Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

20 Tip Memanfaatkan Artikel / Ebook PLR

Submitted by admin on 09/03/2010 – 8:06 am7 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi 20 tip atau idea bagaimana hendak memanfaatkan ebook atau artikel PLR anda. Tip ini telah pun saya kongsikan dalam email saya kepada semua subscriber saya baru-baru ini sempena ebook PLR keluaran 3 saya. Namun disebabkan tip ini juga berguna untuk semua orang, saya kongsikan di sini agar ia mampu membantu sesiapa saja yang berminat dengan produk-produk PLR. Tip ini pada asalnya saya ingin kongsikan di blog PLRSeries.com tetapi memandangkan blog Abooain.com dalam proses pertandingan Komen Terbaik maka saya post artikel ini di sini.

Saya percaya ramai yang tidak tahu tentang apakah sebenarnya produk Private Label Right atau PLR dan kalau tahu pun mungkin tidak ramai yang mempunyai idea untuk memanfaatkannya bagi mendapatkan hasil secara online. Tip ini merupakan sebahagian dari bab yang terkandung di dalam ebook mengenai PLR yang sedang saya siapkan sekarang.

Saya senaraikan 20 cara untuk anda memanfaatkan ebook PLR saya ini :

1. Artikel – Jadikan ebook PLR sebagai artikel, kebiasan ebook PLR mempunyai lebih dari 25 – 60 mukasurat dan bayangkan dengan mukasurat begini berapa artikelkah yang mampu anda cipta? Anda tidak perlu sakitkan kepala untuk menulis artikel sendiri atau sebagainya.

2. Artikel Blog – Anda boleh jadikan kandungan ebook atau artikel PLR sebagai artikel di blog anda. Terdapat berbagai topik atau niche ebook PLR yang berada di pasaran pada hari ini, anda hanya pilih niche yang bersesuainya dengan blog anda dan postkan. Anda boleh jadikan ebook atau artikel PLR tersebut artikel bersiri dan mungkin di post 2 kali seminggu dan lakukan dengan fungsi auto-post yang disetkan selama sebulan. Ini sudah tentu memudahkan kerja anda dan blog anda juga mampu menarik perhatian pelawat dengan post yang konsisten dan bermutu.

3. Bahan tambahan – Jika anda sedang menulis ebook, laporan atau artikel maka anda boleh jadikan ebook / artikel PLR sebagai bahan tambahan yang boleh menjadikan ‘content’ ebook atau artikel anda lebih kemas dan bermutu. Anda mungkin kekeringan idea atau sibuk sewaktu proses menulis ebook atau report, jadi ebook / artikel PLR ini boleh dimanfaatkan agar content ebook anda sendiri lebih ‘fresh’ dan bermaklumat.

4. E-Kursus / E-Course – Anda boleh jadikan isi kandungan ebook ini sebagai bahan untuk kursus online anda. Jika anda ingin menganjurkan kursus online contohnya selama seminggu, anda boleh jadikan ebook atau artikel anda sebagai bahan kursus dan pecahkan sehingga 7 bahagian mengikut hari yang anda tetapkan.

5. Audio & Video – Anda juga boleh menukarkan artikel / ebook PLR menjadi audio atau video. Jika topik ebook PLR membicarakan tentang panduan membina website maka anda boleh ‘convert’ ebook tersebut menjadi video panduan yang menggunakan text dari ebook atau artikel PLR tersebut sebagai panduan.

6. Newsletter – Jadikannya sebagai bahan untuk Newsletter autoresponder anda. Cuba bayangkan berapa artikel yang bakal anda dapat dari ebook PLR yang mempunyai 40 mukasurat? Sudah tentu banyak, cukup untuk anda set newsletter anda selama setahun!

7. Personal Coaching - Jadikannya sebagai bahan Personal Coaching anda sama ada untuk bahan rujukan anda atau sebagai bahan untuk diberikan kepada protege anda

8. Resell Right – Tip ini adalah tip asas iaitu jual semula ebook / artikel PLR dalam bentuk Resell Right, Master Resell Right – keuntungan 100% milik anda.

9. Jualan Backend – Anda boleh menjualnya dalam ‘Backend Sale’ sebagai pendapatan tambahan selepas produk utama anda. Jualan backend biasanya di letakkan di laman Terima Kasih atau Ruangan Download.

10. Bonus – Anda boleh meletakkan ebook / artikel PLR sebagai bonus bagi produk anda sendiri

11. Bonus Affiliate – Menawarkan ebook / artikel PLR sebagai bonus tambahan bagi produk affiliate yang anda sertai. Tawarkan kepada sesiapa yang membeli produk itu melalui link affiliate anda akan diberikan bonus tambahan. Ini mungkin lebih menarik perhatian pembeli.

12. Laman Keahlian – Jika anda mempunyai laman keahlian maka anda boleh jadikan ebook / artikel PLR sebagai produk tambahan anda untuk member laman keahlian anda

13. Kerja-kerja Offline – Anda juga boleh menjadikan ebook / artikel PLR sebagai bahan promosi atau sebagai sama ada dalam bentuk brochure, pamplet, flyer dan sebagainya. Contohnya anda memiliki ebook PLR mengenai hosting, maka anda mungkin boleh menjadikan ebook tersebut sebagai bahan dalam promosi offline anda jika anda menjual hosting / affiliate bagi mana penyedia hosting.

14. Pakej – Anda boleh pakejkan ebook / artikel PLR bersama produk lain untuk jualan Mega atau Firesales anda.

15. Tawaran VIP – Anda mungkin boleh tawarkan harga istimewa kepada subsriber atau pembeli produk anda dengan harga diskaun atau sebagainya.

16. Terjemah – Jika ebook / artikel PLR anda tersebut di dalam bahasa asing, anda boleh terjemahkannya dan jual.

17. Baru – Tukar penampilan ebook PLR itu agar kelihatan baru, sama ada anda mengubah kandungan ebook, penjenamaan semula, tukar grafik dan sebagainya. Ini akan membantu anda memasarkan produk yang fresh dan baru.

18. Manfaat sendiri – Ambik manfaat dari ebook ini untuk kegunaan anda sendiri sebagai bahan kajian, bahan bacaan sampingan, rujukan dan sebagainya.

19. Upsell – Jualan Upsell untuk produk anda, tawarkan ebook PLR tersebut sebagai jualan tambahan bagi produk anda, ini akan membantu anda memperolehi pendapatan sampingan.

20. Bahan seminar – Jika anda menganjurkan seminar maka ebook PLR boleh menjadi bahan rujukan dan panduan

Demikanlah 20 tip atau idea untuk anda manfaatkan sebarang ebook atau artikel PLR yang terdapat di pasaran. Insya-Allah, saya akan keluarkan ebook / report yang akan menyentuh tentang bagaimana cara memanfaatkan produk-produk PLR sepenunya nanti.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 49% [?]

No related posts.

Facebook comments:

7 Comments »

  • ezord says:

    Banyak jugak kan kegunaan PLR ni..saya mungkin terlepas pandang yang content dapam PLR ni bleh di jadikan articles tu..Ishh betul gak ni..xyah pening-pening dah nak tulis article.guna je content plr tu..trimas bro
    ezord´s last blog ..Punca Gusi Berdarah :-( My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    Satu perkongsian ilmu yang tip-top. banyak tips yang disenaraikan dan aku sendiri tak terfikir yang tips itu boleh digunapakai..heheeh
    Afzai Afandi´s last blog ..Pertandingan ‘Komen Terbaik’ di Blog Abooain.com My ComLuv Profile

  • ijamidayu says:

    Fuh.. Banyak terlepas pandang!!! Thanks bro abooain… Membuka mata dan minda saya…
    ijamidayu´s last blog ..MALAS MENYEBABKAN KITA DALAM KEADAAN KERUGIAN My ComLuv Profile

  • Alhamdulillah… Perkongsian ini cukup menarik. Saya mempunyai banyak PLR ebook yang tak digunakan… Masih lagi terfikir untuk membuat membership site… tapi tak buat-buat…

    Kepada saudara Abooain, saya memang kagum dengan usaha anda. Menyusun PLR ebook atau produk-produk yang berkaitan memang memenatkan.. eheh…

    Moga terus berkongsi maklumat.. TQ!~

  • aktechpage.com says:

    Kalo article PLR dlm Bahasa Inggeris
    Gunakanlah Google Translalor utk terjemahkannya ke Bahasa Melayu sbg post entry blog anda..

    Memang menarik 20 tips yg diberi diatas…

    Tp kat mana nak cari lubuk PLR ni??? :D

  • farahaznil says:

    Ya..betul tu saudara abooain..saya mmg tak tahu menahu tentang PLR ni..Masa bc pun tertanya2 apakah PLR ni..huhuhuh..Satu information yang lengkap utk semua para pembaca!!!!tahniah di atas artikel ini.Sungguh memberi info yg hebat!
    farahaznil´s last blog ..Email sampah ! My ComLuv Profile

  • aktechpage.com, banyak sangat lubuknya kalau pandai search… eheh…

    nak bagi lubuk boleh aje… cuma tak tahu lah admin bagi tak letak link camtu je… eheh….

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled