Grafik »

27/06/2012 – 10:54 am | 2,917 views

Assalamualaikum,

Satu lagi produk grafik para peminatnya telah dikeluarkan hari ini iaitu ‘Video WP Theme‘. Mampu meningkatkan tahap teknik pemasaran video anda!Video theme ini amat sesuai untuk teknik video marketing anda, meningkatkan prestasi teknik pemasaran video …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Pengumuman

Pengumuman penting berkaitan Abooain.com dan sebarang perkaran berkaitan dunia IM

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Buku

Buku-buku berkaitan dunia perniagaan Internet hasil tulisan Abooain atau IMER’s di Malaysia atau antarabangsa

Review

Review tentang produk-produk terkini dari IMer di Malaysia atau luar negara

Home » Tazkirah

TANDA-TANDA HATI YANG MATI

Submitted by on 24/08/2007 – 12:08 pm4 Comments | 989 views

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat sekalian,
Hati merupakan suatu kurniaan Allah s.w.t yang sepatut kita syukuri dan menjaganya sebaik mungkin. Kurniaan dari Allah s.w.t ini kepada para makhluknya bukan hanya berfungsi sebagai salah satu dari organ terpenting di dalam tubuh kita saja yang mana fungsinya tentu menjaga kesihatan kita itu dari sudut jasmani. Tahukah anda bahawa hati mempunyai peranan yang tersangat penting dari sudut rohani? Sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w : …….

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh itu ada seketul darah apabila ia elok maka eloklah keseluruhannya jika sekiranya rosak maka rosaklah keseluruhannya, iaitu HATI”

Oleh itu, apabila hati kita telah “mati” maka segala perbuatan maksiat atau jahat akan menjadi baik pada pandangan kita dan kita akan melupakan bahawa semua perbuatan maksiat dan jahat itu adalah perbuatan yang dicela dan dikeji oleh Allah s.w.t. Hati yang mati itu akan menghalang pandangan hati kita untuk melihat dan mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan serta merasa senang hati apabila melakukan larangan-Nya. Al-Imam Ibnu ‘Athoillah Askandary ada berkata mengenai hati yang mati ini :

” Sebahagian daripada tanda-tanda kematian hati itu ialah tidak bimbang dan susah hati di atas sesuatu yang telah luput dari perintah dan suruhan Allah s.w.t pada manusia itu. Dan meninggalkan penyelesaian (tidak menyesal) di atas sesuatu perbuatan jahat yang telah dikerjakannya.”

Maka bagi orang yang sedang menuju dan mencari keredhaan Allah s.w.t atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t adalah disyaratkan agar hatinya sentiasa hidup, yang bermaksud denagan HIDUP di sini bukanlah hidup dalam bentuk jasmaniah atau hidup berdenyut atau fizikal tetapi bermaksud hidup dalam bentuk Maknawiah atau Rohani. Hati itu hidup dengan keimanan yang padu dan mantap dengan segala bentuk keimanan yang perlu kita pegangi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Hati yang hidup dalam keimanan ini adalah hati yang sentiasa tersentuh, tidak senang duduk, risau, takut dan sebagainya apabila diri manusia itu melakukan perbuatan maksiat. Sekiranya manusia itu melaksanakan segala perintah Allah s.w.t maka hati tadi akan merasa tenang dan aman sekali, bahkan hati tersebut seakan-akan menjadi ketagih atau gian untuk melakukan amal soleh atau mengerjakan segala perintah Allah s.w.t tersebut.

Oleh itu apabila hati kita tidak merasa risau, bimbang, takut apabila kita melakukan perbuatan maksiat bahkan tidak sedar bahawa mereka melakukan perbuatan maksiat malah yang terlebih berat ialah dia menegakkan bahawa perbuatan maksiatnya itu adalah perbuatan yang baik kerana kejahilan dan merasakan dirinya berilmu, malah menentang para ulama yang menegur perbuatan maksiatnya itu maka hati sebegini adalah hati yang telah lari jauh dari pencipta-Nya.

Hal ini telah dijelaskan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud : “Orang-orang Mukmin itu melihat dirinya tentang hal dosa-dosanya itu seolah-olah dia duduk di bawah bukit, di mana dia takut kalau-kalau bukit itu akan jatuh menimpanya. Dan orang munafik pula melihat dia akan dosa-dosanya seperti lalat-lalat yang menghinggapi hidungnya, mudah untuk dihalau dengan jari telunjuknya saja.”

Demikianlah gambaran yang menunjukkan betapa nipisnya iman kita ini bila hati sudah tidak merasa risau dan takut tetapi merasa tenang dan sentiasa aman apabila melakukan dosa-dosa atau perbuatan maksiat itu. Semoga kita dapat menjaga hati kita ini. Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook comments:

4 Comments »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge