Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

BERMINAT DENGAN EBIZ ?

Submitted by on 28/06/2007 – 12:14 pmNo Comment

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga sihat ye…….tulisan saya kali ini adalah untuk menjawab beberapa soalan dan pertanyaan dari para pelanggan saya terutama pelanggan WEB TOOLS I & WEB TOOLS II Kebelakangan ini saya ada menerima email dari pelanggan atau subscriber yang bertanyakan tentang beberapa perkara, antaranya ialah :

  1. Bagaimana cara untuk berniaga online atau ebiz?
  2. Apakah MRR/RR/PLR dan sebagainya?
  3. Bagaimana nak pasarkan produk-produk tu?
  4. Minta bagi tips untuk berniaga internet ni, boleh tak?
  5. Bagaimana saudara mulakan perniagaan internet ini?

Itu antara sebahagan soalan-soalan ‘cepu emas‘ yang saya terima dari pelanggan. Alhamdulillah, sebab dari satu sudut mereka mula berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet ni. Dari sudut yang lain pula, saya bimbang jika penerangan saya nanti masih tidak memenuhi kehendak mereka. Namun kesimpulannya tanamkan azam untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet ni, kemudian belajar step by step secara perlahan-lahan agar dapat memahami setiap langkah dengan lebih mendalam. Saya bermula dengan ’0′ sewaktu mula-mula menjejakkan kaki dalam perniagaan online ni, namun saya belajar satu persatu sehingga memakan masa 4 bulan sebelum saya mengeluarkan produk pertama saya iaitu Web Tools : Best Collections. Kenapa 4 bulan ye? Sebab pengetahuan saya tentang ebiz ni adalah ’0′ jadi saya mula mencari ebook-ebook percuma untuk belajar selok-belok dunia ebiz ni, kemudian beli pelbagai jenis ebook yang menceritakan dunia perniagaan internet ni. Sehinggalah ke hari ni, saya baru je mengetahui sikit-sikit tentang ilmu ebiz ni dan masih terlalu banyak lagi ilmu ebiz untuk ditimba oleh saya. Kesimpulannya, tanamkan azam dan mula dengan bersungguh-sungguh, melakukan dengan penuh kesabaran dan jangan lupa faktor utama iaitu sentiasa berdoa agar diberkati segala urusan. Bagi yang ingin memiliki ebook percuma, saya telah kumpulkan lebih dari 40 buah ebook Perniagaan Internet menjadi satu koleksi yang menghimpunkan pelbagai jenis panduan ebiz bermula dari A-Z, saya telah pun review koleksi ini di dalam tulisan saya yang sebelum ini sila rujuk semula :

http://www.epustaka.com/blog/page/3/

Baiklah, hari ini tulisan saya berkisar tentang soalan-soalan ebiz ni, bagi soalan pertama tu saya rasa saya dah ada jawapannya iaitu jawapan yang telah diberikan oleh Saudara Zul (Smartusaha) di dalam blognya iaitu PANDUAN EBIZ PERCUMA beliau telah menceritakan tips dan panduan yang sangat jelas lagi terang, sila rujuk blog beliau (Terima kasih Sifu Zul- Tose Sifu!!!).Namun untuk tidak menghampakan anda semua, saya akan berkongsi beberapa tips ringkas untuk anda memasarkan produk MRR atau RR dan sebagainya ini. Terdapat banyak cara sebenarnya untuk memasarkan produk-produk MRR/RR ni antaranya :

  1. UPSELL – Apabila anda memasarkan produk anda sendiri (bagi yang telah ada produk), adakan satu tawaran istimewa atau tawaran hebat seperti jika beli satu jenis produk anda, pelanggan akan mendapat harga RM40 contohnya, jika beli dua dapat RM70, atau jika beli dengan produk B dapat harga istimewa atau seumpamanya. Atau anda boleh adakan Laman Membership dengan potongan harga hebat atau yuran murah setiap bulan jika membeli produk anda tersebut. Atau anda adakan JV dengan mana-mana IM lain untuk memasarkan produk mereka dengan keistimewaan-keistimewaan tertentu.
  2. BACKEND – Tawaran khas sama ada berbentuk ‘One Time Offer‘ atau sebagainya yang ditawarkan selepas pelanggan membeli produk anda, iaitu diletakkan di laman terima kasih (Thank You Page), anda boleh meletakkan harga yang berpatutan di sini, maklumkan di situ bahawa tawaran ini hanya ditawarkan pada waktu itu sahaja dengan harga yang telah anda tentukan.
  3. REPACKAGE – atau anda pakejkan semula semua produk-produk anda yang berbentuk MRR/RR tersebut dalam satu pakej dan anda boleh naikkan harga dari harga yang biasa anda tawarkan. Jika anda mempunyai produk Master Resell Right (MRR) anda sebenarnya telah mempunyai ‘produk emas‘ kerana ia merupakan lesen bagi anda untuk memasarkan semula produk tersebut dan memberikan hak RR kepada pembeli anda. Contohnya produk WEB TOOLS I & WEB TOOLS II saya le …….. :)
  4. GIVE AWAY – Anda boleh memberikan kepada pelanggan anda secara percuma (jika dibenarkan, sila baca terlebih dahulu lesen yang kebiasaanya disertakan dalam setiap produk MRR/RR dsbnya) sama ada anda menawarkannya dalam laman Optin untuk mengumpul para pelanggan bagi kegunaan anda di kemudian hari kelak.

Bagi para pembeli WEB TOOLS I & WEB TOOLS II, banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memasarkannya terpulang kepada kreativiti anda semua, sama ada menjualkannya satu persatu secara berasingan atau anda pakej sendiri mengikut kehendak anda, atau pakejkan dengan produk anda yang sedia ada. Bagi yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan MRR/RR/PLR dan sebagainya, saya akan jelaskan secara ringkas ye….harap puas hati… :)

  1. MRR atau Master Resell Right ialah produk yang disertakan Lesen atau Hak menjual semula produk tersebut dan diberikan pula Hak atau Lesen untuk anda berikan RR atau Resell Right kepada pelanggan anda. Produk MRR ini merupakan produk yang menguntungkan kerana anda akan dapat keuntungan 100% hasil dari menjualnya. Namun jangan lupa untuk membaca terlebih dahulu lesen atau syarat yang kebiasaannya disertakan bersama-sama produk agar anda tidak melanggar etika dan syarat yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya.
  2. RR atau Resell/Resale Right – ialah produk yang disertakan hak untuk anda menjual semula produk tersebut tetapi tidak dibenarkan anda untuk memberikan hak RR itu kepada orang lain atau pembeli anda. Hanya anda seorang sahaja yang dibenarkan menjual produk RR ini. Anda juga seharusnya merujuk kepada syarat dan terma yang disertakan bersama-sama produk ini.
  3. PLR atau Private Label Right / Un-restricted PLR atau produk yang menjadi milik penuh anda dan anda bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap produk ini, namun anda juga perlu merujuk kepada terma dan syaratnya terlebih dahulu. Anda diberikan kebebasan untuk mengubah-suai produk, meletakkan nama anda sebagai author atau penulis produk tersebut, menjualkannya mengikut harga anda sendiri begitu juga dengan semua benda yang disertakannya seperti template, sales letter dan sebagainya.
  4. Rebranding Rights / Un-Restricted Branding Rights lebih kurang sama dengan PLR dan kebiasaannya anda dibenarkan untuk membuat penjenamaan semula terhadap sesuatu produk Rebranding Rights ini dengan menjadikan produk tersebut sebagai produk anda dengan jenama atau logo anda sendiri, mengubah-suai ‘source code’ produk dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan membenarkan anda menjual setiap produk berasingan, menjual semua produk dalam satu pakej, menjual Resell Rights, menjual Private Label Rights, menjual di Web Lelongan Online, memberi secara percuma, memberi percuma Resell Rights, memberi percuma Label Rights, menawarkan sebagai Bonus, menawarkan sebagai insentif Subscriber, mengubah code perisian, mengubah Grafik, mengubah sales page, meletakkan sebarang harga, membina perisian bagi Membership site anda, membina jenama baru dan melakukan apa saja yang anda kehendaki!

Namun perkara terpenting ialah anda hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada syarat dan terma yang mereka sertakan di dalam setiap produk agar anda tidak melakukan sebarang pelanggaran hak penciptanya.

Rasanya dah panjang ni, kalau ada sesape nak tambah atau komen dipersilakan, insya-Allah di lain waktu kita akan bertemu lagi. Moga berpuas hati ye……..Terima Kasih

Untuk panduan anda boleh rujuk ebook percuma ini di sini : PLR CC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: unranked [?]

No related posts.

Facebook comments:

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge