|
Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pasaran Niche
1. Apa itu pasaran niche?
Pasaran niche atau juga dikenali sebagai pasaran tertumpu merupakan
sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu dimana
mereka berkongsi minat, hobi, atau kemahuan yang sama. Mereka juga boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan di dalam
sesuatu kelompok geografi.
Contoh disini adalah:
'tips belajar' - TIDAK niche
'tips belajar untuk pelajar universiti' - niche
'tips belajar di rumah untuk pelajar universiti' - sub-niche
Untuk maklumat lanjut dan takrifan yang lebih mendalam mengenai pasaran niche ini, anda boleh rujuk disini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Niche_market
2. Bagaimana untuk menentukan sesuatu pasaran niche itu lumayan atau tidak?
Untuk
mengetahui sesuatu pasaran niche itu menguntungkan atau tidak, anda
perlu menentukan samada terdapat transaksi jual beli telah berlaku di
dalam pasaran niche ataupun tidak.
Jika
terdapat sebarang transaksi jual beli telah berlaku di dalam pasaran
niche tersebut, maka pasaran tersebut ditafsirkan sebagai pasaran
lumayan.
3. Bagaimana untuk kita mengetahui samada sesuatu
pasaran niche itu mempunyai permintaan atau tidak?
Disini
anda boleh menggunakan alatan-alatan tertentu samada percuma atau
berbayar yang akan memberikan anda senarai jumlah carian yang dilakukan
oleh prospek di dalam pasaran niche ini melalui katakunci (keywords)
yang mereka gunakan di dalam enjin carian (Google.com, Yahoo.com atau
MSN.com)
4. Apakah pasaran niche hanya tertumpu kepada penulisan sahaja?
Tidak sama sekali. Anda boleh menjual sebarang produk yang bersesuaian dengan kehendak prospek di dalam pasaran niche anda.
5. Bagaimana untuk mengenal pasti kehendak atau keperluan di dalam pasaran tersebut?
Cara paling mudah adalah dengan bertanyakan kepada mereka apakah masalah utama mereka di dalam subjek pasaran niche anda.
Contoh jika anda di pasaran niche 'tips belajar untuk pelajar universiti', soalan yang anda boleh tanyakan adalah:
"Sebagai pelajar universiti, apakah masalah
paling utama yang anda sedang hadapi?"
6. Jika saya ingin mengambil nasihat anda, apakah cara atau model perniagaan Internet yang sesuai untuk pasaran niche ini?
Baiklah, nasihat saya ini
akan berdasarkan pengalaman 'real life' saya sendiri. Terdapat dua cara
saya telah gunakan untuk 'menguasai' pasaran niche ini iaitu:
-
Blog Wordpress
-
Produk informasi digital
7. Menapa blog?
Terdapat beberapa sebab yang saya
akan senaraikan disini mengapa saya memilih untuk menguasai sesuatu
pasaran niche itu dengan blog Wordpress, antaranya adalah:
8. Mengapa produk informasi digital?
Selain dari blog Wordpress, anda juga boleh mengusai pasaran niche anda dengan menghasilkan produk informasi anda sendiri.
Sebab mengapa saya memilih produk informasi digital adalah:
-
Tiada kos penghantaran produk diperlukan.
Anda tidak perlu sebarang medium penghantaran produk, tidak perlu
sebarang kos penghantaran, dan tidak perlu sama sekali untuk keluar
dari rumah semata-mata untuk menghantar produk anda.
9. Ajarkan saya bagaimana untuk menguasai pasaran niche dengan dua cara diatas?
Lihat 'jawapan istimewa' saya dibawah. |