Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

Jenis Blog

Submitted by on 03/03/2010 – 11:52 am13 Comments

Assalamualaikum,

Blog adalah salah satu platform yang membolehkan seseorang berkongsi kehidupan peribadi, pendapat dan menjana pendapatan melalui perniagaan atau pengiklanan. Blog merupakan salah satu website yang mampu berinteraksi dengan pelawat dan ia sememangnya mesra enjin carian berbanding website statik. Jika target anda adalah perniagaan maka blog juga mampu membantu anda untuk menjana pendapatan melalui pelbagai jenis jualan atau produk. Namun ia memerlukan kepada kajian dan penyelidikan yang bersungguh-sungguh dalam sesuatu topik atau niche yang dipilih sebelum memulakan langkah. Jika anda masih baru dengan dunia blogging, maka anda perlulah mempelajari selok-belok blog dan topik yang hendak diketengahkan agar ia benar-benar menepati kehendak pelawat. Jika anda berminat hendak membina blog perniagaan maka anda boleh mengkaji dan meneliti beberapa jenis blog yang terdapat di pasaran hari ini. Kita dapat lihat beberapa jenis blog yang terdapat di pasaran pada hari ini di antaranya :

  1. Blog Minat dan Spesifik – Blog yang dibina untuk membincangkan atau mengutarakan topik-topik khusus mengenai minat atau idea semasa. Anda mungkin boleh membincangkan topik tentang kesihatan, cara untuk kurus, mengumpul stem, bola dan sebagainya yang bersangkutan dengan minat dan kegemaran anda.
  2. Blog Kreatif - Blog yang membincangkan tentang kreativiti atau kepakaran yang ada dalam diri contohnya seperti photografi, programming, menjahit dan sebagainya. Anda boleh menjadikan blog anda tersebut sebagai blog bisnes yang menjual produk-produk yang berkaitan dengan kepakaran anda. Anda mungkin pakar dalam menjahit maka anda boleh pasarkan sulaman atau jahitan yang cantik kepada para pelawat. Blog bisnes jenis ini merupakan salah satu dari cabang perniagaan yang berdasarkan kepada kepakaran anda. Jika anda mempunyai kepakaran atau kemahiran yang tidak dimiliki oleh orang lain atau jarang-jarang dimiliki oleh orang lain maka ia adalah satu kelebihan buat anda! Semakin kreatif anda mungkin semakin ramai yang tertarik!
  3. Blog Perindustrian – Blog jenis ini mungkin lebih advanced berbanding dengan blog-blog di atas. Anda mungkin mempunyai perniagaan yang besar secara Offline dan ingin memperluaskan perniagaan anda secara Online pula. Ini memerlukan usaha yang lebih, kajian yang mendalam dan produk yang bermutu.
  4. Blog Travel – Bagi mereka yang berminat dengan travel & tour mungkin boleh membina blog yang membicarakan tentang maklumat tempat-tempat melancong yang terkenal di seluruh dunia. Blog jenis ini kebiasaan dipenuhi dengan gambar-gambar menarik dan gambar pemandangan tempat-tempat yang tersohor dan sesuai untuk percutian keluarga atau sebagainya
  5. Blog Consultant – Blog yang sesuai bagi individu yang mempunyai kepakaran dalam motivasi, khidmat nasihat, guaman dan sebagainya. Anda boleh menawarkan pelbagai khidmat nasihat dalam pelbagai bidang mengikut kepakaran yang dimiliki. Mungkin ramai orang diluar sana yang memerlukan khidmat nasihat bagi permasalahan yang mereka hadapi.

Biar apapun jenis blog yang dibina, ia merupakan salah satu platform terbaik untuk pengiklanan dan menjana pendapatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 11% [?]

No related posts.

Facebook comments:

13 Comments »

  • ijamidayu says:

    Apa pun.. Selagi blog kita memberi manfaat kepada org lain.. Ia PASTI akan memberi manfaat juga kepada kita…

    Sama ada dalam bentuk wang ringgit ( harta dunia.. ) @ bentuk PAHALA ( Bekalan di Akhir kelak )..

    Apa yang penting adalah ia perlu selari dengan minat, keperluan, beserta dengan minat…

    Jika tidak.. Ia hanya akan menjadi tempat pelempias @ tempat berkumpulnya (labah2) mencari makan.. ( Paham kot.. )

    Apa pun.. Post yg menarik dan perlu diberi perhatian oleh diriku jua…

  • admin says:

    Perhatian para pembaca – Sila review pertandingan ini di blog anda jika ingin memenuhi kriteria pemenang dan jangan lupa linkkan post “Pertandingan ‘Komen Terbaik’ Abooain.com” di post review anda ye….

  • mantra says:

    Assalamualaikum,

    Informasi yang sangat berguna.
    Apa pun blog memang menjadi trend masyarakat sekarang.
    Tak kira apa pun tujuan blog, kini semua orang berpotensi untuk menjana pendapatan dari blog mereka sendiri..
    .-= mantra´s last blog ..Isu Mat Rempit: Bukan Semua Mat Rempit tak Guna =-.

  • [...] Coretan daripada Share/BookmarkRandom Posts Posted in Uncategorized [...]

  • Afzai Afandi says:

    Blog satu fenomena baru dalam dunia online hari ini…walaupun negara kita sedikit terlambat dan terkebelakang dalam dunia blog, namun ianya bukan alasan kerana telah ramai blogger di negara kita mula dikenali di peringkat antarabangsa.

    Jadi, tempias blog semakin hari semakin menular ke pelbagai lapisan umur dan lapisan latar belakang.

    Hari ini, dengan pelbagai niche blog yang kita boleh jumpa, maka tidak dapat disangkal lagi blog semakin mendapat tempat di enjin carian dan juga individu yang ingin menjana pendapatan melalui blog.

    Apa yang penting, untuk berblog perkara wajib yang perlu ada ialah “LOVE” kerana tanpa love….blog kita akan terkubur sekerat jalan.

    p.s. insyaallah review pertandinagn akan disiapkan malam ini.
    .-= Afzai Afandi´s last blog ..My NR Yummie Telah Berpindah =-.

  • ezord says:

    Manusia dahagakan info dan maklumat. Blog sudah jadi satu medium pengantaraan untuk menyampaikan sesuatu.Jika dahulu kita gunakan surat khabar, radio dan telegram..kini blog pula digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada umum.
    ‘When we sell info..They will closed to u’- by IK .. :-)
    .-= ezord´s last blog ..Pertandingan Komen Blog Abooain.com =-.

  • Mr Khan says:

    Nak tambah satu lagi jenis Blog

    BLOG ISLAMIC
    .-= Mr Khan´s last blog ..Tips to Prevent Your Child From Being Kidnapped =-.

  • aktechpage.com says:

    Industri blogging tempatan semakin hari semakin berkembang pesat, sudah ramai yang sedar kepentingan blog terutama golongan muda. Cuma segelintir golongan yang tua atau ortodoks je yg belum tahu apa itu blogging.

    Tetapi sekarang, kuasa blog semakin hari semakin kuat. Sememangnya ada berpuluh2 jenis blog bukan hanya seperti yg dinyatakan di atas sahaja, tetapi kena pandai-pandai lah pilih antara blog positif dan negatif.

    walauapapun, blog sudah menjadi satu trend maklumat informasi di internet skrg ni.

  • Hafizi says:

    Salam,

    tengok dalam gengblogger,punya la banyak blog dalam malaysia..entah sampai bila baru orang nak perasan….

    En abooain ada tips tak??blog saya macam org tak perasan je…
    .-= Hafizi´s last blog .. =-.

  • Hafizi says:

    blog perniagaan memerlukan traffic yg tinggi sebelum google,yahoo atau apa-apa laman web carian dapat tengok website…masalahnya skrg,dah letih saya buat blog,ubah sana,ubah sini…edit metatag….google baru crawl satu je…alahai…susah sangat ke??
    .-= Hafizi´s last blog .. =-.

  • farahaznil says:

    Blog oh blog..bila bercerita pasal blog.Memang ramai yang nak buat blog.Tapi ramai juga tak tahu apa ciri blog mereka mahukan ! Ada yang kelihatan berserabut,sakai dan bermacam2.Namun dengan lantang menulis di sini,Farahaznil bukanlah otai yang hebat utk memperkatakannya.Ini kerana Farahaznil pun masih baru dalam dunia blogging..

    Bak kata org…org ada blog dia pun nak blog.Tapi buat apa bina blog kalau takde org dtng nak tengok?Haha..betul tak?Banyak yg syok sendiri aje…Blog adalah satu tmpt penukaran infomasi yg memberikan impak besar buat si pembaca.Teknik SEO dan bermacam2 lg perlu dikuasai.Tapi ramai juga tak sedar tentang hal ni.Tujuan jenis blog amatlah penting.Termasuk domainnya sendiri..Apa2 pun artikel yg en.abooain buat ni mmg bgs di baca buat org yg br nak berjinak2 dgn dunia blog..

    Almaklumlah..baik mereka tahu sblm pakai taram saje..haha..tambah 1 lg jenis blog !! Blog yg di black list-iaitu blog kutukan ahli2 politik..wahahahahaha..ataupun blog yg berunsurkan politik..yelah tinggi apa rating blog T.Dr Mahathir tu..hehehe..gosip panas mcm pisang goreng panas tu..haha
    .-= farahaznil´s last blog ..Email sampah ! =-.

  • Hafizi.. awak cubalah cari panduan dan baca mengenai blog traffic dan SEO. Mudah je tak susah InsyaAllah..

  • Afzai Afandi says:

    Hafizi .. kata blog saya pun ada artikel2 dan tips bagaimana utk tarik traffic ke blog kita.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge