Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

ATTENTION WAR – GRAPHICS TOOLS

Submitted by on 17/11/2008 – 8:45 pm5 Comments

Assalamualaikum,

Terdapat sesetengah Newbie yang menjadikan faktor kemahiran di dalam ber’grafik’ adalah salah satu faktor penghalang buat mereka untuk membina website atau minisite. Kurang berkemahiran di dalam ber’Adobe’ atau Ber’GIMP’ untuk proses pembinaan minisite / grafik menjadi masalah besar bagi sesetengah Newbie kerana kerumitan untuk menggunakannya.

Grafik merupakan salah satu perkara asas atau rukun bagi sesebuah minisite atau website. Grafik mampu untuk menarik / mencuri perhatian pengunjung malah mampu untuk mengheret mereka untuk membeli sesuatu produk yang ditawarkan – ianya merupakan salah satu faktor pembantu bagi tujuan itu. Jadi, jangan pandang remeh terhadap faktor grafik di dalam menarik perhatian pengunjung anda!!! Malah grafik yang berkualiti dan profesional mampu untuk menukar pengunjung biasa kepada pembeli yang berpotensi dalam hanya beberapa saat sahaja!

Ini fakta bukan auta! Grafik merupakan salah satu senjata rahsia IM terutama IM antarabangsa yang mampu untuk menarik sehingga 300% subscriber. Untuk pengetahuan anda, beberapa saat diperlukan untuk ‘mengikat’ pengunjung website agar terus ‘melekat’ pada website anda itu. Jika tidak, mereka akan meninggalkan website anda dan mungkin tidak kembali lagi!

Attention War merupakan satu istilah bagi menunjukkan persaingan di kalangan IM dari sudut grafik sama ada minisite, icon, ecover atau seumpamanya bagi tujuan menarik perhatian pengunjung agar terus melekat di website mereka dan mengubah penunjung itu menjadi seorang pembeli setia. Di dalam peperangan ini para pesaing anda akan berusaha sedaya-upaya untuk ‘mencuri’ pengunjung dan pelanggan anda untuk di bawa ke website mereka. Oleh itu anda hanya mempunyai masa beberapa saat sahaja untuk mengikat pengunjung agar terus melekat pada website anda dengan hiasan grafik yang profesional dan berkualiti ….. jika tidak, pengunjung akan meninggalkan website anda dan tidak lagi kembali!

Ingat, setiap hari semakin bertambah Newbie yang membina perniagaan internet sendiri bermakna semakin bertambah pesaing anda di persada Online ini. Oleh itu senjata pembunuh yang mampu untuk menumpaskan pesaing anda ialah Grafik! Jadikan minisite, grafik, ecover, header, footer, icon dan sebagainya lebih menarik dan profesional agar pengunjung terus ‘melekat’ untuk pada minisite anda. Tahukah anda beratus-ratus pesaing anda diluar sana berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan website mereka agar kelihatan profesional dan menarik.

Ada beberapa cara untuk menjadikan grafik anda menarik dan profesional :

  1. Upah Designer Profesional – Cara ini sudah tentu memerlukan kepada kos yang tinggi dan anda perlulah menyediakan kos yang mungkin mencecah ratusan RM! Harga grafik yang bermula dari Header, footer, icon, minisite, ecover dan sebagainya adalah bergantung kepada pengalaman seseorang designer, semakin pro maka sudah tentu makin mahal kerana kualitinya semakin tinggi.
  2. Bina Sendiri Grafik Anda – Anda tentunya memerlukan kemahiran tinggi untuk membina sendiri semua grafik anda! Malah sudah tentu pula memakan masa agak lama. Namun ianya mungkin satu pilihan terbaik jika sekiranya anda mampu untuk melakukannya ….. kerana anda telah jimat hampir 100%!!!
  3. Beli Pakej Grafik Segera / Instant Graphics – Cara ini adalah cara yang boleh digunakan jika sekiranya anda tidak mampu dengan 2 cara di atas. Pakej grafik adalah jalan mudah, cepat dan menjimatkan untuk anda. Saya sendiri suka menggunakan kaedah ketiga ini walaupun saya boleh menggunakan kedua-dua kaedah di atas. Saya lebih suka membeli template minisite PLR kerana boleh diubahsuai, dijual dan boleh buat apa sahaja. Saya akan menggunakan teknik ‘Outsource’ jika sekiranya produk yang hendak dilancarkan itu adalah produk MEGA, ketika itu barulah khidmat designer lain diperlukan kerana masa itu amat penting – itu pun saya tidak Outsource semuanya hanya sebahagian kecil je!

Jadi anda sebenar telah dihidangkan pelbagai cara dan kaedah untuk memudahkan kerja anda, yang perlu dilakukan hanyalah mencari, mencari dan mencari.

P.S – Nantikan 3 produk dari saya yang berkaitan dengan Grafik iaitu Koleksi Grafik, Video Tutorial Guna Adobe Untuk Bina Minisite & Video Tutorial Guna GIMP Untuk Bina Grafik

Ok, jumpa lagi.

perniagaan internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2% [?]

No related posts.

Facebook comments:

5 Comments »

  • ideablog says:

    saya tunggu , saya adalah peminat grafik

  • copernicus says:

    aik? saya ada wat komen sebelum ni… tapi tak adalah pula… bro dapat ke tak ya, komen saya yang sebelum ni… :)

    anyway, really is a great post! thanks a lot ya!

    p/s: perang…!!! :D

  • admin says:

    Ok, sekarang dalam proses terakhir, maaf sepatut dah lancar tetapi disebabkan sibuk dengan beberapa kerja offline menyebabkan agak lewat dari perancangan awal.

    Copernicus, saya tak ada menerima sebarang komen dari kao! Saya dah check dalam spam list pun tak ada…..mungkin terbabas disebabkan server down kot. Sama-sama.

  • 4mula7 says:

    Salam saudara abooin.Syabas,tahniah and well done from or dari saya 4mula7…Pastikan gegar kali ini ye.. tambahkan kepada koleksi pakej grafik paling lengkap Version 3.0 …untuk tambatan pelawat 2009 akan datang. 4mula7 yakin you akan mendahului mereka dalam pakej grafik version 3.0 paling lengkap pernah dikeluarkan dipasaran malaysia seterusnya untuk pasaran luar. Pastinya usaha you akan buahkan hasil yang you harapkan selama ini setelah berusaha tanpa jemu pelajari semua bidang dalam IM dan grafik. Syabas tulus ikhlas sesungguhnya hanya dari saya 4mula7 atau formula7 istimewa dan khas hanya untuk anda aje dan rakan-rakan yang ingin ikut jejak mereka.Beliawan,Usahawan,Jutawan,Dermawan yang sungguh budiman.Sekian wassalam.

    4mula7’s last blog post..Formula7 or 4mula7 Very Hot Top Magic Miracle ECover Profits 2009

  • admin says:

    Terima kasih 4mula7, pakej grafik kali ini adalah pakej grafik terkini tetapi tidaklah gempak seperti Pakej Web Tool I yang mempunyai lebih banyak grafik. Pakej yang akan saya lancarkan ini sederhana sahaja dan terdapat beberapa grafik yang mungkin tidak banyak dijual diluar sana kerana memerlukan pendaftaran khusus.

    Insya-Allah, saya akan keluarkan pula selepas itu Siri Grafik Tool yang mengandungi 2 jenis grafik terkini dari saya setiap bulan, Insya-Allah.

    Terima Kasih di atas sokongan anda! :)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge