Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Atasi Masalah ‘PRODUK OVERLOAD’

Submitted by on 26/05/2009 – 8:57 am6 Comments

Assalamualaikum,

Product Overload – sering berlaku kepada Newbie atau orang yang baru menjejakkan kaki ke dunia shockPerniagaan Internet. Information Overload dan Product Overload seumpama 2 ombak Tsunami yang melanda Newbie, boleh menumbang dan menghancurkan semangat dan keazaman seseorang Newbie.

Kebiasaannya, seorang Newbie akan mendownload sebarang produk informasi atau teknikal percuma yang dijumpainya sama ada untuk dibuat bahan bacaan, rujukan atau ‘simpanan tetap’ dalam Hardisk. Saya dulu pun camtu gak, asal jumpa produk free terus download dan simpan…. akhirnya fikiran menjadi buntu kerana tidak tahu apa hendak dilakukan dengan produk-produk tersebut. Kalau anda seorang peminat ‘Giveaway’ mungkin bertambah-tambah banyak lagi la produk yang hendak disimpan. Habis takkan nak simpan camtu je, rugi le!

Apa nak buat dengan produk-produk tu?

Saya berikan beberapa ‘solution untuk anda :

  1. Asingkan produk-produk tersebut – Buat folder khas bagi produk RR, MRR, PLR dan Personal Use., kemudian di dalam setiap folder tersebut pula anda perlu asingkan jenis-jenis produk sama ada grafik, ebook, report, software, script dan sebagainya.
  2. Jika anda memiliki produk PLR, maka ia amat berguna untuk anda jadikannya sebagai produk anda sendiri. Boleh ubahsuai produk-produk PLR tersebut menjadi produk anda sendiri. Jadikan ia lebih unik dan berbeza dari produk asal.
  3. Bina mailing list – anda boleh membina email list anda sendiri dengan menjadikan produk-produk tersebut sebagai ganjarannya terutama produk PLR. Sila rujuk terma dan syarat bagi setiap produk.
  4. Produk Personal Use pula boleh anda jadikan sebagai bahan rujukan – lebih baik diprint keluar dan binding untuk tujuan rujukan di masa depan. Anda boleh menjadikannya sebagai bahan untuk idea bagi isi blog, topik forum dan sebagainya.
  5. Produk-produk RR, MRR atau PLR pula boleh dijadikan sebagai bonus produk anda.
  6. Aritkel PLR boleh digunakan untuk artikel marketing atau kandungan blog dan website
  7. Bermacam-macam lagi boleh dibuat

Konklusinya, jika anda tidak tahu apa yang hendak di buat dengan produk-produk percuma yang akan di download itu nanti, nasihat saya jangan download! Ia merugikan masa anda dan menyempitkan ruangan hardisk anda dengan bahan-bahan yang tidak diketahui kegunaannya. Kita sedia maklumkan, seseorang usahawan internet akan mudah tersungkur jika dia “tidak buat apa-apa”….. Seorang usahawan internet yang berjaya ialah yang cepat merebut peluang yang ada di depan mata – sentiasa memerhatikan produk-produk yang ada dalam simpanan, fikir bagaimana hendak mendatangkan duit dengan produk-produk tersebut atau bagaimana nak pasarkan. Jangan sekadar download semata-mata, asalkan ada produk percuma kitalah yang pertama download kemudian produk-produk tersebut berdebu dalam hardisk!

Apa pun yang anda lakukan – sila pastikan anda lakukan sesuatu, walaupun sekadar mengambil masa beberapa minit, jam, hari, minggu atau bulan. Selagi anda ‘melakukan sesuatu’, Insya-Allah anda tidak akan mudah tersungkur.

Langkah pertama kebiasaannya sukar!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 3% [?]

No related posts.

Facebook comments:

6 Comments »

  • kebanyakan newbie macam saya masih bermasalah nak buat mail list yang efektif dalam kata lain – targeted market

  • Julius says:

    Dlm hal ni, saya fikir FOKUS merupakan aspek yg penting utk mengelakkan limpahan maklumat. Jika nak jadi usahawan adsense, hanya dptkan informasi tentang adsense sahaja dan boleh abaikan informasi tentang affiliate, reseller atau bidang lain.

    Dengan ini, akan lebih menumpukan kepada bidang yg anda ceburi disamping menjimatkan space hardisk anda :) . Apabila ada penumpuan, maka apa yg anda buat akan lebih efektif.

  • abgzol says:

    ..satu tips yg sgt bagus & memang itu yg aku praktikkan. untuk mengelakkan HD penuh..burn semua produk2 yg di download tu ke dalam dvd. tetapi spt yg Abooain kata asingkan dulu mengikut folder jenis produk supaya senang nak rujuk atau cari di kemudian hari. produk2 yg ada lesen MRR & PLR tu sgt membantu utk membina mailing list..malah dlm melariskan jualan kalau dijadikan sbg bonus tambahan. terima kasih Abooain kongsikan tips ni :)

    abgzol’s last blog post..REVIEW: Teknik Pemasaran Blog v1.0

  • benbaz says:

    Situasi saya sebijik macam tajuk yg abooain tulis. Pantang jumpa, terus download. Akhirnya jadi pekasam…pasni nak listkan semula ikut kategori. Saya ni beli produk pun dah macam2. Tapi satu habuk pun projek (cari duit) tak start. Tak ada idea produk apa nak buat.

  • Ini lah yg sedang amalkan setelah membaca post dr Abooain.
    Terima kasih Abooain.

    Tiap kali nk beli sesuatu produk tu sy akan tanya diri sendiri apa nk buat dgn produk ni pasni.

    Sama juga nk opt-in. Tanya perlu ke tak benda free yg depa bagi tu

  • [...] Itulah yang saya lakukan dan ia mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak. Begitu juga dengan Product Overload dek terlalu banyak beli produk sampaikan tak tahu nak buat apa! Anda boleh rujuk post ‘Atasi Masalah Product Overload‘ [...]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge