Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,834 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Tazkirah

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

Submitted by on 23/11/2007 – 2:45 pm3 Comments | 4,746 views

Assalamualaikum,

 

1224.JPG

Persaudaraan di dalam Islam merupakan satu perkara yang amat dititik-beratkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.w.t kerana ia merupakan asas tegak dan kukuhnya Umat Islam itu sendiri. Umat Islam walaupun berlainan warna kulit, bangsa, pertuturan, rupa paras, kedudukan, fahaman atau sebagainya adalah dikira bersaudara dengan erti kata saudara dalam Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan sesama kamu

Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Perumpaan dua orang saudara (sahabat) adalah sebagaimana dua tangan, yang saling membasuh antara satu sama lain

Namun di dalam proses untuk membina persaudaraan perlulah di atas asas-asas yang telah digariskan dalam Islam kerana terdapat beberapa bentuk golongan manusia yang boleh dikelaskan sebagai sahabat atau saudara ini, iaitu :

  1. Sahabat yang diumpamakan seperti makanan – iaitu amat diperlukan dan seharusnya perlu dipereratkan selalu
  2. Sahabat yang diumpamakan seperti ubat – iaitu diperlukan pada waktu yang tertentu sahaja
  3. Sahabat yang diumpamakan seperti penyakit – iaitu perlu dijauhi kerana mungkin akan memudaratkan diri kita

Oleh itu kita perlulah memilih sahabat yang betul agar persaudaraan yang didirikan atas dasar Islam itu akan mewujudkan sifat-sifat mahmudah dari dalam jiwa kita.

Saya suka melihat beberapa kisah yang berkaitan persaudaraan yang sememangnya dititik-beratkan oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, begitu kuat dan kukuh hasil pentarbiyahan yang mantap dari As-Syahid sendir. Di antara kisah yang boleh diambil teladan ialah :

As-Syahid menceritakan : “Pada satu hari, saya telah melawat sahabat saya Sayyid Abu So’ud di kedainya dan pada ketika itu saya juga melihat seorang lagi sahabat saya Mustafa Yusuf sedang membeli sebotol minyak wangi daripada Sayyid Abu So’ud. Mustafa berkeras untuk membayar 10 piaster (lebih kurang 10sen) untuk harga minyak wangi tersebut, sedangkan Abu So’ud mengatakan harganya hanya 8 piaster (8 sen). Kedua-duanya berkeras dan tidak mahu mengalah. Saya yang melihat peristiwa itu merasa amat terharu, lantas saya mendekati Abu So’ud dan meminta invois daripadanya untuk melihat harga modal bagi minyak wangi tersebut. Harganya ialah 96 piaster untuk satu dozen, bererti 8 piaster untuk satu botol.

Saya pun berkata kepada Abu So’ud : “Wahai saudara ku! Bagaimana kamu ingin menyara hidup kamu, sedangkan kam tidak mahu mengambil untung dari saudara mu ini, manakala musuh pula tidak mahu membeli di kedai mu?”. Abu So’ud menjawab, “Aku dan saudara ku seperti badan yang satu.” Saya berpaling kepada Mustafa dan berkata kepadanya, “Mengapa kamu tidak mahu menerima budi baik saudara mu?” Dia menjawab, “Jika saya membeli di tempat lain, harganya ialah 10 piaster, jadi adalah terlebih baik saya membayar harga yang sama kepada saudara ku sendiri!”. Akhirnya mereka bersetuju dengan harga 9 piaster.

Subhanallah, satu cerita yang boleh menitiskan air mata….!!! Besarnya fadhilat persaudaraan di dalam Islam hasil dari pentarbiyahan seorang yang warak dan bertakwa. Bantulah saudara anda terlebih dahulu ……

 

ftpmudah.gif

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook comments:

3 Comments »

  • AfzaiAfandi says:

    Bukan senang oo nak ikut cam 2 sahabat kat atas tu…Apapun, perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu untuk menjadi insan berhati mulia, nescaya ALLAH akan mempertemukan kita dengan insan2 yang juga berhati mulia

    Amin.

    Cantik banner promosi FTP tu ;)

  • admin says:

    Memang betul tu AA, itu la kita sepatutnya tanamkan dalam hati untuk menolong saudara kita terlebih dahulu sama ada dalam bidang perniagaan, kehidupan, dan kerja seharian kita.

    Terima Kaseey!!!

  • farahaznil says:

    huhuh…mmg tersentuh baca cerita ni…tak sanggup nak ambil untung..huhuhuhhu…mana lah nak jmpa org mcm ni skrng..semua peniaga cekik darah…lagi miskin..lagi mahal brng di jual..lagi ditandas olehnya..huhuhuh..
    .-= farahaznil´s last blog ..Basuh kaki sebelum tidur . =-.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge