Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tazkirah

HIJRAH

Submitted by on 18/12/2009 – 10:55 am3 Comments

Assalamualaikum,

untaMuharram merupakan bulan pertama di dalam kalendar Hijriah yang mengingatkan kepada satu peristiwa yang amat penting dan mencetuskan perubahan drastik kepada Islam dan para pengikutnya selepas itu di Madinah Al-Munawwarah. Kita seharusnya merenungi susah payah, dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w di dalam menyebarkan dakwah Islamiah 1431 tahun yang lalu. Bagaimana baginda s.a.w dan para sahabatnya melalui pelbagai rintangan selama 13 tahun di Mekah, menerima caci maki, penghinaan, penderaan, pemulauan dan sebagainya di dalam usaha baginda dan para sahabatnya untuk mendirikan akidah “mentauhidkan Allah s.w.t” di dalam kehidupan manusia seluruhnya.

Janganlah kita beranggapan bahawa kedatangan Awal Muharram itu sebagai satu sambutan semata-mata, sekadar untuk berseronok kerana dapat cuti atau sebagainya. Ketahuilah di dalam Hijrah itu sendiri terkandung 1001 macam peristwa suka duka dan pahit maung yang diterima oleh Rasulullah s.a.w sebagai seorang Rasul dan para sahabatnya sebagai seorang pejuang kebenaran. Walaupun hijrah dalam bentuk apa yang diperintahkan ke atas Rasulullah telah tidak difardukan lagi berdasarkan maksud Hadis :

Tidak ada hijrah lagi sesudah kemenangan (pembukaan Mekah), tetapi apa yang ada ialah jihad dan niat dan apabila diperintahkan kamu keluar maka keluarlah

Namun berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita fahami bahawa maksud hijrah dalam kontek yang lebih luas ialah berpindah dari satu keadaan yang negatif kepada keadaan yang lebih positif, dari buruk kepada baik, dari mazmumah kepada mahmudah dan sebagainya.

Iman merupakan objektif utama diperintahkan Rasulullah s.a.w untuk berhijrah ke Madinah bagi tujuan untuk memelihara iman dan Islam itu sendiri dari fitnah. Hijrah juga menjadi satu ujian bagi membuktikan kekuatan Iman yang akhirnya membawa kepada jihad enegakkan kalimatullah di muka bumi ini. Oleh itu jika diperhatikan dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan perintah hijrah, kita akan dapat melihat 3 perkara yang dirangkaikan bersama oleh Allah s.w.t iaitu :

  1. Iman
  2. Hijrah
  3. Jihad

Di antara ayat yang menyebut tentang perkara ini seperti mana yang terkandung di dalam surah At-Taubah 20 yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan.”

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah beriman dan berusaha sedaya upaya untuk memelihara keimanan mereka walaupun dengan mengorbankan harta benda, kaum keluargan dan nyawa sekalipun. Mereka ini telah berhijrah bagi menyahut seruan Allah s.w.t bertujuan bagi memelihara keimanan mereka dan mendirikan sebuah masyarakat berpaksikan Islam tanpa sebarang gangguan dan fitnah.

Oleh itu kita sama-sama mengambil iktibar dari peristiwa hijrah ini dan kita sama-sama berhijrah dari seorang yang negatif kepada seorang yang lebih positif, dari seorang yang kurang takwa kepada insan yang bertakwa, dari seorang yang buruk akhlak kepada seorang yang baik akhlaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

3 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge