Ramadhan Al-Mubarak #1: Ahlan Ya Ramadhan!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita dah pun dah hampir memasuki bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan – Ahlan Ya Ramadhan!
“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana yang telah difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudah kamu bertakwa.” – Al-Baqarah 183
Bulan Ramadhan merupakan seumpama sebuah Madrasah yang menjadi pusat mendidik jiwa agar menjadi seorang Mukmin & Mukminah yang sejati. Bulan Ramadhan bulan kemuliaan, bulan kemurahan, bulan kebaikan, bulan Al-Quran dan bulan keberkatan. Maka di bulan ini Allah s.w.t telah memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada kita untuk mencari keberkatan-Nya.
“Apabila datangnya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan rantai syaitan-syaitan“
Puasa dari sudut bahasa ialah : Menahan. Syarak pula : Menahan diri dari makan dan minum dan persetubuhan serta perkara-perkara yang biasa dilakukan dari mula terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
Puasa ini difardukan ke atas kita di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, penghujung bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah. Rasulullah s.a.w kemudian menyampai berita gembira tersebut kepada para sahabatnya tentang kefarduan puasa dan kelebihan Ramadhan yang telah diterimanya. Beliau bersabda : “Telah diberikan kepada kamu bulan Ramadhan, bulan kebaikan dan keberkatan, Allah s.w.t telah mengurniakan kepada kamu dan menurunkan pada kerahmatan, menghapuskan dosa-dosa, memakbulkan doa-doa dan Allah s.w.t menghendaki kebaikan pada diri-diri kamu dan dan menjauhi segala perkara yang haram dengan Rahmat-Nya.”
Disyariatkan berpuasa itu pada siang hari kerana pada waktu itulah manusia benar-benar hidup dan ia merupakan medan kehidupan. Bekerja dan bercampur gaul dengan masyarakat yang terdiri dari pelbagai akhlak dan perangai. Ini semua akan mengundang kepada orang berpuasa itu satu ujian yang benar-benar mencabar!
Maka sahutlah kefarduan puasa di bulan Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan dan tawaduk agar ia diterima oleh Allah s.w.t. Peluang bertemu Ramadhan ini mungkin tidak kita temui lagi di masa depan……
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak -Ramadhan Karim!
Popularity: 1% [?]
No related posts.












.gif)



Selamat menjalani ibadah puasa…
Selamat berpuasa