FORMULA ONLINE SUKSES!
Assalamualaikum,
Soalan paling famous dan paling banyak saya terima sama ada melalui email atau telefon (kebanyakkan email lah) ialah : “Bagaimana hendak menjana pendapatan melalui internet” / “Macam mana nak dapat duit pertama secara Online?” / “Saya baru je mula berniaga secara online tetapi sehingga ke hari ini masih tak masyuk pun?“
Emph, kadang-kadang tak terjawab gak untuk semua soalan-soalan di atas, apatah jawapannya dah ada di blog saya ini dan anda hanya perlu mencari je di post mana ………. anda perlu rajin mencari!
Paling teruk, ada juga segelintir Newbie, baru je menjejakkan kaki ke dunia Perniagaan Online dan mencuba nasib dengan menjual satu produk tetapi malangnnya produk tersebut tidak mendapat sambutan atau dengan kata lain ‘tak laku’ – terus ‘frust’ dan melenting serta menuduh para IM lain menipu dan hanya membesar-besarkan cerita. Kasihan mereka ini ………. sebenarnya mereka ini masih belum mempersiapkan diri, mindset serta ilmu tentang selok belok Perniagaan Online. Ingat mudah ke nak berniaga ni? Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja, anda perlulah belajar atau membuat kajian agar perkerjaan yang akan dilakukan berjalan lancar. Macam operasi tentera la, dia orang takkan ‘ambush’ kawasan musuh tanpa membuat kajian, risikan dan strategi yang kemas – tak boleh serang membuta-tuli nanti mati katak lak!
Baiklah, kita lupakan cerita mereka yang ‘gagal sebelum gagal’ di atas dan kembali kepada topik perbincangan kita. Kebanyakkan Newbie terlupa kepada 2 perkara penting yang diperlukan sebelum mereka cuba membuat jualan, iaitu :
- Bina Kredibiliti – Biar orang kenal dulu siapa anda atau sekurang-kurangnya bina blog sendiri dan luahkan hasrat, misi, visi, motif. berkongsi maklumat, berikan produk percuma atau sebagainya di dalam blog anda tersebut.
- List – Perlu ada kerana ‘The Money Is In The List‘
2 perkara di atas perlu dibina terlebih dahulu sebelum anda melakukan sebarang jualan! Bagaimana pelanggan ingin membeli produk yang anda tawarkan jika mereka tidak mengenali siapa anda. Bagaimana anda hendak menjual produk sedangkan anda tidak ada pelanggan tetap atau senarai pelanggan.
OK… saya ingin berkongsi dengan anda satu formula yang digunakan oleh kebanyakkan Usahawan Internet untuk menjana pendapatan secara Online. Ini formulanya :
==========================================================
Kredibiliti + List + Produk + Surat Jualan = Jana Pendapatan Online
===============================================
Formula di atas kebiasaan digunakan oleh para IM untuk berjaya dalam Perniagaan Online mereka.
Sekarang, berpandukan kepada formula di atas – saya ingin mengajak anda melihat salah satu kaedah TERPENTING untuk berjaya di dalam Perniagaan Online.
Anda mungkin sering menerima email promosi produk dari para IM tempatan atau luar negara (jika anda subscribe) ….. saya juga begitu, boleh dikatakan saya menerima email promosi lebih kurang 30 – 50 email satu hari sama ada dari IM tempatan atau luar negara. Cuba fikir jika saya tidak membuka email saya tersebut selama 2 3 hari?!! Saya mempunyai lebih dari 10 akaun email yang saya asingkan mengikut kategori atau niche tersendiri ……. saya akan membaca email-email tersebut berpandukan kepada tajuk email. Jika tajuk menarik perhatian saya maka saya akan membacanya dan meneliti produk yang ditawarkan – hati saya akan lebih tertarik jika produk yang ditawarkan tersebut adalah produk MRR/PLR atau grafik.
Jika anda merasa PENING kerana tidak tahu mana satu hendak anda ikut, maka saya syorkan anda pilih seorang je IM yang boleh anda jadikan panduan! Beli produk mereka jika produk tersebut membantu anda ……. ikut langkah-langkah mereka atau perkongsian tip, ilmu, maklumat dan sebagainya di blog mereka (kebiasaan IM akan mempunyai sekurang-kurang 1 blog).
Jika anda ingin berjaya maka anda perlu mengikut langkah-langkah orang yang telah berjaya. Itulah cara saya ……..
Faham tak?
Jika masih ‘blur’ dengan apa yang saya ceritakan di atas, cuba lihat penjelasan saya seterusnya pula.
Anda lupakan sekejap mengenai MENJANA RIBUAN RM SECARA ONLINE – lupakan seketika! Anda perlu berusaha dan fokus cara untuk menjana pendapatan sebanyak RM100 seminggu terlebih dahulu sebelum pergi ke ribuan RM sehari! Target pertama ialah RM100 seminggu , selepas itu cuba kurangkan jumlah hari iaitu RM100 untuk 5 hari dan begitulah seterusnya. Langkah ini lebih selamat dan tersusun berbanding anda meletakkan target yang terlalu tinggi bagi anda yang bergelar Newbie (walaupun tidak mustahil) tetapi hasilnya ‘Zero”!
Langkah pertama, berpandukan kepada Formula di atas :
- Bina Kredibiliti – sebaik-baiknya anda bina kredibilit anda terlebih dahulu dengan menyertai mana-mana forum tempatan atau luar negara. Ini membantu anda menambah ilmu pengetahuan mengenai Perniagaan Online, menambah rakan-rakan se’online’ serta dikenali ramai. Bina blog anda sendiri agar rakan-rakan anda dapat berkongsi maklumat dengan anda.
- List – Kumpul list atau senarai email dengan memberikan kepada produk maklumat atau produk percuma yang berkualiti kepada mereka. Membina List / List Building adalah satu elemen terpenting untuk membina Perniagaan Online kerana ‘Wang Itu Terdapat Pada List” ……
- Pilih Niche produk yang anda minat atau bersesuaian dengan permintaan semasa.
- Tulis surat jualan yang efektif dan bina minisite
- Masa yang sesuai
Jika anda masih belum berjaya, itu bermakna anda masih perlu berusaha lagi dan lagi dan lagi dan lagi ……..
Saya perjelaskan secara lebih terperinci cara untuk anda membina list anda sendiri :
#1: Membina List.
Tempat terbaik untuk mengumpul list ialah di forum-forum atau di blog anda sendiri. Namun forum merupakan tempat terbaik untuk mengumpul senarai email yang banyak. Anda boleh menulis ebook atau laporan mengenai sesuatu topik / Niche, dan jika anda merasakan tidak mampu untuk menulis maka anda boleh juga mendapatkan ebook / artikel Private Label Right, terjemahkan ebook PLR tersebut dan berikan secara percuma kepada orang ramai (tertakluk kepada terma dan syarat) atau anda menjualnya dengan harga yang murah. Namun pemberian ini perlulah secara ‘Opt-In’ atau memerlukan kepada pendaftaran dari pelanggan, mereka akan memasukkan nama dan email mereka ke borang ‘Opt-In’ anda dan secara automatik sistem akan menyimpannya ke database -selesai!
Ok… apabila anda telah mempunyai list sendiri maka ini akan memudahkan anda untuk berkongsi maklumat atau promosi dengan para ‘subscriber’ anda kerana subscriber ini merupakan pelanggan tetap yang berdaftar dengan anda secara sukarela.
#2: Timing.
Di antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah waktu penghantaran email kepada list anda perlulah betul dan bersesuaian agar email anda dapat dibaca oleh semua subscriber anda. Cuba elakkan menghantar email pada waktu cuti atau pada waktu yang jarang orang online.
Nasihat terakhir saya :
Jika anda beranggapan bahawa menjana pendapatan melalui Internet ini SUKAR maka anda telah SILAP – ia sebenarnya mudah saja tetapi memerlukan cara dan kaedah yang betul.
Saya tidak mengatakan menjana wang secara Online adalah terlalu MUDAH kerana ia memerlukan kepada satu kaedah yang perlu dipelajari dan dikaji. Jika anda melakukan dengan betul maka ia akan menjadi mudah.
Semoga perkongsian di atas membantu anda, jika anda ingin membaca lagi tentang perkongsian tip Perniagaan Online, sila ke kategori tip.
Popularity: 4% [?]
No related posts.












.gif)



Pada pendapat saya perlu adanya perasaan suka dan minat yang mendalam apabila hendak menceburkan diri dalam dunia bisnes online nie…
hazman aka species1980’s last blog post..Seminar Keusahawanan di Hotel Empress Sepang
Yup, betul tu. Saya dah kupas isu ini dalam post saya sebelum ini iaitu 6 elemen penting dalam bab Mindset. Minat PERLU ada bagi memastikan kerja yang dilakukan berjalan lancar tanpa timbul sebarang ‘keboringan’, frust, putus asa atau sebagainya.
Assalamualaikum.. Post yang beguna bagi mereka yang masih mencari-cari jalan membina kerjaya dan kejayaan =D
skyseven’s last blog post..Tools Asas Bisnes Internet
pastikan ada bisnes minded tu wajib..dan jgn lupe carilah rezeki dr punca yg halal..mmg sukses selamanya dunia akhirat.
catzer’s last blog post..Bengkel WordPress Bersama Catzer
Alhamdulilah..dah lama saya nak dengar “luahan hati” seorang IM yang saya hormati pasal perkara ni…saya sangat2 suka dengan post kali ini. Bukan senang otai nak bagi tips dengan percuma!
Perkara terpenting dah diceritakan seperti membina kredibiliti, list, timing…terpenting dalam segala terpenting, JANGAN SALAHKAN orang lain…harap2 pasni, takde lagi insan2 yang gemar salahkan orang lain…pendek kata, nak “bertongkat” biarlah bertempat..
itu sebabnya nak belajar jadi IM TULEN perlu ada ilmu2 teknikal asas, dan kekuatan diri, minat..dan paling terpenting, kena yakin bahawa rezeki yang dikurniakanNYA bergantung kepada sejauhmana usaha kita..usaha sikit, dapatlah sikit, usaha banyak dapatlah banyak jugak
Rizal Komenebook’s last blog post..Sistem Affiliate Lite – Satu Pembaharuan Untuk Usahawan Internet
Terima kasih kepada Catzer, skyseven dan Rizal.
Cam Catzer cakap di atas, jika ingin berniaga maka kita perlu ada Mindset seorang Usahawan bukan sekadar lepas batuk di tangga atau timbul berminat hanya semata-mata terpukau dengan janji manis atau cerita HYPE yang menjanjikan ribuan RM dengan sekelip mata!!!
Terima kasih semua!
Slm. Tip-tip yang bernilai tapi dikongsikan secara percuma. Tahniah Abooain. Memang ramai yang inginkan jalan short cut tanpa memahami apa makna sebenar sebuah perniagaan. Ramai yang mahu tengok hasil tapi tak mahu tengok susah senang seseorang IM itu bagaimana mereka mencapai kejayaan. Mindset kena berjaya dulu baru kita boleh berjaya perolehi pendapatan.
Dhiaqis’s last blog post..7 Langkah Asas Menjual di Ebay
2 perkara yg perlu diambil kira berdasarkan prinsip ini:
“Perancangan Tepat, Disiplin Ketat”
Perancangan akan menentukan objektif dan matlamat, serta membuat kita fokus akan sesuatu. Tanpa fokus, yg dikendong berciciran, yg dikejar tak dapat..
Disiplin memastikan kita tidak lalai dalam mengejar matlamat
Julius
http://www.rahsiaautoresponder.com
Yup, kesimpulan yang baik dari Julius – kemas dan tepat!
Terima Kasih!
Yup..perkongsiaan yg telus dari bro..pendapat dr pengalaman saya pula jgn terlalu overload kan diri dgn pelbagai info perniagaan internet nie.. Maklum ler..byk ebook percuma yg boleh di download.. cuba utk fokus pada satu2 perniagaan yg rasa mampu untuk di lakukan dulu..
nuwa’s last blog post..Waktu PALING Sesuai Buat Listing
Yup, setuju dengan pendapat nuwa – belajar satu persatu biar mahir dahulu atau fokuskan satu niche yang diminati atau niche yang demand tinggi di pasaran semasa.
Thanks Nuwa
saya pun masih terus belajar beberapa perkara tentang perniagaan alam cyber ini.Ini pada saya jumlah pengunaan internet didunia semakin hari semakin meningkat.Dimalaysia sahaja pada tahun lepas jumlahnya hampir mencecah kepada 16 juta penguna.Ini satu pelaburan yang sangat bagus untuk mereka yang menguasai bidang perniagaan online
http://linkniaga2u.blogspot.com/
Semoga anda dapat menguasai bidang perniagaan Online ini Norzi ….. kita sama-sama belajar ya…