Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tazkirah

IMAN BERKUALITI, MUKMIN SEJATI

Submitted by on 17/10/2008 – 4:17 pm2 Comments

Assalamulaikum,

Perkara yang paling penting dalam kehidupan kita sebagai Muslim ialah IMAN dan proses mempertingkat keimanan itu ada satu proses yang amat digalakkan dari semasa ke semasa agar iman kita menjadi Iman yang berkualiti sekaligus menjadikan diri kita sebagai Mukmin sejati.

Pelbagai onak dan duri akan ditempuhi oleh Umat Islam dalam proses untuk mempertingkatkan keimanan itu terutama cabaran dan dugaan dari luar serta pengaruh-pengaruh asing yang mungkin menggaburi mata kita dan menutupi hati kita dari mengingati Allah s.w.t. Oleh itu pengaruh-pengaruh luar yang berbentuk 1001 maksiat ini boleh menghalang proses penerapan iman malah boleh menjejaskan keimanan kita dan menggugat usaha kita untuk mempertingkat keimanan itu sendiri.

Sesungguhnya kita perlu berhati-hati terhadap dakyah yang boleh mengelirukan kita sebagai Muslim, pelbagai usaha untuk mengheret Umat Islam agar menjadikan kehidupan liberal yang jelas bertentang dengan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai kehidupan yang abadi. Tanpa kita sedari terdapat sebilangan besar saudara kita yang telah terjerumus ke satu kehidupan yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri dek kerana kejahilan diri dan kelemahan iman individu itu sendiri.

Umat Islam hari ini terutama di Malaysia sedang berhadapan dengan krisis nilai, dihimpit oleh budaya luar, fahaman atau idealogi yang tidak sihat, kehidupan yang tempang dan sebagainya dari pelbagai anasir dan dakyah telah mempengaruhi cara kehidupan Umat Islam seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, pengaruh Black Metal, seks bebas, dadah dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam itu sendiri.

Anasir-anasir yang tidak sihat ini lebih mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran Umat Islam dan seterusnya mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu sekiranya benteng keimanan kita tipis, serta cetek pula pengetahuan tentang Agama dan meremehkan pula teguran dan nasihat para ulama, mengabaikan pula suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya . Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam. Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah.

Oleh itu Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kepada Umat Islam 2 perkara yang menjadi sumber rujukan utama Umat Islam yang mana jika ditinggalkan kedua-duanya maka akan sesatlah kita buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

2 Comments »

  • nick says:

    Selagi mana umat Islam pada hari ini tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah selagi itulah umat Islam mengalami kegagalan dalam segenap aspek kehidupan. Marilah kita sama-sama mengamalkan Islam secara sempurna dalam kehidupan kita sehari2.

    nick’s last blog post..Iklan Percuma

  • admin says:

    Ya, betul tu Nick, jika tak mau sesat, berpegang la kepada kedua-dua pusaka peninggalan Rasulullah s.a.w tersebut, Insya-Allah berjaya dunia akhirat.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge