SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
Assalamualaikum,
Satu kempen kebajikan untuk mengumpul Baju Melayu dan Baju Kurung Baru untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan fakir menjelang Ramadhan telah dijalankan oleh beberapa orang yang perihatin.
Kempen ini juga dibantu oleh TeamPenang.com yang sedang melakukan satu ‘Jualan Amal’ bagi membantu anak-anak yatim & fakir miskin seluruh Malaysia. Berilah sokongan kepada beliau.
Mentor Jutawan – jualan amal untuk program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Membeli Sambil Menderma!
Ada 2 cara untuk anda menderma
Pertama – Anda bolehlah melawati Facebook mereka di www.TeamPenang.com/baju-raya
atau
Kedua – Sekiranya anda tak mahu beli baju raya, anda boleh membuat sumbangan dengan membeli ebook Mentor Jutawan yang sedang dipromosikan di -> www.TeamPenang.com/mentorjutawan
50% dari harga ebook tersebut akan dikumpul untuk membeli baju raya.
“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” - Al-Munafiqun 10
Dari Abu Hurairah r.a katanya : “Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si polan.. sekian untuk si polan dan sekian lagi untuk si polan” – Al-Bukhari
Popularity: 8% [?]
No related posts.












.gif)



Salam…
Nak mintak kebenaran…nak copy entry nie..masuk ke blog saya…
Saya pun nak berwar-warkan amalan nie..pd pembaca blog saya…
Boleh tak?
Insya-Allah, boleh je……silakan