Buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet Diterima!
16/03/2011 – 8:38 am | 12 Comments

Assalamualaikum,
Saya baru saja menerima buku kedua saya selepas “Buat Duit Dengan PLR” dan buku pertama saya bersama Ahmad Fadzli.  Buku “Teknik Pemasaran Perniagaan Internet“  mendedahkan tentang beberapa teknik asas dalam perniagaan Internet dan sudah tentu …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Read the full story »
Grafik

Produk & ebook yang berkaitan dengan dunia Grafik dan sebagainya

Percuma

Produk, ebook, report dan pelbagai tools diberikan secara percuma untuk kegunaan anda

PLR

Jana wang online melalui produk Private Label Right (PLR) & Ketahui rahsia kehebatan produk-produk Resell Right ini!

Tazkirah

Pengisian rohani dan pemantapan jiwa dengan tazkirah dan pengajaran agama

Video

Video Tutorial berkaitan dunia Perniagaan Internet sebagai guideline untuk anda

Home » Tip

JOINT VENTURE – (1)

Submitted by on 11/12/2009 – 10:27 am15 Comments

Assalamualaikum,

1065245_handshake

Hari saya tergerak hendak menulis tentang Joint Venture atau lebih dikenali sebagai JV ini apabila saya menerima banyak permohonan untuk ber’JV’ dengan saya baru-baru ini. Insya-Allah, saya akan cuba berusaha memenuhi permohonan JV tersebut jika tidak terdapat sebarang masalah atau sibuk. Jika ada yang tidak menerima sebarang jawapan dari saya, silalah hantar sekali lagi kerana kemungkinan email permohonan JV anda termasuk dalam SPAM, tidak sampai atau saya terlepas pandang.

JV merupakan usahasama di antara dua orang usahawan atau lebih di dalam memasarkan produk atau menyiapkan projek atau sebagainya. Jika anda seorang yang telah berjaya dalam industri perniagaan Internet atau dengan kata lain Usahawan Internet tersohor maka ia merupakan satu kelebihan atau tiket bagi menyakinkan orang lain untuk bekerja dengan anda atau mengajak orang lain berkerjasama dalam projek anda. Bagaimana pula jika anda masih baru atau Newbie? Sudah tentu usaha tersebut agak sukar dan memerlukan usaha yang lebih bagi menyakinkan para usahawan Internet untuk bekerjasama dengan anda. Oleh itu anda perlu berusaha bersungguh-sungguh dan memastikan projek anda mampu menarik perhatian para IM atau sekurang-kurangnya menambahkan keyakinan mereka. Memang sudah menjadi lumrah, para IM yang terkenal mungkin agak takut untuk ber’JV’ dengan orang yang masih baru kerana sedikit sebanyak ia mungkin boleh memberi kesan kepada kredibiliti mereka nanti.

Ketika proses mencari rakan JV yang berpotensi, anda sendiri sudah tentu inginkan rakan JV yang mempunyai kredibiliti yang baik dan mempunyai potensi yang tinggi, bukan? Begitu juga dengan IM lain, mereka juga sama seperti kita yang inginkan rakan JV yang mempunyai kredibilit yang positif. Maka kita perlulah mempunyai persiapan yang rapi dan projek yang menguntungkan (bukan produk sampah) bagi menarik perhatian orang yang berpengalaman, mempunyai senarai pelanggan bermutu dan seorang yang pakar.

Jika anda inginkan menjadi seorang yang berjaya maka anda perlu melengkapkan diri dan kelilingi diri anda dengan kejayaan!

Walaupun pada permulaan mungkin sukar untuk anda mencari rakan JV atau menyakinkan mereka, anda tidak seharusnya berkecil hati atau putus asa jika permohonan untuk bekerjasama dengan mereka ditolak atau tidak mendapat jawapan. Jika anda cepat melatah, anda sebenarnya masih lemah dan telah menempah kegagalan pertama di dalam mengharungi badai dan ombak yang lebih besar nanti di dalam arena perniagaan internet. Anda mungkin memerlukan beberapa waktu sebelum menemui seseorang yang sudi dan bersedia bekerjasama dengan anda atau menyakinkan IM lain untuk ber’JV’ dalam projek anda itu. Saya sendiri etika masih baru dalam arena ebiz ini memerlukan masa untuk menyakinkan otai-otai untuk bekerjasama dengan saya. Namun yang pasti, mereka mungkin sibuk dengan projek-projek mereka sendiri sehingga terpaksa menolak tawaran kita.

Anda juga mungkin perlu menawarkan nisbah keuntungan yang tinggi kepada rakan JV anda di dalam proses menarik minat mereka untuk bekerjasama dengan anda. Mungkin tawaran keuntungan atau komisyen sebanyak 50% tidak mampu menarik perhatian mereka maka anda perlu tukar kepada nisbah 60 :40 atau lebih. Walaupun anda hanya sekadar mendapat 40% sahaja tetapi dalam jangka masa panjang anda sebenarnya mampu mengaut keuntungan sama ada dari sudut wang atau kepercayaan. Anda tawarkan peratus keuntungan yang lebih tinggi kepada rakan JV dan anda sebenarnya mampu mengaut keuntungan jangka masa panjang dari pelbagai sudut seperti hubungan JV yang lebih kukuh, nasihat berguna dari otai, peningkatan mailing list, pelanggan yang lebih ramai dan sebagainya. Ini adalah lebih penting dan menguntungkan dari anda mendapat wang tunai untuk sekali ini saja!

Anda perlu ingat, sebarang penolakan terhadap permohonan JV anda bukan bermakna ia merupakan penolakan terhadap anda sebagai Usahawan Internet. Permohonan anda yang ditolak tersebut mungkin menjadi jambatan pengenalan di antara anda dengan rakan JV itu, mereka mungkin menolak permohonan anda tetapi mungkin juga dalam masa yang sama mereka akan memeriksa profil anda di forum-forum, blog anda atau sebagainya. Ini sedikit sebanyak mampu membantu anda untuk meningkat naik dan membina kredibilit secara tidak lansung. Mungkin di lain kali permohonan anda tidak lagi ditolak kerana mereka telah mengenali anda!

Anda juga perlu profesional dan jangan cepat melatah dan membuat pelbagai telahan atau spekulasi buruk terhadap rakan JV anda apabila permohonan ditolak. Cari rakan JV yang lain dan biarkan mereka (JV yang menolak itu) tahu siapa anda, apa yang anda lakukan dan apakah visi atau misi anda di dalam proses untuk menjadi seperti mereka sebagai seorang Usahawan Internet yang berjaya.

Anda juga perlu berhati-hati di masa hadapan kelak, jangan sekali-kali lembut gigi dari gusi apabila ingin berJV dengan seseorang tetapi membutakan mata pula apabila tiba giliran anda diminta untuk berJV dengan mereka. Ini satu perbuatan yang tidak bermoral sebagai seorang Usahawan Internet. Anda perlu ingat bahawa kejayaan anda tersebut mungkin Allah s.w.t bina atas dasar pertolongan rakan-rakan lain sama ada baru atau lama, jangan lupa diri apabila sudah berjaya kerana TIDAK MUSTAHIL anda juga akan kembali menjadi NEWBIE atau tersungkur tersu dari lapangan yang anda ceburi. Jadi ketika kita berada di atas, jangan sekali-kali lupa untuk tunduk dan lihat di bawah anda sekejap kerana semuanya merupakan satu PINJAMAN sahaja dari Allah s.w.t.

Pandangan Ikhlas dari rakan Online saya, Julius :

Thanks bro Abooain dan saya sangat bersetuju dgn isu JV yg dibincangkan. Apapun, terima kasih banyak2 krn sudi berJV dgn saya sepanjang tahun 2009 dan ianya sangat2 membantu baik dari jualan tp yg paling penting ialah perkongsian bro ttg dunia perniagaan internet ini. Thanks bro, dan saya harap tahun 2010 ni kita dpt berJV lg utk projek sy yg akan dtg :)

Ya, diruangan ini sy ingin memberi sedikit perkongsian juga ttg JV ni. JV ini sebenarnya bukanlah hanya berkisar kepada keuntungan wang ringgit semata – mata tp lebih dari itu…iaitu, satu perhubungan jangka panjang disamping sebahagian dr proses menimba ilmu dlm bidang IM ini. Ambil peluang JV utk mengenali lebih rapat lg rakan JV kita dan pelajari bagaimana beliau boleh menjadi seorg yg berjaya. Sy yakin, dgn perhubungan yg baik semasa JV, rakan2 JV kita akan mudah utk ‘menurunkan’ ilmu mereka…dan selepas itu, keuntungan itu akan sendiri.

Jika kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit semata-mata dr rakan JV, tak mustahil kita akan secara tidak langsung menjadi seorg yg tidak bertanggungjawab dgn ‘memperalatkan’ rakan JV kita…dan implikasinya utk kita sendiri adalah sangat dahsyat! Kita tidak akan dihormati dan peluang JV utk masa hadapan adalah tipis!

Apapun, saya mohon maaf jika pandangan sy diruangan ini kurang tepat namun saya amat berterima kasih kpd bro Abooain atas perkongsian bermanfaat ini. Syabas Abooain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 5% [?]

No related posts.

Facebook comments:

15 Comments »

  • Zairi Zaidi says:

    Thanks, artikel yang bagus.
    Saya ada jugak minta berJv dengan IM2 ni, ade yang terima dan ada jugak rejek…
    Biasalah diorang selalu sibuk

  • aizat kamal says:

    Artikel yang menarik.

    Saya juga ada yang terima dan ada yang menolak jemputan JV saya.
    Macam bro Zairi Zaidi kata, diorang sibuk.
    Apa-apa pon saya berterima kasih kepada semua yang saya jemput termasuk Abooain sendiri. :)

    Rezeki Allah ada di mana-mana, atas kita untuk berusaha mencarinya. :)

  • meezwan says:

    Artikel yang sangat menarik..saya belum memulakan apa-apa lagi dalam bidang IM secara serius.Mungkin satu hari nanti saya akan ber’JV’ dengan IM2 yang lain.

  • hasbulaqill says:

    nti minatak jv ngn bro
    tp bukan tahun ni lah
    tahun ni d nk tutup kedai plop :D

  • mamza says:

    agak susah utk newbie nak dapat JV. Biasalah, org akan tengok apa yg kita boleh kasi.. pendek kata win-win

    Kalau mailinglsit pun sikit, nak JV pun susah gak

  • fadzlihani says:

    Terima kasih Abooain di atas artikel ini. Ia memberikan maklumat penting kepada newbie2 seperti saya di dalam usaha JV dengan IM tempatan. Semoga diganjari penulis dengan kesihatan dan kekayaan.

  • rahmanbasri says:

    Salam hormat,

    Bro abooain adalah antara Jv patner yang sporting :-)

    Terima kasih atas kerjasama bro.. Akan datang nk berJV lagi dengan bro.. Ada produk yang nak wat Pre-Launch sebelum tahun baru ni :-)

  • 1 perkongsian ilmu yg besh

    TQ Saudara Abooain.

  • admin says:

    @Zairi Zaidi, yup begitulah rutin kehidupan seorang IM, apatah lagi jika dia fulltime, mungkin sibuk dengan projek-projek terkini mereka.

    @Aizat, mungkin permohonan kali pertama tu tak sesuai dengan masa sesetengah IM yang mungkin sedang sibuk nak lunch produk mereka gak…
    Maaf, Aizat kerana Keselamaan Cyber tu saya promosi ikut tak time kerana beberapa perkara yang berlaku tanpa diduga…..

    @meezwan, mudah2an, anda dan kita semua berjaya di dalam arena IM nanti

    @hasbulaqil, Insya-Allah, boleh je tak ada masalah. Semoga berjalan lancar ye

    @mamza, mungkin betul gak tu mamza, tapi kalau produk kita memang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran tidak mustahil untuk mendapat ramai JV. Yup, mailing list juga merupakan salah satu faktor penting untuk diterima permohonan JV kita namun jika kita memjemput IM lain untuk menyertai projek kita, rasa-rasanya tak ada masalah kot…sebab yang penting rakan JV tu ada mailing list untuk mempromosi produk kita.

    @Fafzlihani, bereh bos demo meme kuat belajar dan mengkaji. Amin Ya Robb! Semoga kita semua dapat keberkatan dalam kehidupan, kesihatan dan harta benda.

    @rahmanbasri, Terima kasih bro. Ala, kita sama-sama cari makan melalui Internet ni jadi sama-samalah kita tolong. Lagipun saya yang patut berterima kasih kerana kesudian memberikan komisyen pada saya….hehehehe

    @aktechpage, timo kasih banyok bos, demo IM underground kawe tahu……..”demo rimau susuk kuku”, hehehe

  • Mohd. Noor says:

    …satu artikel yang menarik dan bermanfaat

  • Aurakaya says:

    Salam, info yg bagus. Sebenarnya saya mmg dh lama berminat untuk ber’JV’ dengan tuan Abooain. Nanti saya akan submit proposal. Wassalam.

  • “rimau susuk kuku” heheheh… :P
    Ade lagi taring….

  • [...] Joint Venture serta peranannya di dalam Perniagaan Internet di dalam post saya sebelum ini – Joint Venture (1). JV Marketing sememangnya terbukti mampu memberikan pulangan dan kelebihan dari sudut keuntungan [...]

  • Julius says:

    Thanks bro Abooain dan saya sangat bersetuju dgn isu JV yg dibincangkan. Apapun, terima kasih banyak2 krn sudi berJV dgn saya sepanjang tahun 2009 dan ianya sangat2 membantu baik dari jualan tp yg paling penting ialah perkongsian bro ttg dunia perniagaan internet ini. Thanks bro, dan saya harap tahun 2010 ni kita dpt berJV lg utk projek sy yg akan dtg :)

    Ya, diruangan ini sy ingin memberi sedikit perkongsian juga ttg JV ni. JV ini sebenarnya bukanlah hanya berkisar kepada keuntungan wang ringgit semata – mata tp lebih dari itu…iaitu, satu perhubungan jangka panjang disamping sebahagian dr proses menimba ilmu dlm bidang IM ini. Ambil peluang JV utk mengenali lebih rapat lg rakan JV kita dan pelajari bagaimana beliau boleh menjadi seorg yg berjaya. Sy yakin, dgn perhubungan yg baik semasa JV, rakan2 JV kita akan mudah utk ‘menurunkan’ ilmu mereka…dan selepas itu, keuntungan itu akan sendiri.

    Jika kita hanya memikirkan keuntungan wang ringgit semata-mata dr rakan JV, tak mustahil kita akan secara tidak langsung menjadi seorg yg tidak bertanggungjawab dgn ‘memperalatkan’ rakan JV kita…dan implikasinya utk kita sendiri adalah sangat dahsyat! Kita tidak akan dihormati dan peluang JV utk masa hadapan adalah tipis!

    Apapun, saya mohon maaf jika pandangan sy diruangan ini kurang tepat namun saya amat berterima kasih kpd bro Abooain atas perkongsian bermanfaat ini. Syabas Abooain!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge