Perisian Kewangan
Assalamualaikum,
Saya percaya ramai yang mempunyai masalah pengurusan kewangan masing-masing. Mungkin ramai juga yang tidak mengurusakan langsung kewangan peribadi mereka. Hanya tunggu gaji lepas tu terus keluarkan gaji tersebut untuk urusan perbelanjaan tanpa had! Ini satu kesilapan besar… sebagai individu yang ingin memantapkan sistem kewangannya, saya syorkan tindakan pertama yang patut diambil adalah mewujudkan sendiri sistem pengurusan kewangan peribadi anda .
Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita menjadi pengurus kepada kemasukan dan pengeluaran wang kita sendiri. Saya yakin masalah pengurusan akan dapat diatasi. Setiap individu digalakkan untuk mempunyai sistem pengurusan kewangan peribadi sendiri.
Saya juga percaya ramai yang menggunakan perisian yang banyak terdapat di pasaran hari ini. Malah pelbagai perisian boleh didapati di pasaran hari ini sama ada percuma ada berbayar. Perisian pengurusan kewangan ini bukan sahaja berasaskan Windows atau Mac, malah boleh didapati dan digunakan pada telefon pintar atau PDA seperti platfom Android atau di iPhone.
Saya telah menggunakan pelbagai perisian yang terdapat di pasaran (kerap guna yang percuma je..) dan saya sering bertukar perisian jika tidak berpuas hati.
Namun saya telah diberikan satu perisian kewangan yang pada pendapat saya ringkas tetapi amat efektif iaitu Perisian Kewangan yang dihasilkan oleh saudara Rahman Basri & Syed Faiz. Perisian ini kecil sahaja dan simple tetapi ia lebih menepati kewangan saya dan sudah tentu saya tidak perlu mengira lagi sebaliknya saya hanya perlu memasukkan jumlah wang sahaja. Secara automatik, sistem akan menentukan jumlahnya – paling penting perisian ini amat ringan dan kecil. Ini memang memudahkan saya. Saya juga boleh menggunakannya dalam telefon saya dan di bawa ke mana-mana, berita baik juga untuk para pemiliki iPac, Galaxy Tab dan seumpamanya….:D
Saya seronok dengan sistem ini. Terima kasih saudara Syed Faiz dan Rahman Basri…”
Dalam Perisian Kewangan ini anda akan diberikan perisian tersebut dan 2 sampel serta 4 video tutorial.
Jom urus kewangan kita dengan perisian mudah ini!
–> http://www.abooain.com/perisiankewangan
p.s – Ramai yang mungkin tidak percaya yang saya juga masih gemar menggunakan teknik old skool, still guna sampul surat untuk simpan duit!








Facebook comments: