga bonus produk yang lama tetapi biarlah masih relevan untuk digunakan pada sekarang ini.

7- Selitkan tawaran-tawaran produk anda yang lain di laman download atau laman terima kasih.

8- Tawarkan OTO atau ‘One Time Offer‘ dengan harga yang sememangnya “membunuh” tetapi tawaran berbentuk OTO tersebut perlulah lebih istimewa dari tawaran biasa anda.

9- Mencari JV Partner dan dapatkan diskaun dari mereka untuk produk-produk mereka kemudian pakejkan bersama produk anda.

10- Meletakkan testimoni bagi produk anda ….. TETAPI perlulah testimoni yang betul-betul dari pelanggan atau JV Partner anda bukannya yang direka-reka sendiri oleh anda.

11- Pelbagaikan bentuk pembayaran bagi produk anda sama ada secara online : cuba usahakan pelbagaikan akaun Bank seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, AM Bank, Public Bank atau sebagainya…… atau dalam bentuk Money Order, Postal Order, Cek dan sebagainya. Begitu juga pembayaran menggunakan Paypal atau Kad Kredit amat perlu disediakan. Ini merupakan salah satu faktor utama bagi menarik perhatian pelanggan anda kerana dengan kepelbagaian bentuk pembayaran akan memudahkan mereka mendapatkan produk anda. Betul tak?

12- Tawarkan produk anda dalam 2 kaedah sama ada melalui “Downloadable” atau “CD“, bagi produk yang besar atau menjangkau 300Mb maka bentuk CD mungkin pilihan yang terbaik. Tawaran produk dalam bentuk CD ini akan memudahkan pelanggan yang mungkin masih menggunakan Internet Dial-Up atau line yang mungkin terlalu slow di kawasan mereka atau para pelajar/mahasiswa yang mungkin menggunakan internet di CC atau Lab mereka. Ini akan memberikan pilihan bagi mereka untuk mendapatkan produk kita melalui cara yang lebih baik bagi mereka.

13- Produk yang ditawarkan adalah baru atau terkini dan mengikut peredaran masa bukan produk yang dah bujang lapuk.

14- Produk yang menarik minat pelawat ialah produk yang ditawarkan dalam kuantiti banyak atau dalam bentuk “pakej” atau “bundle” dan boleh pula dijual semula oleh pelanggan.

15- Harga yang berpatutan dan produk berkualiti!

Demikianlah beberapa tips yang mungkin dapat dikongsikan bersama dengan anda, semoga ianya mampu untuk membantu anda atau mereka yang tertanya-tanya kenapa jualan yang ditawarkan masih tidak laku atau terlalu slow!

Jika anda mempunyai tips atau petua bolehlah kongsikan bersama di sini. Ok, terima kasih.

10 OUTSOURCING MISTAKES-BEST!

Posted by abooain | Posted in Affiliate | Posted on 06-03-2008

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi program Pay Per Lead iaitu satu program yang memberikan wang kepada sesiapa yang mendownload report percuma yang diberikan melalui satu link affiliate yang dibekalkan dalam CPanel khas kita. Kali ini ditawarkan $1 per’download’ - tetapi bukan program ini yang saya nak kupaskan secara ringkas tetapi mengenai report yang diberikan tersebut iaitu “10 Outsourcing Mistakes” atau dengan kata lain “10 Kesilapan yang dilakukan semasa Outsourcing“.

www.epustaka.com/outsourcing

Apakah Outsourcing tersebut? Mungkin sesetengah dari anda tertanya-tanya bukan? Baiklah, saya berikan misalnya iaitu anda ingin membina Website bagi memasarkan satu produk digital seperti ebook tetapi proses pembinaan projek tersebut bukan anda yang lakukan tetapi anda mengupah pihak ketiga yang membinanya. Website anda mengupah seorang designer yang bina untuk anda, ebook pula anda serahkan kepada Freelance untuk menterjemahkannya ke BI/BM dan sebagainya. Tugas anda hanya menunggu kerja anda tersebut siap dan dalam masa yang sama anda boleh merancang marketing dan menyusun jadual atau memeriksa setiap projek tersebut apabila telah siap dan sedia untuk dilancarkan. Dengan kata lainnya “Outsourcing” : “Mengupah Freelance atau pihak ketiga untuk membuat kerja-kerja projek anda tersebut“.

Jadi ebook “10 Outsourcing Mistakes” ini telah mengupas 10 kesilapan yang dilakukan oleh kita sewaktu proses Outsourcing ini dilakukan, apakah kesilapan tersebut? Ada silap jugak ke? Report setebal 14 mukasurat ini akan menjelaskan kepada kita semua itu. Saya merasakan ebook percuma ini sememangnya mengandungi faedah, tips dan rahsia yang besar selain dari faedah kewangan (duit free!) tetapi ilmu yang terkandung di dalamnya lebih terserlah kepada saya kerana rahsia dan kupasannya tersebut memberikan manfaat kepada saya.

www.epustaka.com/outsourcing

Saya sebelum ini belum pernah melakukan Outsourcing untuk semua 17 produk saya kecuali bagi satu produk sahaja iaitu Pakej Bonanza Ulangtahun yang mana disebabkan saya kesuntukan masa (menyiapkan website pelanggan) yang memaksa saya mengupah RapidFire Studio untuk membina minisite saya tersebut. Jika tidak, kemungkinan saya akan mengambil masa 2 minggu lebih untuk menyiapkan sesebuah projek tersebut. Maklumlah dari A sehingga Z kita yang buat, kalau anda seorang yang tidak sibuk mungkin tak ada masalah tetapi jika kita kesuntukan masa atau kerja bertimbun-timbun mungkin akan memakan masa lebih dari 2 minggu!

Maka “Outsourcing” merupakan satu proses yang menjimatkan dan merupakan cara yang paling mudah jika anda ‘0′ mengenai Perniagaan Internet …… ya, anda hanya perlu mengupah orang untuk membina projek anda tersebut….. tugas anda hanya perlu cari produk je untuk dijual….

www.epustaka.com/outsourcing

Oleh itu dengan meng”Outsourcing“kan projek anda tersebut, anda telah menjimatkan masa anda yang mungkin boleh digunakan untuk urusan-urusan lain seperti marketing, memeriksa produk dan sebagainya. Namun dalam proses Outsourcing ini anda mungkin akan melakukan beberapa kesilapan yang boleh merugikan anda! Report ini cuba mengupas 10 kesilapan yang mungkin akan dilakukan jika kita tidak berhati-hati.

Di antara point-point yang terkandung di dalam Report ini ialah seperti :

  1. Thinking It Can’t Be Outsourced
  2. Tying Knowledge Into A Person Instead Of A System
  3. Being Too Quick To Hire
  4. Not Being Quick Enough To Fire
  5. Not Thinking Through All That You Need To Get one Before Hiring Someone
  6. dan banyak lagi……

Saya merasakan report ini mempunyai nilai yang tinggi dalam informasinya dan saya memberikan 5 bintang untuk 10 Outsourcing Mistakes ini. Jadi pesan saya, bacalah report tersebut ya, bukan sekadar untuk mendapatkan $1 percuma je …… malah ilmu yang terkandung di dalamnya tersebut mungkin nilaiannya melebihi $1000!!!

Ok, jumpa lagi …… www.epustaka.com/outsourcing

BINA PERNIAGAAN ONLINE ANDA! BAGAIMANA?

Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 29-02-2008

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk menceburi Perniagaan Internet dan menjadikannya sebagai satu perkerjaan sepenuh masa. Malah terdapat beberapa orang menghantar email, SMS dan tidak kurang juga yang menelefon saya bertanyakan saya tentang apakah cara yang paling menjimatkan serta cepat untuk mendapatkan $$$ dari Internet ini.

Jawapan saya sama je sama ada anda memasarkan Produk MRR/PLR atau anda join mana-mana program Affiliate dari Malaysia atau antarabangsa. Banyak program affiliate yang tempatan punya dan sesetengahnya tu komisyennya sehingga RM50 untuk setiap jualan contohnya seperti Monakas. Merupakan satu produk yang MESTI anda miliki jika anda Zero tentang Perniagaan Online kerana Video Tutorial Monakas ini mengajar anda dari A hingga Z mengenai eBiz ini iaitu bermula dari membina website sehingga memasarkan produk anda dan tips-tips berharga mengenai eBiz.

Baiklah, jika anda telah memiliki produk sendiri atau produk Affiliate maka anda perlulah mencari peluang untuk mengiklankan web atau produk-produk anda tersebut agar diketahui ramai. Dimana? Anda boleh mencari peluang melalui Joint Venture, forum, social networking, blog dan sebagainya dan perlulah secara beretika tidal secara melulu atau SPAM!!Ok, mencari atau memiliki produk sendiri bukanlah satu perkara yang sukar kerana pelbagai tawaran istimewa dari IM tempatan dan antarabangsa yang menawar produk-produk MRR/PLR ini dipasaran. Anda perlulah mempunyai sedikit modal sebagai pelaburan untuk mendapatkan produk-produk tersebut yang kemungkinan harganya sekitar USD30 - USD50 atau RM30 - RM60 sebagaimana produk Pakej Bonanza Ulangtahun yang saya keluarkan baru-baru ini dan seperti Web Tools II dan akan keluar Web Tools II versi Bonanza.

Produk-produk PLR/MRR merupakan produk yang dibenarkan untuk kita menjualnya semula mengikut syarat-syaratnya (saya telah pun menulis mengenai takrifan MRR/PLR ini diblog saya - epustaka.com/blog). Rebutlah peluang dari kelebihan-kelebihan produk MRR/PLR ini - contohnya PLR atau Private Label Rights yang merupakan produk atau artikel yang dibenarkan untuk anda menjualnya, mengaku sebagai pereka/pembina, diberikan website yang boleh diletakkan nama kita sebagai pemilik atau penulis. Nah, cukup mudah untuk memiliki produk-produk sendiri malah anda telah menjimatkan masa dan wang anda untuk membina sendiri produk tersebut.

Saya telah mengeluarkan beberapa produk MRR/PLR ini seperti Web Tools, Web Tools II dan Pakej Bonanza Ulangtahun yang telah ditutup baru-baru ini tetapi akan menemui anda dalam bentuk baru. Manakala produk yang juga MRR/PLR yang terkini ialah Web Tools I v2.0 yang akan dilancarkan pada 1 Mac 2008 nanti - tunggu ye. Semua produk saya tersebut saya sediakan program Affiliate dengan komisyen yang agak berbaloi dan yang terbaru ialah Web Tools I v2.0 dengan RM12 sebagai komisyen bagi setiap jualan dan penambahan sebanyak RM45 bagi setiap 20 produk yang laris dalam sebulan. Insya-Allah, akan dilancarkan pada 1 Mac nanti jika tidak ada aral yang mendatang.

size_e.gif

Ya, dengan produk-produk seperti inilah anda mampu untuk mendapatkan wang melalui Internet secara cepat dan menjimatkan tetapi ……… kenapa tetapi? Saya akan ceritakan nanti ….

Kebiasaan produk-produk MRR/PLR ini akan didatangkan dengan beberapa kelebihan seperti …

* Disertakan artikel, sales letter dalam format Microsoft Word format atau Adobe PDF format. Ini akan membenarkan anda untuk mengubahsuai artikel tersebut atau sales letter tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulis! Anda boleh membeli koleksi artikel PLR ini dan mengubahsuainya agar menjadi lebih baik kemudian meletakkan nama anda sebagai penulis dan kemudian dijual atau digunakan untuk blog iklan/adsense anda. Saya juga memberikan secara percuma 8,500 PLR artikel secara percuma di Pakej Bonanza Ulangtahun dan akan saya berikan secara percuma juga di Pakej Web Tools I v2.0 nanti!

* Disertakan website/minisite termasuk sales letter atau surat jualannya dan disertakan juga laman terima kasih, laman download dan sebagainya bagi memudahkan anda menjualnya dengan segera.

* Grafik pilihan dalam format JPG dan juga dalam format PSD atau Photoshop untuk membolehkan anda mengubahsuainya seperti butang order, header, footer atau template itu sendiri.

Ini jawapan bagi soalan tetapi di atas - …. perkara yang terpenting ialah bina kredebiliti anda terlebih dahulu sebelum memasarkan produk-produk anda itu bagi meraih perhatian dan kepercayaan yang lebih dari pelawat anda, ya la kan ….. kalau orang tak kenal mungkin agak sukar untuk kita mendapatkan pembeli atau agak lambat berbanding jika anda sudah dikenali ramai walaupun tidak la sampai pada tahap masyhur! Sertai forum-forum terkenal seperti WangCyber dan belajar ilmu eBiz dari otai-otai di sana atau berikan ilmu-ilmu atau kongsi pengalaman anda di sana atau bantu mereka yang memerlukan bantuan, nescaya anda akan dikenali ramai……WangCyber sekarang masih lagi membuka keahlian berbayar yang dikenali sebagai WC300 yang memerlukan hanya 300 orang ahli sahaja selepas itu akan ditutup buat selama-lamanya. Banyak keistimewaan yang anda perolehi di sana dan yang terbaru ialah sebuat report yang bertajuk KUASA FORUM MARKETING yang dikeluarkan khas bagi ahli WC300, banyak ilmu yang terkandung di dalamnya serta di ulas dengan baik sekali oleh penulisnya Shuth, Owner bagi WangCyber.

Begitulah serba sedikit pengkonsian ringkas saya tentang dunia ebiz ini - saya akan menyambung tutorial mengenai GMail selepas ini, Insya-Allah. Selamat Maju Jaya!

GMAIL MANAGER - SIRI 2

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 23-02-2008

Assalamualaikum,

Baiklah kita sambung semula tutorial ringkas kita mengenai cara pemasangan GMail Manager ke pelayar Firefox anda. Mula-mula anda perlu ke halaman ini untuk mendapatkan Firefox Add-ons ini. Sila klik link di bawah ini :

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1320

Anda kemudian perlu klik pada button Install Now (rujuk gambarajah)

manager_7.jpg

Selepas anda klik akan keluar satu paparan - Software Installation, klik saya di butang Install Now (rujuk gambarajah ) :

manager_8.jpg

manager_9.jpg

Kemudian restart pelayar browser anda dengan menekan butang Restart Firefox, selepas itu anda akan lihat terdapat paparan Toolbar pada sebelah kanan bawah sekali pelayar anda.

 

manager_22.jpg

Tetapi anda perlulah melakukan sedikit setting di bahagian “Preferences” untuk membolehkan anda dibaca seperti di paparan di atas. Sila klik kanan pada Toolbar tersebut kemudian pilih General –> masukkan email anda dengan klik pada butang –>Add - bagi memasukkan email, id dan password email anda.

 

manager_10.jpg

 Kemudian anda bolehlah melakukan perubahan pada bahagian yang lain jika perlu antaranya :

manager_111.jpg

manager_12.jpg

 Jadi rasanya sekadar itu perkongsian maklumat ini dengan anda, maka dengan itu siri GMail Manager ini telah tamat di sini. Selamat mencuba bagi anda yang mungkin tidak pernah menggunakan GMail. GMail bagi saya seperti PA saya yang banyak membantu saya menguruskan aktiviti eBiz saya terutama yang berkaitan dengan email pelanggan. Anda boleh mencuba sendiri ye….. berjumpa lagi di siri yang lain pula. Sebarang masalah anda boleh kemukan di sini agar kita sama-sama menyelesaikannya…insya-allah. Terima Kasih.

 

 

GMAIL MANAGER - SIRI 1

Posted by abooain | Posted in Tips&Trick | Posted on 19-02-2008

Assalamualaikum,

Kali ini tibalah masanya untuk saya berkongsi sedikit ilmu mengenai GMail, kali ini saya ceritakan mengenai GMail Manager yang merupakan “Add Ons (tool tambahan) bagi browser Mozilla Firefox. GMail Manager berfungsi untuk menguruskan akaun GMail sama ada satu akaun atau beberapa akaun Gmail yang anda miliki. GMail Manager juga berfungsi sebagai pemberi makluman jika terdapat email di dalam Inbox anda dengan memaparkan jumlah email yang belum dibaca oleh anda, email yang disimpan, SPAM yang memasuki Inbox anda atau sebagainya. Toolbar ini kebiasaannya terletak disebelah kanan paparan browser anda (sudah tentu Mozilla Firefox ye) pada bahagian bawah sekali (lihat gambarajah di bawah ini).

manager_21.jpg

 

 

Anda boleh memasukan satu email atau beberapa email anda (hatta 10 akaun GMail sekalipun) ke dalam GMail Manager ini dan anda boleh memeriksa jumlah email yang memasuki Inboox semua akaun yang anda daftar itu dengan GMail Manager ini dengan “klik kanan” pada Toolbar di dibawah dan akan keluar “Toolbar Pop Up” sebagaimana gambarajah yang saya sertakan di bawah ini :

manager_5.jpg

Anda boleh lihat jumlah email yang terdapat di dalam akaun GMail saya iaitu “0″ melainkan satu aja yang menunjukkan ada “2″ email yang belum saya baca.

Baiklah, setiap email yang memasuki Inbox GMail boleh di’setting‘kan agar keluar satu pemberitahuan seperti bunyi atau paparan (Snippets) atau ke semuanya sekaligus dalam satu masa. Anda bukan sahaja boleh men’set‘kan email anda untuk dipaparkan bahkan SPAM dan label pun boleh kita ’set’kan agar dipaparkan jika memasuki Inbox anda. Contoh Snippet atau paparan pemberitahuan adalah seperti berikut :

manager.jpg

Paparan atau Snippet di atas akan keluar jika sekiranya terdapat email yang baru memasuki Inbox anda (panas-panas lagi la) berserta dengan bunyi (jika disetting), Snippet ini juga akan keluar setiap kali anda membuka browser Firefox - bagi mengingatkan bahawa terdapat email yang masih belum dibaca.

Satu lagi kelebihan GMail Manager ini ialah apabila anda ingin mengetahui siapakah yang menghantar email tersebut atau ingin mengetahui sebahagian isikandungan tanpa perlu anda membuka email tersebut, anda hanya perlu letakkan Cursor Mouse anda pada Toolbar GMail tersebut sahaja maka secara Automatik akan keluar Pop Up yang memaparkan maklumat email tersebut (rujuk gambarajah dibawah)

manager_6.jpg

Baiklah, itu sahaja dulu buat kali ini, saya akan sambung lagi info ini dalam post seterusnya kerana dah lewat malam dah ni ……. saya akan beritahu di mana anda boleh perolehi GMail Manager ini dan cara untuk memasangnya. Jika saya rasa maklumat tidak mencukupi atau tidak lengkap atau untuk memudahkan anda membacanya maka saya mungkin menukar post ini dan menulisnya dalam bentuk ebook percuma tetapi tengok atas permintaan la ye….. Ok, jumpa lagi, Insya-Allah.

 

 

 

 

SPAM - MEMBORINGKAN!

Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 16-02-2008

Assalamualaikum,

Salah satu penyakit Internet yang menyerang kebanyakan email kita ialah SPAM - pasti setiap orang akan berhadapan dengan virus SPAM ini - amat memboringkan, betul tak? Inbox boleh dikatakan kalau tak jengok sehari pasti akan dipenuhi dengan SPAM, bermacam-macam jenis SPAM yang memasuki Inbox kita. Ada yang menjanjikan pelbagai jenis kekayaan, skim cepat kaya, duit segera, pelaburan Internet, ubat-ubatan seperti Viagra dan macam-macam lagi la.

Bagi yang suka menSPAM orang ni saya nasihatkan insaflah wahai kawan kerana tindakan anda tersebut menyusahkan orang lain lagipun saya tak baca pun - saya kalau tengok ada email SPAM saya akan tanda email tersebut dan klik Report SPAM (GMail) atau tanda email dan klik pada butang SPAM (Yahoo). Bukankah lebih baik kawan-kawan yang suka men”SPAM” bina satu blog atau website kemudian setup Autoresponder percuma lepas tu buat iklan di forum-forum secara berhemah, bagi mendapatkan subscriber list anda sendiri! Tidakkah ini lebih baik dari men’SPAM’ orang!

Idea post saya kali sebenarnya keluar apabila saya sedang membuang email-email SPAM ni - tak la banyak tapi saya ada 10 email jadi kalau setiap email tersebut ada 5 email SPAM dah jadi berapa, ye tak?

Makluman -  saya akan mewujudkan satu page DOWNLOAD yang boleh anda lihat pada sebelah atas bersebelahan ABOUT, ruangan ini akan saya letakkan beberapa ebook asas mengenai Perniagaan Internet yang diberikan secara Percuma. Bagi yang berminat hendak mendapatkannya boleh ke ruangan tersebut. Mungkin ebook tersebut tidak banyak lagi kerana saya akan masukkan secara berperingkat mengikut kesesuaian. Saya juga sedang upgrade Koleksi 40 eBook SUPER MEGA yang saya berikan secara percuma di blog epustaka.com - koleksi 40 ebook mengenai Perniagaan Internet dalam Bahasa Melayui ini akan saya tambahkan lagi dalam versi 2.0 nanti, Insya-Allah.

GMAIL - MAAF LINE TERLALU SLOW!

Posted by abooain | Posted in Umum | Posted on 15-02-2008

Assalamualaikum,

Post saya kali ini untuk memohon maaf kerana mungkin sesetengah dari anda sedang menunggu-nunggu tentang post saya mengenai GMail kan? Saya terpaksa menangguh terlebih dahulu kerana masalah line internet yang terlalu slow sehari dua ini, menyebabkan saya sukar untuk memasuki GMail - terpaksa refresh lebih dari 10 kal.

Insya-Allah, untuk tips&trick yang pertama saya akan cuba kongsi info mengenai G-Space atau e-store yang terkandung di dalam GMail kita tu. G-Space ini memudahkan anda untuk menyimpan sebarang text, gambar atau sebarang maklumat di dalamnya. Kapasiti G-Space ni ialah 2Gb jadi cukup besar untuk menyimpan / upload sebarang benda di dalamnya dan memudahkan kita untuk mendownload kembali barangan kita itu di mana-mana tempat kita berada.

Nantikan post saya tersebut ya …… saya amat mengalu-alukan mereka yang ingin berkongsi info mengenai kelebihan GMail ini semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama.


 Powered by Max Banner Ads 

Jika anda inginkan Post-Post terkini dari Abooain.com ini dihantar terus ke dalam Inbox email anda, anda hanya perlu masukkan alamat email anda ke dalam kotak ini sahaja :

Delivered by FeedBurner

ads
ads
ads
ads