7 TIP BISNES ONLINE!
Assalamualaikum,
7 Tip dari saya jika anda ingin berjaya di dalam Perniagaan Online :
1. Minat
Lakukan perkerjaan anda itu dengan penuh minat! Tanpa minat kerja yang dilakukan mungkin tidak akan sempurna dan mungkin anda akan berhadapan dengan kegagalan. Minat – mampu untuk menjadikan anda seorang yang kental apabila berhadapan dengan sebarang kegagalan, kritikan, kejatuhan, kerugian dan sebagainya. Jika anda melakukan kerja bukan atas dasar minat maka mungkin anda sukar untuk melakukannya dengan lancar kerana mungkin faktor kegagalan, kritikan dan komen akan menjadi faktor yang boleh melemahkan semangat anda.
2. Perancangan Rapi
Anda memerlukan kepada perancangan rapi dan tersusun bagi memastikan segala gerak kerja anda kemas dan tidak berterabur. Ini akan membantu anda untuk menjadikan visi dan misi anda di dalam bidang Bisnes dapat dicapai dengan lancar. Anda mungkin akan gagal jika melakukan kerja tanpa sebarang perancangan malah perancangan yang kemas akan membantu mengukuhkan perjalanan perniagaan anda. Cipta satu perancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek anda dalam dunia perniagaan.
Perancangan masa pendek mungkin boleh anda cipta setiap minggu atau bulan tetapi perlulah setiap perancangan itu mampu mencapai objektifnya bukan sekadar perancangan tanpa gerak kerja! Oleh itu letaklah objektif untuk setiap perancangan kita tersebut.
Contohnya :
Jika anda seorang Newbie, maka rancang apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Senaraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Mungkin anda boleh mulakan dengan belajar apakah yang dimaksudkan dengan Perniagaan Online, kemudian mungkin belajar tentang bentuk atau jenis perniagaan online. Selepas selesai mencapai dua perkara tersebut maka rancang pula apakah yang perlu dipelajari dari sudut teknikal sama ada belajar membina website/minisite, setup blog atau sebagainya. Begitulah seterusnya dan selesaikan satu persatu setiap perancangan tersebut bukan sekadar perancangan tanpa pelaksanaan!
3. Berusaha Bersungguh-sungguh
Perancangan yang dilakukan tanpa disusuli oleh usaha yang bersungguh-sungguh pasti perancangan kita itu tidak ke mana pun hanya tinggal sekadar perancangan di atas kertas sahaja. Perancangan anda tersebut perlu disusuli oleh usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten. Jangan sekadar hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja! Jika anda seorang pelajar maka pembahagian masa perlulah bijak agar tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar tidak terganggu.
4. Cari mentor sebagai panduan
Anda perlu ada idola tersendiri atau mencari seseorang untuk dijadikan sebagai panduan atau tempat rujukan. Terdapat ramai Usahawan Internet di luar sana yang sanggup membantu anda jika sekiranya anda benar-benar ikhlas untuk menjadikan mereka sebagai panduan. Tetapi perlulah anda tahu cara dan kaedah untuk bertanyakan sebarang persoalan kepada mereka kerana mungkin jadual mereka agak padat dan ketat serta sibuk dengan urusan mereka. Pilih waktu atau tanyakan kepada mereka waktu sesuai untuk anda bertanyakan sebarang persoalan kepada mereka. Bertanya pula perlulah beradab jangan menggunakan bahasa yang tidak sesuai atau terlalu pendek atau tanpa sebarang salam atau seumpamannya.
Contoh soalan yang tidak sesuai : “camner nak daftar paypal hah?”
Sepatutnya begini :
“Salam / Hi,
Saya Ahmad, seorang Newbie ingin tanyakan satu soalan jika tidak mengganggu saudara. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan akaun Paypal? Boleh terangkan langkah-langkahnya tak?
Terima Kasih,
Ahmad”
Jangan bersangka-buruk jika email anda tidak berbalas kerana mungkin email anda tidak diterima, tersasar ke SPAM, IM tersebut terlupa, terlalu sibuk atau sebagaimananya…..bersangka baiklah!
Jangan anda mengambil jalan mudah untuk berjaya atau mengambil kesempatan disebalik respon yang ditunjukkan oleh mentor anda itu. Maksud jalan mudah ialah minta yang bukan-bukan seperti meminta percuma sesuatu produk, meminta buatkan sesuatu untuk anda, berbual kosong melalui YM, SKYPE atau sebagainya.
Masa adalah terlalu penting buat seseorang IM!!!
5. Berani Tanggung Risiko
Memang kebanyakkan Newbie takut untuk menanggung risiko sama ada untuk menceburkan diri dalam Bisnes Online, mengeluarkan modal, membeli produk, melancarkan produk atau sebagainya. Orang yang berani kebiasaan berjaya dalam sebarang lapangan yang diceburi mereka. Memang tidak dinafikan, takut mungkin wujud di dalam hati apatah lagi jika sekiranya kita ingin melancarkan produk pertama kita ……. yang perlu anda lakukan ialah beranikan diri anda dan beryakinan!
Ramai Newbie yang saya temui takut untuk mengeluarkan modal bagi memulakan bisnes online mereka …… bagaimanakah hendak berjaya jika perasaaan tersebut menghantui anda! Jika anda takut hendak mengeluarkan modal yang besar maka cuba usahakan untuk kecilkan modal yang dikeluarkan. Bukannya tidak mengeluarkan modal langsung!
6. Jangan mudah menyalahkan orang
Salah satu sikap yang tidak elok ialah suka menyalahkan orang lain di atas sebarang kegagalan! Mungkin kegagalan anda berpunca dari sikap diri anda yang tidak pandai memanfaatkan peluang atau terlalu berhati-hati, takut, kedekut atau sebagainya. Saya ada berjumpa dengan beberapa orang yang menyalahkan beberapa produk dari IM yang dah OTAI di Malaysia kerana bagi mereka produk tersebut indah khabar dari rupa dan tidak berjaya membantu mereka untuk mendirikan perniagaan internet sedangkan produk yang mereka kata itulah yang telah membantu saya mendirikan perniagaan online saya sendiri! Lihat, apakah faktor kegagalan mereka sebenarnya?! Ya, sudah tentu diri mereka sendiri!
7. Jangan putus asa
Jangan putus asa! Jika produk pertama anda kurang sambutan maka anda perlu lakukan ‘Post-Mortem‘ bukan mengundurkan diri atau berhenti melakukan kerja tersebut. Terus berusaha dan berusaha kerana kejayaan tidak datang bergolek dan mungkin kejayaan akan datang selepas kegagalan pertama anda.
8. Berdikari
Maksud saya berdikari di sini ialah jangan terlalu bergantung kepada orang lain. Perbuatan tersebut mungkin akan menyebabkan anda kecewa jika sekiranya harapan anda tidak dipenuhi. Berusahalah terlebih dahulu sebelum bertanya kepada orang lain. Kalau tidak berjaya menyelesaikan masalah jangan gelabah, check satu persatu jika sekiranya ia melibatkan dari sudut teknikal …… trial & error juga adalah penting!
Itu merupakan tip ringkas dari saya, jika anda anda tip-tip yang boleh dikongsikan bersama, maka sila kemukakan di sini untuk sama-sama kita manfaatkan.
Popularity: 2% [?]
No related posts.













.gif)



alamak!…dah terkena batang hidung sendiri. Teguran yg amat membina. Terima kasih sdr. abooain.
Meskipun dah beli beberapa ebook drp IM tempatan, saya masih berusaha bersendirian dan banyak melakukan trial and error dalam menceburi bisnes on-line ini.
Pakteh, saya dulu pun terkena batang hidung sendiri gak …… sama je! Janji kita ikut pengalaman dan tip tu.
leephian, yup, trial & error adalah asas kepada kejayaan gak tu….. kepuasan tidak terhingga jika sekiranya kita berjaya menemui hasil setelah cubaan demi cubaan dilakukan.