Teknik Terbaik Memilih Produk PLR!
Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tip tentang bagaimana hendak memilih produk-produk PLR agar anda benar-benar berpuas-hati dan pembelian anda itu juga berbaloi.
- Jika anda mencari Membership Site maka carilah pembekal PLR yang menawarkan pelbagai jenis produk PLR dalam satu Membership. Jangan berlanggan atau menjadi ahli bagi penyedia membership bagi sejenis produk PLR saja contohnya artikel PLR atau ebook PLR melainkan jika anda tahu apa yang anda lakukan!
- Pilih penyedia produk PLR dari pakar atau ditulis oleh profesional jika ia dalam bentuk ebook atau report. Ini bagi memastikan mutu dan kualitinya di tahap yang mememuaskan hati.
- Cari pembekal PLR yang menyediakan versi percuma atau panduan percuma. Ini bagi memudahkan kita menilai hasil kerja mereka sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.
- Fleksibel – Cari produk PLR yang memberikan kebebasan lesen PLR kepada pembeli. Ini bagi memastikan anda bebas untuk mengubahsuai produk tanpa batasan, semakin tinggi peratus kebebasan semakin baik!
- Pilih produk PLR bukan sekadar berdasarkan harga semata-mata. Jika produk PLR dijual dengan harga yang murah mungkin ia tidak menyediakan tool-tool yang diperlukan, tetapi harga yang mahal pula tidak semestinya mempunyai ‘content’ yang baik dan berkualiti – berhati-hati! Namun berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk PLR yang mempunyai nilai yang mahal kebiasaannya memang berkualiti dan berbaloi!
- Cari pembekal PLR yang menyediakan tool-tool promosi yang lebih banyak contohnya menyediakan artikel, artikel blog, minisite, banner dan paling penting ialah semuanya disediakan bersama source atau bahan asal sama ada dalam format .psd, .doc atau .txt.
- Pilih pembekal PLR yang menyedia tool-tool atau material tambahan seperti checklist, worksheet, training dan sebagainya.
- Cari produk yang meletakkan kuota bagi produk mereka. Ini mengurangkan persaingan di kalangan para pembeli produk PLR tersebut.
- Cari produk PLR yang mahal kerana ia juga mampu mengurangkan persaingan di kalangan pembeli!
- Support – sebaik-baiknya cari yang pembekal yang mempunyai ruangan bantuan bagi memudahkan anda menghubungi mereka.
Ini sekadar perkongsian yang biasa-biasa je, semoga ia bermanfaat untuk anda memilih produk-produk PLR yang terdapat di pasaran.
Popularity: 21% [?]
No related posts.












.gif)



Salam tuan Abooain.
Saya sebetulnya peminat kepada corak perniagaan tuan. Sebab itulah saya turut serta dalam arena perniagaan PLR. Tetapi,laman niaga dan jualan masih dalam pembinaan. Lepas dah siap laman-laman tersebut,barulah saya buat tip no. 10 yang dinyatakan di atas.
Setakat ni,saya hanya jualkan produk PLR BM saya di forum WC tanpa support. Terima kasih tuan Abooain atas tips2 dalam menjalankan perniagaan PLR ini. Sememangnya memberi satu panduan kepada saya.
.-= Shaiful Azhan Malik´s last blog ..Pelajari Ilmu Perniagaan Internet Dengan Produk Percuma =-.
Wa’alaikumussalam,
Bro shaiful, saya tengok bisnes dah semakin naik tu…kira oklah. Teruskan langkah saudara dan ‘hidup PLR’!
Sama-sama
Thx for sharing the tips…
.-= aktechpage.com´s last blog ..Balootisme.com: Sumber Tutorial Online Grafik, WordPress & Joomla =-.
Perkongsian yang menarik. Sekarang saya tengah siapkan Produk PLR dalam BM. Smart Affiliate dan 17 Artikel PLR Dalam BM. Panduan daripada artikel ini sangat-sangat membantu saya untuk menyediakan prodk PLR yang tepat.
.-= Amirul Mukmin´s last blog ..Produk PLR Diterbitkan =-.