Ahlan Ya Ramadhan
Assalamualaikum,
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa” – Al-Baqarah 183
Tidak lama lagi Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan dan maghfirah. Di bulan ini Allah s.w.t akan melimpahkan rahmat dan keampunan yang tidak dikurniakan-Nya di bulan-bulan yang lain. Kita sepatutnya merasa gembira malah teramat gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini sebagaimana Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang begitu gembira dan menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadhan ini.
Marilah kita sama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan penuh rasa cinta dan rindu. Di samping persediaan jasmani dan rohani kita juga perlu merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t di dalam bulan ini sama ada keampunan, pahala dan malam lailatul Qadr.
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, diampuni baginya segala dosa yang telah lalu” – Riwayat Bukhori & Muslim
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! Ramadhan Kareem!
Popularity: 8% [?]
No related posts.












.gif)



salam
“Barang sesiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah mengharamkan jasadnya daripada api neraka” – Riwayat Ahmad
harap saudara perjelaskan sumbernya.
Salam,
Akhi Haikal, pada asalnya saya nak tangguh dari meletakkan hadis tersebut di blog kerana ingin pastikan terlebih dulu status hadis itu secara terperinci (takhrij), tetapi saya terlupa nak padamkannya dari teks blog saya dek kerana kekalutan. Terima kasih kepada saudara haikal kerana menyedarkan saya. (Pada asalnya saya nak confirm terlebih dahulu status hadis sebelum meletakkannya tetapi terlupa nak semak teks blog sebelum update)
Hadis ini dipetik dari beberapa sumber di antaranya dari khutbah Jumaat beberapa tahun dulu dan terdapat perbahasan pada hadis tersebut di antara Dhoif dan Maudhu’. Saya akan cuba periksa terlebih dahulu status hadis tersebut, Insya-Allah.
Terima Kasih akhi Haikal…
p.s – ‘Barangsiapa melakukan pendustaan ke atas aku secara sengaja, maka disediakan tempatnya nanti dari api neraka’ – Nauzubillah min zalik!