Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tazkirah

Qudwah Hasanah

Submitted by on 26/02/2010 – 9:02 am4 Comments

Assalamualaikum,

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” – Al-Ahzab 21

Sirah Rasulullah s.a.w merupakan salah satu rujukan terbaik untuk diterapkan ke dalam kehidupan harian kita sebagai seorang Muslim. Jika kita inginkan satu contoh atau ikutan yang universal dan lengkap maka semuanya itu terkandung di dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Peribadinya yang agung diakui oleh kawan dan lawan hatta Abu Jahal sendiri mengakui ketinggian akhlak, kehebatan dan kebenaran Rasulullah s.a.w namun sifat degil dan keras kepalanya yang menghalang menerima kebenaran tersebut.

Michael H. Hart di dalam bukunya, The 100 : A Rangking Of The Most Influential Persons In History menyatakan :

Perbuatan aku memilih dan menempatkan Muhammad di tempat pertama mungkin mengejutkan ramai orang tetapi dialah satu-satunya manusia yang berjaya, sama ada dalam bidang sekular maupun agama – (halaman 33)

Ramai lagi yang mengakui hakikat tersebut dan sesungguhnya pada Rasulullah s.a.w itu terdapatnya tarikan  atau magnet luar biasa seumpama mempunyai empat bucu iaitu mewakili sifat-sifat :

  1. Fatanah  – Cerdas
  2. Amanah – Amanah
  3. Siddiq – Benar
  4. Tabligh – Menyampaikan

Kekuatan ini bukan sahaja mampu menarik orang ramai kepadanya malah telah berjaya menjadikan orang-orang sekelilingnya juga bersifat dengan sifat-sifat baginda. Kita lihat bagaiman sifat Abu Bakar As-Siddiq r.a, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman Auf, Abu Hurairah, Khalid Al-Walid dan ramai lagi dari kalangan sahabat-sahabat baginda yang mempunyai kepandaian, kepakaran, kebolehan, kecerdasan, keistimewaan dalam segenap aspek, duniawi mahupun ukhrawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 25% [?]

No related posts.

Facebook comments:

4 Comments »

  • Afzai Afandi says:

    Ramai yang mengakui Muhammad Rasul Terbilang tapi tak ramai yang mampu mengikuti sirah rasul…termasuk aku lah tu

  • admin says:

    Betul tu bos,

    Afzai, lamonyo tok dengar khabar? Sibuk benar ko tu…. Rindu ko demo weh.

  • ezord says:

    Thanks for this post.Memang agak sukar nak ikuti semua sifat pemimpin kita Nabi Muhammad s.a.w. Namun, selagi masih di beri peluang untuk memperbaiki diri, sama2 lah kita berusaha sedikit demi sedikit. Perubahan yang drastik lebih susah untuk di maintainkan dari perubahan yang kita buat seikhlas hati. Takbir!!

    pstt…aura hari Jumaat..hehe
    IAllah..mari kita perbaiki diri.

    “Apabila hari ini lebih baik daipada kemarin, maka kita termasuk orang yang beruntung. Apabila hari ini sama dengan kemarin, maka kita termasuk orang yang merugi dan apabila hari ini lebih buruk daripada kemarin maka kita termasuk orang yang celaka.”
    .-= ezord´s last blog ..Pertandingan Komen Blog Abooain.com =-.

  • Rasulullah sebagai Qudwah…
    Memang satu2nya contoh teladan yang tiada bandingan…
    Teltilah sirah Rasulullah dan pengajaran di sebaliknya…
    Banyak panduan hidup dan pengajaran yang ada di sebalik kisah2 Rasul dan sahabat…

    Tentang perniagaan juga Rasulullah pernah beri contoh…
    Sapa tahu angkat tangan…huhu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge