Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Blog (2)

Submitted by admin on 22/03/2010 – 11:21 am9 Comments

Assalamualaikum,

Ketika mula-mula memiliki blog mungkin kita amat rajin menulis artikel setiap hari kadang-kadang mungkin lebih dari satu post, bukan? Namun sesetengah orang tidak mampu untuk mengekal frekuensi post tersebut selama-lamanya ia akan semakin hilang semangat secara berperingkat.

Bagaimana hendak mengelak berlaku demikian?

Bagi mengelak kejadian ini berlaku, kita perlu menetapkan jumlah post yang hendak dilakukan dalam seminggu atau sebagainya. Jika anda ada rakan sebilik, rakan kongsi, pekerja atau sebagainya, anda mungkin boleh berkongsi idea dengan mereka dan lantik mereka menjadi co-blog agar beban blogging boleh dikongsikan bersama-sama. Cara ini mungkin boleh memberikan brainstorming idea untuk posting. Tentukan jumlah posting blog dalam tempoh seminggu atau 2 minggu dan sebagainya.

Bagi sesetengah orang berblogging sorang-sorang ini kadang-kadang boleh ‘mati kutu’ dibuatnya., oleh itu merancang dan buat jadual untuk blog adalah cara terbaik. Rancang apa yang hendak ditulis, tulis di nota dan lekatkan di PC atau dinding, bila idea dah datang terus je tulis satu persatu di blog anda.

Ada beberapa idea dan tip :

1- Menulis mengikut minat dan kepakaran anda

Biasanya jika anda memang betul minat kepada satu-satu pekerjaan atau sesuatu perkara, idea sentiasa je datang. Paling baik menulis mengikut idea dan pendapat anda sendiri mengenai sesuatu perkara. Kalau anda berblogging hanya sekadar suka-suka atau ikut trend, rasa-rasanya tak ke mana pun.

2- Penulis luar

Anda boleh juga mengupah atau membuka blog anda untuk penulis-penulis luar. Ini juga merupakan salah satu cara untuk memperbanyakkan ‘content’. Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang masalah post anda setiap minggu.

3- Artikel PLR

Guna je artikel-artikel PLR atau ebook PLR – buat ulasan atau terjemah ke dalam BM agar semua orang boleh baca dan dapat maklumat. Anda pun mampu jimat kod dan masa kerana tidak perlu memerah kepala mencari idea atau mengeluarkan kos untuk mengupah ‘penulis hantu’ atau sebagainya.

4- Penulis Tetamu

Anda juga boleh menjemput rakan-rakan anda atau sesiapa pun untuk menjadi penulis di blog anda. Cara ini mampu untuk menjadikan blog anda mempunyai artikel yang segar sentiasa. Cara ini sebenarnya akan memberikan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak iaitu penulis tersebut mendapat keuntungan dari sudut kredibiliti dan menunjukkan kepakarannya dan ilmunya kepada orang ramai.

5- Ghostwriter

Mengupah penulis hantu untuk menulis artikel blog anda dan meletakkan nama anda sebagai penulis- hehehe cara ini bagi mereka yang sanggup keluarkan kos. Anda boleh meminta mereka menulis untuk anda bagi sebarang tajuk post atau mengikut topik yang anda ketengahkan kepada mereka.

Bagi anda apakah cara terbaik untuk mengekalkan penulisan blog anda?

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 23% [?]

No related posts.

Facebook comments:

9 Comments »

  • Hafizi says:

    blog memang memainkan peranan yang penting,tambah lak kalau blog peribadi…apa-apa je aktiviti,mesti update…ibarat macam diari la pulak….blog skrg nie macam-macam ada…yang buat bisnes,peribadi,berita malah gosip pun ada….Kawalan terletak pada diri sendiri,jangan melanggar tatasusila dan sensitiviti masyarakat dah la….

    Ada ilmu,kongsi-kongsikanlah di blog….saya selalu ke gengblogger untuk tengok ada blog yang bagus-bagus dan boleh cari idea….urmmm!!

  • Assalamualaikm syeikh…

    Benar sekali, blog sangat memainkan peranan penting. hehe, post ini banyak menjawab persoalan saya…

    Lagi satu, kalau nak idea untuk tulis artikel, banyakkanlah membaca… anda akan mendapati penulisan anda benar-benar berkualiti…

  • Mempunyai blog adalah satu tanggungjawab
    Apbl dah ada blog nak tak nak kena kemaskinikan…
    Bergantung kepd pilihan seseorang nak kemaskini mengikut jadual berkala ataupun sesuka hati apabila da idea..
    Yg penting kemaskinikan blog, tp jgn terlalu lama plak tidak update sehingga berkarat plak blog tu :P

    ps: suka tips yg no.3
    aktechpage.com´s last blog ..isuhangat.net: Adakah Yang Terhangat?? My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    sejak berblogging julai 2007..saya banyak menggunakan kaedah “tip 1″ dan melalui pembacaan buku serta majalah. Selebihnya saya menggunakan teknik “meta marketing” iaitu membuat ulasan tentang isu2 hangat/sensasi di negara kita.

  • mancai says:

    salam, salah satu adalah mengenalkan diri dengan pelanggan yang kita bertanggungjawab sebagai seorang yang benar2 serius dalam arena atau bidang yang kita ceburi. Setuju! update tetap kena uptade… kalau tak sapa nak singgah… huhuhu
    mancai´s last blog ..Pengenalan Drupal My ComLuv Profile

  • farahaznil says:

    kena ada disiplin dan selalu ziarah blog org lain..kadang2 bila kita ziarah blog org..kita bukan je boleh dpt idea dan maklumat..malah belajar cara penulisan mana yg perlu diikut menjadi perhatian org ramai..bukan tulis pakai ikut syok sendiri je…hahahaha..untuk mengekalkan rutin seharian mengupdate blog bukan lah ssh sebenarnya..mcm post lepas..klu ada minat..mst panjang lebor kita nak menulis kan??haha..klu mls sngt pun jnji ada post ringkas pun jd..bila dah lama-kelamaan dah terbiasa dgn rutin sebegini..maka bila tak update blog akan rasa satu kekurangan dalam diri anda..percayalah..hi hi hi..
    farahaznil´s last blog ..Basuh kaki sebelum tidur . My ComLuv Profile

  • Hafizi says:

    sentiasa update blog merupakan satu ‘diari kehidupan’ bagi kita….kalau update pasal diri- sendiri la kan….kalau update pasal artis,jadi blog artis pulak…kalau perniagaan,blog perniagaan dsb….apa yang penting,satu niat untuk melahirkan blog yang bagus dan berkualiti….jangan gunakan blog untuk melepaskan amarah,dendam,kutukan,cacian kerana mungkin kita tak rasa apa-apa semasa menulis tapi ada yang akan terasa..waspada pada penulisan dan berhati-hati bila menaip…Tulisan ibrat mulut yg berkata-kata…..JADIKAN KISAH TERDAHULU SEBAGAI PEDOMAN!!

  • Betul, Tulisan mestilah tidak terlalu berat dan tidak terlalu santai sehingga banyak short form…

    Satu kelebihan menulis dengan professional adalah, penulisan tersebut boleh dibukukan kelak… =)

  • Afzai Afandi says:

    pernah terfikir jugak untuk bukukan apa yang telah ditulis sepanjang berblog.Kalau nak dijual mustahil untuk dapat pembeli, jadi lebih baik diberi percuma..hehe
    Afzai Afandi´s last blog ..Pelaburan Menipu My ComLuv Profile

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled