Demi Masa!
Assalamualaikum,
Maksud Surah Al-’Asr :
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan melakukan amalan yang soleh, serta saling berpesan pada kebenaran dan saling berpesan pada kesabaran”
Surah ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t telah memberikan kita satu sistem perundangan dan peraturan dalam kehi
dupan manusia yang merupakan satu sistem yang sempurna. Sistem ini berkait rapat dengan sifat-sifat keimanan yang tinggi dan sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji.
Ayat di atas menyebut secara jelas tentang keimanan, amalan soleh, kebenaran dan kesabaran yang mampu membawa manusia ke arah kejayaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Keimanan atau orang-orang yang beriman adalah satu hubungan di antara manusia yang merupakan makhluk yang tidak kekal dengan Allah s.w.t, pencipta yang Maha Mulia yang Mutlak Azali. Tapak atau teras keimanan manusia itu ialah keluhuran dan keikhlasan ibadat manusia kepada Allah s.w.t Maha Esa membebaskan manusia dari penghambaan sesama makhluk kepada penghambaan mutlak kepada Allah s.w.t.
Islam mempunyai prinsip yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diperdagangkan dan prinsip Islam juga tidak boleh sekali-kali dipengaruhi oleh sebarang bentuk idealogi, iktikad atau anutan yang tidak berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jika prinsip Islam itu dipengaruhi oleh benda-benda luar maka keimanan sebenar masih belum lagi tercapai.
Popularity: 9% [?]
No related posts.











.gif)



ya…demi masa sememangnya kita sentiasa dalam kerugian. Jadi berusahalah untuk mencapai keuntungan
.-= Afzai Afandi´s last blog ..$1 setiap referral yang diperkenalkan =-.
Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya…
Masa adalah lebih bernilai drpd segala-galanya..
.-= aktechpage.com´s last blog ..(MyStory) Kembali Fokus & Konsisten =-.