Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tazkirah

Ciri Usahawan Muslim

Submitted by admin on 05/03/2010 – 10:44 am9 Comments

Assalamualaikum,

Dialah yang menundukkan lautan untuk mu supaya darinya kami dapat memakan daging yang segar dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai. Kamu melihat bahtera belayar di atasnya supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnianya dan supaya kamu bersyukur” – An-Nahl 14

Islam menggalakkanya umatnya memanfaatkan apa yang terdapat disekeliling mereka selagi mana ia halal dan harus disisi ajaran Islam. Islam sama sekali tidak menyarankan Umat Islam berada di dalam keadaan miskin dan papa kedana, apatah lagi jika kita mengaitkannya dengan nasib semata-mata. Kita perlu memperbetulkan pemahaman kita mengenai apa yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w di dalam sunnnahnya sebagai pedoman dan panduan untuk mencapai kesenangan di dunia dan kebahagian di akhirat – namun kita jangan lupa bahawa akhirat jua “sebaik-baik tempat dan kekal abadi“.

Agama Islam melarang sama sekali umatnya menjadi malas dan jahil serta mencela sifat kemalasan dan kebodohan ini dan kita diperintahkan oleh Allah s.w.t dan Rasul untuk berusaha dan menjadi umat yang rajin. Salah satu dari usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika di usia remaja ialah berniaga untuk mencari rezeki Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w merupakan usahawan yang berjaya yang sepatutnya kita jadikan contoh agar perniagaan kita lebih berkat. Rasulullah s.a.w mempunyai beberapa ciri sebagai usahawan dan sewaktu menjalankan perniagaannya iaitu :

  1. Sentiasa berfikiran positif
  2. Sentiasa bertindak secara efektif dan efisien
  3. Kreatif
  4. Sentiasa bersyukur
  5. Sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

Ikhlas – Seseorang perlu mengikhlaskan diri mereka dalam segenap aspek termasuklah perniagaan kerana segala amal perbuatan kita adalah bergantung pada niat sebagaimana saranan  hadis Rasulullah s.a.w. Kita perlu ikhlaskan diri dalam visi, misi dan komitmen kita agar kejayaan mampu dicapai dengan keberkatan.

Ikhtiar – Umat Islam seharusnya berikhtiar bersungguh-sungguh di dalam proses untuk mencapai kejayaan di dalam Perniagaan dan jangan cepat putus asa atau memudah menyalahkan orang lain apabila gagal. Jika kita berikhtiar ala kadar atau mudah menyalahkan orang lain di atas kegagalan maka ini bukanlah sifat usahawan yang sebenar!

Tawakal – Apabila usaha kita sudah sampai ke tahap maksimun maka penyerahan bulat-bulat kepada Allah s.w.t di atas segala usaha kita itu adalah penting kerana penentu keuntungan, kejayaan, kebahagian ialah Allah s.w.t. Kita hanya mampu berusaha dan merancang yang menentukannya adalah Allah s.w.t. Apabila sifat tawakal ini ada dalam seseorang usahawan maka ia mampu untuk menerima kegagalan dan kerugian dengan lebih tabah dan sabar. Malah kegagalan dan kerugian itu menyemarakkan lagi semangat dan rasa ingin berusaha yang terdapat di dalam dirinya.

Usahawan sejati mampu menerima apa sahaja situasi dan natijah dan mengambil pedoman dan hikmat di sebalik hasil yang diterima itu

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 29% [?]

No related posts.

9 Comments »

  • Afzai Afandi says:

    usahawan kita banyak yang bersifat dengki negatif.Tak boleh tengok kejayaan pesaing, cepat benar utk menganiaya bisnes rakan2. Sepatutnya jadikan kejayaan pesaing sebagai pemangkin utk sama2 berjaya.
    Afzai Afandi´s last blog ..My NR Yummie Telah Berpindah My ComLuv Profile

  • Mr Khan says:

    Saya teringat kembali satu ruangan soal jawab Ustaz Zaharuddin dengan seorang hamba Allah yang membincang hukum software pirate dalam perniagaan.Samada sedar atau pun tidak..ramai diantara usahawan internet kita yang masih menggunakan software pirate untuk menjalankan perniagaan.

    rujuk sini:
    http://www.zaharuddin.net/content/view/723/63/
    Mr Khan´s last blog ..Tips to Prevent Your Child From Being Kidnapped My ComLuv Profile

  • aktechpage.com says:

    Di akhir zaman ni, agak susah untuk berjumpa dgn usahawan yang mempunyai ciri2 usahawan Muslim. Jenis perniagaan pun sekarang macam2 jenis sehingga agak susah untuk menentukan sama ada halal atau haram.

    Namun yg penting, setiap diri kita wajib cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang usahawan muslim sebaik mungkin, kalo x banyak sikit pun jadilah. Lagipun perniagaan ini adalah salah satu sunnah Rasulullah.

  • ijamidayu says:

    Berfikiran positif..Memang sesuatu yg perlu utk meningkatkan potensi diri..

    Jadi, apa pun. Sikap perlu kita majukan diri.. Mulakan secara ‘part time’..

    Pasti kita akan berjaya jika terus tekad utk menjadi yg terbaek dalam yg terbaek..
    ijamidayu´s last blog ..MALAS MENYEBABKAN KITA DALAM KEADAAN KERUGIAN My ComLuv Profile

  • Assalamualaikum saudara abooain…

    Terima kasih atas peringatan yang sangat berguna. Memang kadang-kadang kita sering menyalahkan orang lain ketika kita ditimpa masalah. Alhamdulillah, saudara telah merungkai dan menyebarkan perosalan ini.

    Menjadi muslim yang hebat memang tidak sukar namun ianya boleh berhasil dengan mengikut amal-amal yang diajarkan dalam Islam. Ikhlas, Ikhtiar dan Tawakkal adalah sifat yang penting bagi Setiap USAHAWAN MUSLIM. Terima kasih sekali lagi kepada saudara… =)

    PS: Saya akan sentiasa beringat!

  • Hafizi says:

    Salam,

    Dalam Perniagaan tak kira online atau offline,mesti ada la sikap yg tak baik…suka bersaing sehinggakan guna cara yang negatif….ingatlah,walaupun dalam internet ataupun kat luar sana yg buka kedai…..satu sikap yg harus dibuang adalah jangan dengki,jangan khianat,buangkan sikap tu dan jadilah peniaga yang berhemah…..Jadilah Muslim Yang Sejati!!!
    Hafizi´s last blog .. My ComLuv Profile

  • ezord says:

    Yup..Rasulullah merupakan tokoh perniagaan yang perlu kita contohi..Banyakkan membaca tentang sifat-sifat nabi yang seharusnya kita harus jadikan tauladan dan ikutan.
    Salah sorang tokoh perniagaan yang saya hormat ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari..
    bermula dengan kecil sehingga berjaya..Semoga ramai lagi usahawan yang mengikut jejak Rasulullah dengan sifatnya yang terpuji.. :-) Kita baru bermula..teruskan usaha dan jangan mudah putus asa
    ezord´s last blog ..Punca Gusi Berdarah :-( My ComLuv Profile

  • Hafizi says:

    nak jadi peniaga yg berjaya perlu ada sikap jujur….tanpa kejujuran,perniagaan mudah lingkup….

  • betul… Jujur, bila nampak duit… kejujuran semua tergadai jika tiada iman di hati.. =)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled