Keselamatan Siber!
Assalamulaikum,
Baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis review tentang Keselamatan Siber yang telah dilancarkan seminggu yang lalu.
Pertamanya, banyak perkara yang saya belajar dalam ebook ini yang berkaitan dengan Keselamatan Alam Siber. Memang betul-betul berguna bagi saya terutama untuk rujukan akan datang.
Aizat memulakan ebook KS beliau dengan menceritakan serba sedikit tentang Alam Cyber dan dunia perniagaan yang berkaitan dengan Internet seperti e-Commerce (B2B, B2C, B2E, C2C dll), cabang ecommerce, kelebihannya dan lain.
Bahagian kedua pula menceritakan tentang undang-undang Siber, yang ini ramai tak tau ni….. Apakah undang-undang Siber? Kita mungkin pernah dengar harta intelektual, privasi, hak bersuara, paten, trademark, akta multimedia dan sebagainya tanpa mengetahui apakah ia sebenarnya…. Aizat akan menceritakan perkara itu untuk anda.
Bahagian seterusnya beliau akan menghuraikan tentang apakah Jenayah Siber, kita sering mendengar kecurian wang dalam bank, kad kredit, penggodam, serangan DDOS, vandalisme siber (ada juga ye), malicious code, phishing, spam, scam dan banyak lagi. Beliau akan ceritakan pada kita tentang perkara-perkara penting tersebut.
Akhir sekali, anda akan diterangkan tip dan panduan keselamatan siber bagi mengelak maklumat atau pc anda dicerobohi atau dijangkiti virus dan sebagainya.
Saya berterima kasih kepada saudara Aizat kerana maklumat yang terkandung di dalam ebook Keselamatan Siber beliau ini. Semoga ia mampu membantu kita semua mengetahui tentang keselamatan siber dan seterusnya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Anda boleh dapatkan di sini :
http://www.epustaka.com/keselamatansiber
Popularity: 3% [?]
No related posts.












.gif)



Terima kasih Abooain atas review Ebook saya ini
Semoga ebook ini dapat membantu orang ramai…