Rahsia Menulis Surat Jualan!
13/07/2010 – 5:45 pm | 2 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini saya berpeluang untuk menulis review saya tentang satu buku yang menarik dan bermanfaat buat anda semua yang berminat untuk menulis surat jualan atau Salesletter. Pada asalnya saya ingin menyiarkannya minggu lepas tetapi disebabkan …

Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Blog

Submitted by admin on 18/03/2010 – 6:34 pm14 Comments

Assalamualaikum,

Hari ini jika kita lihat perkembangan blog semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan para peniaga atau usahawan kita. Boleh dikatakan tidak cukup syarat jika memiliki perniagaan tetapi tidak memiliki blog terutama di dalam industri bisnes online pada hari ini. Mungkin salah satu kelebihan blog ialah kerana sifat ‘interaktif’nya, mampu berinteraksi dengan pelawat atau pelanggan pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama juga ia juga digemari oleh Search Engine. Memiliki blog terutama yang mempunyai domain anda sendiri sudah tentu melambangkan tahap profesional dan kredbiliti anda. Sayangnya masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan blog berbayar atau blog domain anda sendiri seperti domain saya www.abooain.com. Sudah tentu perbezaan besar di antara www.abooain.com dengan www.abooain.blogspot.com, bukan? Begitulah hakikatnya masih ramai yang tidak tahu dan kalau tahu pun mereka tidak mahu kerana budget atau ‘malas’ hendak berurusan dengan server atau karenah server yang bermasalah.

Namun yang pastinya memiliki rumah sendiri sudah tentu adalah lebih baik dari menyewa rumah.

Apakah kos yang sepatutnya untuk memiliki blog?

  1. Kos sewa – Sewa server dan domain sekarang ini serendah RM50 (domain percuma) seperti yang ditawarkan oleh BaitulBytes dan KLServer. Saya memulakan langkah sebagai seorang usahawan internet dengan domain+server berbayar  iaitu dengan Sempoihosting dan dari situlah saya belajar step by step tentang dunia hosting, cpanel dan sebagainya. Trial & Error sehingga saya berjaya menguasai sedikit tentang dunia domain+hosting, Alhamdulillah.
  2. Masa – Anda perlu meluangkan masa untuk maintanance blog sama ada buat post, pengiklanan dan sebagainya. Bagi yang bekerja, sudah tentu mereka mempunyai masa yang terhad oleh itu tetapkan masa untuk blog dalam sehari.
  3. Tenaga – Anda perlu bertenaga untuk menguasai blog kerana jika anda tubuh anda letih dek kerja sepanjang masa anda mungkin  tidak bermaya untuk mengadap PC, jadi kalau menulis post blog pun mungkin ala kadar atau gitu-gitu je….
  4. Minat – Yang ni penting sangat, kalau buat tanpa minat saya percaya ia tidak akan kekal lama. Apabila dah boring anda mungkin akan meninggalkan blog tersebut atau jika blog anda tidak memberikan sebarang hasil maka ia mungkin akan mematahkan semangat anda. Jadi MINAT adalah penting
  5. Emosi – Eh, kenapa saya meletakkan emosi di sini? Bagi saya emosi juga adalah penting bagi memastikan blog kita berjalan lancar di dalam berhadapan dengan kerenah pelanggan atau pengkomen. Jika anda dalam emosi yang tidak stabil saya percaya sudah pasti komen ‘buruk’ dari pelawat akan di jawab dengan buruk dan emosi.

Kelebihan memiliki blog perniagaan pula :

  1. Marketing & PR - Blog perniagaan adalah satu alat pemasaran dan PR yang berkesan. Jika dilakukan dengan baik, blog anda mampu mengumpul pembaca setia blog yang akan melanggan artikel blog anda melalui RSS atau email. Oleh itu setiap kali anda melakukan posting, ia akan menarik trafik dan ramai pelawat akan membaca post anda dan tinggalkan komentar mereka tentang post anda. Maka blog adalah medium terbaik untuk berinterksi dengan orang ramai.
  2. Menzahirkan Kepakaran - Setiap perniagaan adalah berbeza di antara satu sama lain begitu juga dengan setiap pemilik perniagaan adalah berbeza mengikut kepakaran masing-masing dalam bidang yang tertentu. Contohnya saya yang sudah biasa dengan produk RR, MRR & PLR maka saya akan bina blog yang akan membicarakan tentang niche saya tersebut seperti blog www.plrseries.com. Berbeza dengan IM lain yang pakar dalam bidang mereka masing-masing, mungkin pakar dalam bidang programmer, designer dan sebagainya. Maka biar apapun bidang kepakaran anda yang pasti blog anda akan menonjolkan kepakaran anda tersebut. Setiap post mungkin ada kaitan dengan kepakaran anda dan ia sedikit sebanyak akan menarik orang ramai yang se’niche’ dengan anda.
  3. Komunikasi Secara Langsung – Anda mampu berkomunikasi secara terus dengan ‘targeted audience’ iaitu para pembaca yang kita inginkan. Sebarang maklumat yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca mengenai niche anda sama ada pendapat, promosi, isu terkini dan sebagainya mampu diberikan terus kepada pembaca yang berminat dengan niche anda. Inilah dikatakan ‘Targeted Audience’ iaitu para peminat anda sendiri yang berminat dengan blog anda. Ini akan memudahkan kita mengetahui sebarang masalah mereka, keinginan mereka, sambutan produk dan sebagainya secara direct.
  4. Kawal Informasi – Anda bebas mengawal sebarang informasi mengenai produk anda, promosi, maklumat terkini dan sebagainya.
  5. Kerjasama / JV - Yup, blog juga mampu memberikan peluang untuk anda berkerjasama dengan rakan-rakan yang se’niche’ dengan anda. Mereka sudah tentu akan membaca dan meneliti blog anda terlebih dahulu, melihat kredibilit anda dan kemudian berminat untuk mengajak atau menjemput sebagai rakan JV untuk projek mereka.
  6. Kredibiliti – Ini telah pun saya bincangkan di dalam post saya sebelum ini. Melalui blog anda mampu membina kredibilit anda kerana di situlah anda mampu untuk menonjolkan perwatakan anda sebagai seorang Usahawan. Melalui artikel atau produk-produk anda, seperti yang kita tahu blog memang digemari oleh Enjin Carian, oleh itu blog anda mungkin di index lebih awal dan berada di kedudukan yang selesa dalam rangking enjin carian. Ini mampu menarik ramai pelawat ke blog anda dan sekaligus bagi mereka yang sama niche dengan anda akan kekal atau sekuran-kurangnya ‘bookmark’ blog anda untuk rujukan anda atau mereka melanggan RSS.

Jenis-jenis post

Anda tentu akan berjumpa dengan pelbagai jenis post blog yang dilakukan oleh para blogger di antaranya :

  1. List post
  2. Link post
  3. Topik Hangat
  4. Soalan & Jawapan
  5. Masalah & Penyelesaian
  6. Isu
  7. Interview
  8. Review
  9. Nasihat & Tazkirah
  10. Tip & Fakta
  11. dan banyak lagi

Anda boleh lihat sendiri blog saya yang terdiri dari pelbagai jenis post, ini sekurang-kurangnya mengelak pembaca dari boring kerana bentuk dan jenis post yang sama je setiap masa.

Ada masa saya sambung lagi perbincangan mengenai BLOG – Jika anda ada pendapat, cadangan atau komen sila kemukakan, jangan malu-malu!

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Popularity: 30% [?]

No related posts.

Facebook comments:

14 Comments »

  • Menarik sekali post ini… sarat dengan isi kandungan…

    Saya bermula dengan blog percuma satu ketika dahulu… Kemudian cuba upgrade ke wordpress blog yang percuma juga… dan kemudian saya terus sahaja menggunakan hosting n domain berbayar atas nasihat seorang Blogger Sejati… =)

    ALhamdulillah, benarlah kata saudara abooain… Blog itu mempamerkan kredebiliti kita. Dengan blog, kita akan mulakan langkah mengenal dan berhubung dengan orang-orang yang berminat dengan niche blog tersebut.

    Bila ada domain sendiri, barulah lebih bersemangat dan post2 akan lebih berkualiti…

    Soalan saya, apakah kekerapan yang baik untuk mengupdate blog?

  • TQ..abooain info yang menarik..

  • Afzai Afandi says:

    Berblog secara tidak langsung dapat membuat penjenamaan untuk diri kita.

    Blog dengan domain sendiri akan mengukuhkan lagi keyakinan dan kepercayaan pelawat terhadap apa saja yang kita war2kan pada blog kita

  • farahaznil says:

    Yang penting skali adalah minat.Tanpa minat semua benda takkan menjadi.Walau susah mcm mn pun,bila minat dah ada..sure menjadi..ibarat mcm subjek add math..subjek tu mmg ssh..tp klu dah minat..hari2 duk adap n tanya cikgu..mesti dpt A punya..ini mmg kenyataan!!!!
    farahaznil´s last blog ..Pertandingan komen terbaik abooain . My ComLuv Profile

  • admin says:

    Yup, setuju dengan farahaznil, minat adalah unsur yang paling penting dalam diri untuk melakukan apa kerja sekalipun. Kalau ada minat, jatuh banyak kali pun sanggup bangun, tetapi jika melakukan kerja tanpa minat, kena sergah pun dah buat-buat jatuh……

  • benbaz says:

    Bab masa dan tenaga ni selalu menjadi sedikit penghalang bagi orang yang keje makan gaji ni. Tumpuan diberikan sepenuhnya masa keje. Bila balik, badan dan otak dah letih. Bila mengadap PC “adeih! letih la, esok je la aku update blog aku ni”. Esok pun perkara yang sama berulang sampai makan tahun. (aku la tu…) Tapi skang tak lagi. Aku dah punya banyak masa coz dah tak keje makan gaji lagi…Terimakasih abooain atas perkongsian tips.

  • Berblogging ini mmg beshhh…banyak perkara yg boleh dilakukan dgn blog.
    Tp yg susahnya sedikit ialah update maintenance dan mencari idea2 untuk post.
    Pendek kata, kena bergantung atas passion/minat individu tersebut dlm bidang blogging ini.
    aktechpage.com´s last blog ..isuhangat.net: Adakah Yang Terhangat?? My ComLuv Profile

  • Afzai Afandi says:

    bab “update maintainance” rasanya semua blogger menghadapi masalah ni. Cuma jangan dibiarkan blog kita bersawang terlalu lama jer…takut nanti terus terkubur jer. Paling tidak pun, memadai 1 post utk 1 minggu.

  • Hafizi says:

    salam,

    bermula dengan blogspot,saya cuba buat seperti blog perniagaan dan saya masukkan meta keywords yg baik punya,last-last googlebots buat keja jahat,abis blog saya kena delete….agak panas jugak la dan tertanya-tanya kenapa jadi gitu…ada tak sapa-sapa boleh bagi pandangan,adakah blog saya tu kena block disebabkan banyak sangat keyword atau sebab SPAM??seingat saya saya tak pernah promosipun blog tu ke merata-rata….

    satu lagi pasal topik nie,mmg sangat bagus untuk saya dan harap-harap ada sambungan dalam masa terdekat nie yaa….

  • ezord says:

    Minat dan emosi termasuk dalam kos berblog..haa..ni first post saya bace pasal kedua-dua ni masuk dalam kos..releven jugak kan..thanks bro..cuma ingin bertanya.adakah IM ni perlu ada blog sendiri?
    sebab dalam pemerhatian saya, kebanyakan affiliater seperti bro jamal dan ammar zahar jarang sekali updated blog mereka dulu..malah bro jamal pun setelah dipaksa baru buat blog sendiri..haha kan..
    so..mungkin bro abooain bleh kongsi sket kepentingan2 jika kita mempunyai blog.. :-) Thanks bro..saya newbie yang masih sedang belajar :-)

  • ezord says:

    opss…kelihatannya saya terlepas pandang info yang bro tulis..tapi masih dalam pemikiran saya..betul ke sukar mendapatkan pembeli dari blog ye..boleh bro atau sesiapa terangkan kat saya x?huhu

  • admin says:

    Memiliki blog adalah satu kelebihan / advantage bagi IMers tetapi bukanlah satu perkara yang ‘wajib’. Memang ada IMers yang tidak memiliki blog atau tidak sempat nak ber’blog’… tetapi IMers seperti ini kebiasaannya sudah pakar dalam sesuatu Marketing contohnya mungkin ia pakar dalam Affiliate Marketing atau Email Marketing, mereka mungkin tidak sempat untuk berblog namun wang tetap ‘masyuk’….

    Blog adalah salah satu cara untuk membina kredibiliti dan membuat jualan, kalau kita aktif berblog maka tidak sukar untuk membuat jualan.

  • Afzai Afandi says:

    sedikit tambahan

    sebagai affiliater, saya rasa blog memang penting untuk menaruh kepercayaan pengunjung terhadap apa yang kita sampaikan melalui blog kita.

    Pedapat: Jangan pandang pada segelintir yang kecil, tetapi lihat dan kaji pada kebanyakan seperti John Chow, Pro Blogger, Labnol termasuklah nama2 besar Im di negara kita :)

  • oowh, ada jugak ek IMers yang takde blog… menarik… boleh tahu sape?

    Sebab rata2 saya kenal ada blog… tak banyak lagi yang tahu dan kenal, sebab tu tak tahu…. hehe

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv Enabled