Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

4 Kesilapan Sewaktu Newbie

Submitted by on 21/04/2009 – 1:59 pm9 Comments

Assalamualaikum,

697729_wondering_

Terdapat beberapa kesilapan saya yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan pengajaran buat anda semua. Para peringkat awal penglibatan dalam dunia Perniagaan Internet sudah tentu banyak kesilapan yang dilakukan. Ia boleh dielak jika kita tidak mengulangi kesilapan yang dibuat oleh orang lain dan kita mengambil pengajaran dari kesilapan orang.

Kesilapan #1 : Menggunakan tools yang kurang tepat - Jika anda menceburi Perniagaan Online secara serius atau ingin serius maka sila pastikan penggunaan perkakasan, peralatan, perisian dan sebagainya adalah betul atau menepati saluran yang sebenar. Perniagaan bukanlah seperti anda bermain “PC Games” atau permainan konsol yang lain, jika dilihat seperti hendak kalah maka di”reset” semula! Kita perlu profesional di dalam perniagaan kita, jika kita masih takut-takut berani atau takut menghadapi risiko maka peluang untuk berjaya adalah masih jauh. Sesetengah dari kalangan kita masih mengharapkan untuk mendirikan empayar perniagaan dengan barangan percuma…..sudah tentu ia memakan masa yang lama (mungkin?) atau anda tidak mengecapai kejayaan langsung.

Namun ia terpulang kepada kemampuan atau kesungguhan seseorang itu….

Contohnya anda ingin membina perniagaan online tetapi di dalam masa yang sama masih takut untuk membeli domain+hosting dan akhirnya hanya menggunakan hosting percuma sahaja. Pada masa sekarang ini hosting dijual dengan harga yang teramat murah memang murah sehingga dengan RM50 setahun anda telah mampu untuk memiliki hosting sehingga melebihi 3 Gb! Jika dikira RM50 setahun dibahagikan dengan 12 bulan maka anda hanya perlu membelanjakan RM4.15 sebulan. Adakah ia satu pelaburan yang membebankan?

Penggunaan perkakasan percuma bukanlah satu kesalahan tetapi ia akan memberikan satu persepsi negatif terhadap kredibiliti anda sebagai seorang Usahawan Internet. Tanggapan ini sedikit sebanyak akan mengganggu kelancaran prospek untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli produk anda atau tidak. Contohnya :

http://www.hostingpercuma.com/pengguna/templatepro –>> Percuma

http://www.templatepro.com –>> Berbayar

Kedua-duanya url di atas memang berbeza yang mana hosting yang berbayar akan lebih menampakkan tahap kesungguhan anda sebagai seorang Usahawan Internet berbanding link yang menggunakan hosting percuma. Malah hosting percuma kebiasaan akan dipenuhi dengan iklan-iklan yang diletakkan pada website anda.

Begitu juga dengan penggunaan autoresponder berbayar, penggunaannya sudah tentu lebih kemas dan profesional berbanding dengan autoresponder percuma. Namun mungkin masalah modal yang menjadi penghalang utama Newbie dari menggunakan autoresponder berbayar kerana harga yang ditawarkan kebiasaan sekitar $17-$19 sebulan. Namun tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan autoresponder mampu memberikan keselesaan pada anda sama ada dari aspek kerja atau hasilnya.

Pesan saya : jangan takut untuk membelanjakan wang untuk tujuan perniagaan, modal yang dikeluarkan perlu digandakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh – jika anda takut rugi!

Kesilapan #2 : Silap mencari pasaran - Perkara yang sering terjadi terutama pada Newbie. Saya sendiri pada awal-awal penglibatan saya di dalam ebiz sering juga tersilap mencari pasaran. Kesilapan ini mampu membunuh semangat anda! Jika anda pernah atau akan bertemu dengan kesilapan sebegini maka jangan mudah putus asa kerana ia merupakan asam garam di dalam perniagaan. Jadikannya sebagai peringatan agar anda tidak melakukan kesilapan tersebut buat kali kedua atau seterusnya.

Saya sendiri beberapa kali tersilap memasarkan produk kerana tidak mengikut permintaan atau kehendak pasaran yang menyebabkan hasil yang diperolehi agak lembab atau terlalu lembab kerana tidak mendapat sambutan. Oleh itu amat penting anda mengkaji pasaran agar tidak tersalah market kerana mungkin bagi sesetengah Newbie sekali melakukan kesilapan akan menyebabkan mereka PUTUS ASA atau TERSUNGKUR!

Trafik memainkan peranan yang penting bagi melariskan produk anda, oleh itu kesungguhan anda berusaha menarik ribuan trafik ke website atau blog anda bukanlah faktor utama yang menyumbangkan larisnya produk anda.

“Trafik dah banyak tapi produk tak laku-laku gak..! Nape?”

Anda perlu lihat kepada dua perkara :

  • Produk – produk anda perlulah produk yang mengikut permintaan pasaran semasa bukan mengikut kehendak selera anda
  • keyword – penggunaan keyword yang betul mampu membantu jualan anda

Kesilapan #3 : Silap menjana trafik – Kesilapan ini juga sering berlaku apatah lagi jika seseorang itu terlalu bersemangat untuk mendapatkan jualan atau terlalu takut produk tidak laris. Maka jalan pintas diambil iaitu dengan menggunakan teknik SPAM!

Banyak lagi kaedah untuk menarik trafik ke website atau blog anda iaitu sama ada menggunakan teknik :

  1. Forum atau blog
  2. Artikel atau Article Marketing
  3. Social Networking
  4. PPC
  5. dan sebagainya

Kesilapan #4 : Tidak Melakukan Follow Up – Di antara faktor yang menyumbang kepada kelesuan jualan anda juga mungkin berpunca dari sikap kita yang malas untuk melakukan follow up kepada subscriber list kita sendiri. Anda membiarkan list anda tanpa sebarang maklumat atau tindakan sehingga menyebabkan list anda tidak mengetahui apakah anda masih aktif atau tidak.

Terdapat beberapa kesilapan lain yang mungkin berlaku, contohnya :

  1. Membiarkan list anda mati tanpa sebarang maklumat dari anda – tidak berkomunikasi.
  2. Terlalu kerap follow up juga akan menyebabkan prospek anda menjadi boring
  3. Menggunakan email promosi produk affiliate yang asal – tidak diubahsuai langsung.
  4. Terlalu banyak hype atau promosi yang mungkin melampaui batas atau menjanjikan hasil yang terlalu tinggi atau kisah yang direka-reka
  5. dan sebagainya.

Namun bagi para subscriber anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk “unsubscribe” dari mana-mana list tanpa paksaan. Hanya klik link yang bertulis “unsubscribe” yang terletak pada bahagian bawah setiap email yang diterima, maka email anda secara automatik akan dikeluarkan dari list mereka dan anda tidak akan menerima email lagi.

Perkongsian ini berdasarkan pengalaman sendiri dan ia mungkin berlainan dengan anda. Mungkin pengalaman anda lebih manis dari saya? Boleh berkongsi bersama di sini …….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

9 Comments »

  • Julius says:

    Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini. Selain dari 4 kesilapan diatas, saya juga percaya satu lagi kesilapan yg sering dilakukan ialah TIADA FOKUS / TUMPUAN. Ramai newbie teruja dengan pendekatan buat duit diinternet sehingga ingin mencuba semuanya spt affiliate, adsense, survey, menjual ebook, menjual produk fizikal dan sebagainya. Pada masa ini, amat mudah untuk golongan ini terpengaruh dengan ebook2 yg ditawarkan sehingga mereka sanggup berbelanja. Akhirnya, mereka tepu atau overload dengan kepelbagaian informasi. Pada masa tu, dah tak tahu nak mula yg mana satu…akhirnya masa terbuang, wang terbuang dan yg memeritkan ialah TIADA HASIL!

    Maka, FOKUS juga harus diambilkira…cthnya, jika nak buat program adsense, buat sampai habis dan ada hasil. Kemudian barulah cuba kepada program yg lain. Tanpa FOKUS/TUMPUAN…umpama “Yg Dikendong Berciciran, Yg Dikejar Tak Dapat”

    p/s: perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan semoga kita mengambil iktibar daripadanya…apapun, saya masih baru lagi dalam bidang ini dan tunjuk ajar para IM yg berpengalaman amat diperlukan.

  • Thanks. Info yang sangat menarik. Saya mula-mula ada juga kekadang tu terlupa akan kepentingan ‘keyword’ dan ‘research’ sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Akibatnya matlamat tersasar dari apa yang diinginkan. Apa2 pun segala kesilapan harus dijadikan pengajaran dan pastikan tidak berulang untuk kali kedua.

    Elyas@Dhiaqis’s last blog post..Anak Muda, Pelajar dan Usahawan Internet Berjaya.

  • Saya tertarik dengan isu yang melibatkan pembentukan kredibiliti seseorang blogger….

    hazman aka species1980’s last blog post..ROBOT kanak-kanak

  • admin says:

    Terima Kasih kepada Julius, Elyas dan Hazman, semoga artikel tersebut membantu kita.

    Julius, fokus memang penting dan saya telah menulis mengenainya pada atikel saya sebelum ini. Kalau kita tidak fokus – semua nak sapu dibimbangi kita berlaku Information Overload dan kes ini boleh dikatakan hampir semua Newbie menghadapinya. Jalan termudah, pilih satu niche yang bersesuain dengan kita dan fokus – kalu minat Adsense, belajar tentang adsense sehingga mahir dan mampu membuat duit dengannya walaupun tak banyak tak mengapa kerana ia boleh diperbaiki.

    Thanks.

  • aizat kamal says:

    info yg sangat berguna…
    terima kasih Abooain… :)

  • admin says:

    Sama-sama aizat semoga ia membantu anda!

  • eldy says:

    wah .. nampaknya gua dah silap byk ni >.<)” ..

  • admin says:

    Takpe, kesilapan bukanlah kegagalan, kita masih boleh perbaiki….lagikan yang jatuh boleh bangun dan yang gagal boleh berjaya……go go go, you can do it!

  • AzamAbdullah says:

    salam..terima kasih diatas tips.saya dintara beratus newbie kat sana..so saya akan guna pakai tips yang best ni.syukran2

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge