Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

ATTENTION WAR 2 : 3 UNSUR PENTING!

Submitted by on 23/11/2008 – 8:34 pm6 Comments

Assalamualaikum,

Bagaimana cara untuk menjadikan website / minisite anda lebih bermaya, ceria atau profesional?

Anda perlu memenangi hati pelawat anda dengan website anda agar mereka terus ‘melekat’ dan sekaligus menukar mereka menjadi seorang pembeli yang setia.

Tahukah anda website yang buruk atau tidak profesional sedikit sebanyak akan menghilangkan kepercayaan pelawat untuk membeli produk yang ditawarkan oleh anda atau sekurangnya membaca surat jualan anda sehingga habis.

Jadi, bagaimana cara untuk menjadikan website anda kelihatan profesional sekalipun anda adalah seorang NEWBIE?!

Ya! terdapat beberapa unsur atau perkara yang perlu anda titik-beratkan bagi memenangi hati ‘Potential Customer’ anda dan ianya mampu untuk memberikan keyakinan kepada mereka sekalipun anda seorang yang masih baru dalam dunia Bisnes Online ini.

Web 2.0 merupakan salah satu elemen terpenting di dalam proses untuk menjadikan website anda kelihatan profesional dan sekaligus meningkatkan jualan di website anda. Oleh itu jangan abaikan kelebihan yang ada pada Web 2.0 ini, manfaat kelebihan yang ada pada Web 2.0 ini sepenuhnya!

3 Perkara yang perlu anda tekankan pada minisite anda iaitu :

1- Website / Minisite – boleh saya umpamakan seperti sebuah kedai yang bertindak sebagai satu alat pemasaran yang terpenting buat anda sama seperti Offline. Baiklah saya berikan contoh : Anda ingin membeli sebuah kereta baru maka anda telah berjumpa dengan 2 orang salesman dari 2 syarikat yang berbeza. Kedua-dua penjual ini telah menawarkan kereta baru yang canggih dan hebat. Salah seorang jurujual tersebut kelihatan pakar dan fasih bercakap dan nampak cam bijak dari sudut ilmiah, teknikal, dan kelihatan menarik dari sudut fizikal seperti pemurah, banyak senyum, sanggup berikan beberapa ‘gift’ dan sebagainya. Manakala seorang lagi pula kelihatan agak selekeh, muka tidak ceria, kurang info dan sebagainya.

Jadi, yang mana satukah penjual yang telah menarik perhatian anda?

Begitulah juga dengan website anda yang bertindak seperti seorang jurujual bagi anda dan bekerja 24/7 di dalam Internet. Jadi sudah tentu anda inginkan penampilan ‘jurujual’ anda tersebut cantik, menawan, hebat, memukau dan mempunyai maklumat yang betul, lengkap dan menarik! Bukan?

Oleh itu sebagai seorang Usahawan yang profesional sudah tentu akan memastikan jurujual atau agen mereka dalam keadaan smart, profesional dan sejuk mata memandang! Barulah pelawat berani datang dekat!

Ok, jadikan website anda menarik, profesional dan jangan lupa konsep Web 2.0!

2- eCover Produk – Salah satu daya penarik bagi pelawat ialah eCover bagi produk anda. eCover merupakan salah satu elemen terpenting di dalam proses untuk menjadikan website anda kelihatan menarik dan profesional. Penangan eCover mampu untuk menjadikan pembeli seakan-akan membeli produk fizikal kerana keunikan sesuatu eCover tersebut dan betapa realistik hasil kerja tersebut.

Anda bukan sahaja mampu menaikkan jualan anda malah anda secara tidak langsung akan menaikkan kepercayaan para pelawat dan pembeli anda terhadap hasil kerja anda yang kelihatan profesional itu.

Yang mana satu menarik perhatian anda?

3- Grafik / Icon – Grafik-grafik seperti icon, arrow, bullet, check, photo, killer text dan sebagainya memainkan peranan yang amat besar di dalam menjadikan minisite anda lebih ceria dan menarik berbanding jika sekiranya anda hanya meletakkan surat jualan semata-mata tanpa sebarang gambar atau grafik, sudah tentu memboringkan betul tak? Jadi di sini terletaknya peranan grafik di dalam ‘mencuri’ perhatian pelawat agar mereka tidak ‘boring’ terhadap minisite anda. Ingat, anda hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk menarik mereka agar terus kekal pada minisite anda. Jangan lepaskan peluang tersebut!

…… dan banyak lagi yang boleh dititikberatkan bagi menarik perhatian pengunjung anda.

Insya-Allah, saya akan cuba berikan beberapa produk yang boleh membantu anda untuk menjadikan website / minisite anda profesional.

Produk rujukan :

www.binaminisite.com
www.headerscreator.com
www.pakejwebtools.com/killertext

Graphics Tools – Koleksi grafik terkini 300Mb – Akan menemui anda sebelum penghujung November!
eCover Jualan – Action Script untuk membina eCover produk anda – Akan menemui anda penghujung November!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

6 Comments »

  • idea blog says:

    YUp , penggunaan warna , ruang, rupa adalah unsur yang harmoni jika diadunkan dengan baik. Penggunaan warana kontra adalah untuk penegasan atau menarik perhatian .

  • miora says:

    Saya akan beli produk ini sedikit masa lagi. Nampak menarik….

  • idea blog says:

    Saya cadangkan saudara tambahkan plugin commentluv dan dofollow untuk memudahkan reader membuat backlink dengan blog ini. Itu pon jika saudara tidak keberatan.

  • admin says:

    idea blog, betul tu sebenarnya masih banyak tip untuk menjadikan website anda kelihatan profesional, perkara ini dah pun disebut di dalam ebook-ebook percuma dari pakar-pakar grafik.

    Blog saya memang dah ada plugin commentluv atau apakah maksuda saudara tersebut. Do Follow akan saya tambahkan, dont worry!

    Miora, insya-allah jika tidak ada sebarang masalah besok saya akan lancar tetapi jika tertangguh pun saya akan buka untuk subscriber terlebih dahulu dengan tawaran yang lebih istimewa!

  • Afzai Afandi says:

    Abooain…

    demo dah launching ke belum produk graphic tools tu. Apapun sekalung tahniah deh :)

    Afzai Afandi’s last blog post..Contest End of The Year

  • admin says:

    Dok lagi AA, server tak stabil lagi ni, kawe sendiri pun demam 2 hari tak mengadap PC lagi tambahan pula banyak produk yang lunch akhir-akhir ni. Beri laluan pada orang lain dulu tetapi GT tu saya dah war-warkan untuk subscriber.

    Thanks!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge